Daun kesum memang selalu digunakan sebagai penambah aroma dan rasa pada masakan. Seperti Laksa, Asam Pedas, Kengsom dan sebagainya. Jika ada tanam di rumah memang untung, jimat belanja dapur dan segar terus petik dari pokok.
Namun, bukan mudah sebenarnya nak tanam pokok kesum. Walaupun orang kata cucuk, siram ikut aturan dan tinggal. Tetap juga kering layu dan mudah mati sebelum naik pucuk mudanya.Cuma tip asas, daun kesum ni perlukan kawasan yang lembap dan berair serta redup.
Ada macam-macam cara nak tanam pokok kesum. Perkongsian tip tanam pokok kesum daripada Puan Rosnah Ramli ini antara yang paling mudah. Daunnya jadi segar dan subur tak perlu risau, pokoknya mati kering.
Berikut perkongsian tersebut;
“Saya nak share petua tanam kesum jadi segar”
Bahan Diperlukan:
Bekas Bertutup
Air Secukupnya
Baja AB
Batang Kesum
Pisau
Caranya:
1. Tebuk penutup bekas sebesar batang kesum.
2. Cucuk-cucuk jer batang kayu kesum tu kat penutup tu.
3. Air dicampur sedikit dengan Baja AB.
4. Tutup bekas, letakkan kat tempat redup. Tak yah tengok-tengok. Nak guna baru gi tengok.
Ads
Untuk permulaan tanam: Petik daun-daun kesum tinggalkan batang je. dan daun-daun kecil pi bawa ke dapur masak Asam pedas.
Untuk tebuk lubang: Tip tebuk lubang bakar hujung pisau tajam dekat api dapur dan cucuk kat penutup bekas…siap! Tebuk lubang agak-agak boleh masuk batang kesum je.
MW: Mak-mak yang selalu tak berjaya tanam daun kesum tu, cuba tanam kesum cara begini, ia lebih mudah. Tak gunakan tanah pun, dan tak perlu risau jika tak sempat nak siram pokoknya. Yang penting kena selalu pastikan bekas berisi air. Selamat Mencuba!
Tomato Ceri memang selalu digunakan dalam masakan, dimakan begitu sahaja mahupun dicampurkan dalam salad. Mudah rupanya nak tanam Pokok Tomato Ceri sendiri, semai daripada biji benih, 4 bulan dah boleh dapat hasilnya.
Mak-mak yang suka bercucuk tanam, nak cuba semai sendiri pokok tomato ceri di rumah boleh cuba ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Nur Aida Md Zainuddin ini. Paling penting bebas baja kimia, lebih organik dan jimat kos belanja dapur. Petik segar terus je dari pasu.
1. Hiris tomato ceri lepas tu letak hirisan tomato dalam bekas semaian(aida guna container dia je).
2. Lembapkan tanah dan letak tempat gelap (sebenarnya lupa sedar-sedar dah bercambah macam dalam gambar selepas 9 hari.
3. Biarkan anak pokok besar sikit dan alihkan macam biasa ke tempat yang sesuai.
4.Aida letak dalam polibeg. Siram pagi dan petang.
Bagus anak ini, ada inisiatif memberi keselesaan dan kemudahan untuk mak ayahnya. Bila mana Raja Nurhazwani melihat dapur mak ayah yang kurang selesa, segera dia ambil pendekatan bagi kemas dan atur semula ruang dapur agar luas dan selesa untuk kegunaan orang tuanya.
Dan dikongsikan semula agar menjadi inspirasi dan panduan untuk anda yang sedang mencari idea menyusun dan mencantikkan kembali ruang dapur sedia ada.
Kongsinya, “Saya pasti ramai yang buntu bila masuk ke rumah yang dapurnya tidak selesa pasti akan hilang mood untuk memasak, kan?
Jadi saya akan kongsikan susun atur dapur di rumah mak ayah saya. Setiap PENERANGAN insyaAllah ada saya sertakan di caption gambar jadi saya mohon kawan kawan luangkan masa untuk baca.
Sebelum saya mulakan, setiap gambar sebelum di makeover adalah keadaan semasa proses untuk makeover, jadi agak berselerak.”
Keadaan sebelum memulakan makeover.. Terdapat 3 masalah utama yang saya kenalpasti iaitu:
1. Kurang pencahayaan 2. Ruang dapur sempit 3. Kedudukan barang tidak tersusun 4. Bajet
Untuk mengatasi masalah ini saya telah menghadkan bajet untuk projek ini sebanyak RM800.
Dengan kawalan bajet yang dihadkan, saya yakin saya mampu siapkan keperluan dapur ini dengan bajet dari RM 800! ‘’Biar betul ko ni bajet RM 800 satu dapur ni ?’’- mungkin itu lah yang ada di dalam fikiran acik acik dan akak akak sekalian. Percayalah, itulah anggaran untuk peralatan utama yang saya gunakan :
• 4 roll plain wallpaper ( RM 17/each @ Shoppe)
• 2 roll brick wallpaper ( RM 16/each @ Shoppe)
• 1 set meja & kerusi ( RM 350 @ Shoppe)
• 1 set blind ( RM 45 @ shoppe)
• 2 Unit rak Hyllis saiz besar ( RM 60.00/each @ Ikea) saya beli dengan personal shopper
• 3 liter Cat (RM15. 10/each @ Hardware)
• Storage (RM80 @ Ecoshop)
TOTAL : RM 740.30
Di bahagian ini terdapat 1 rak yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan stok barang serta tempat penyediaan keperluan memasak. Kedudukan rak ni sangat tidak praktikal kerana saiz nya yang agak besar menyebabkan ruangan dapur menjadi sempit. Selain tu juga stok barang yang disimpan sukar untuk diambil.
Set meja & kerusi ini digunakan bagi menyelesaikan masalah ruang yang sempit.. Selain itu juga ianya memberikan mood yang segar di ruangan ini. Baru lah bersemangat nak masak kan.
Untuk ruangan ini pula terdapat 1 lagi rak 3 tingkat yang digunakan untuk meletakkan barangan masakan yang sering digunakan. Jika dilihat keadaan ni memang menyukarkan proses memasak disebabkan susunan yang tidak teratur.
Bagi memudahkan proses memasak saya menggunakan hyllis dari ikea supaya bahan-bahan masakan yang digunakan boleh dilihat serta mudah dicapai secara tidak langsung masa memasak pun menjadi cepat. Tak gitu makcik kiah.
Untuk rak 3 tingkat ni pula saya gunakan untuk meletakkan pinggan mangkuk serta alatan harian yang sering digunakan.. Pastikan alatan yang tidak digunakan disimpan dalam almari supaya nampak lagi kemas & teratur.
Rak pinggan dibeli di kedai perabot.
Jangan pandang rendah pada bahagian tingkap ye.. Ini lah kawasan yang paling penting bagi mendapatkan pencahayaan yang baik.. Tapi jangan pula kita gunakan sebagai tempat mengeringkan alatan dapur.. tak manis dipandang orang.
Kenapa perlu pasang Blind sedangkan dapur memerlukan pencahayaan yang baik? Haa ni jawapannya, blind ni digunakan pada waktu-waktu tertentu sahaja sebagai contoh bila masak di waktu siang orang luar boleh nampak kita, jadi blind digunakan untuk mengelakkan orang luar nampak kita & angin pun dapat masuk, kan nyaman macam tu.
Cari sini untuk belian zebra blind online : Shoppe, Lazada
Di sudut dapur ni terdapat 1 lagi rak yang digunakan untuk meletakkan barang masakan seperti kicap sebagainya.. Tetapi kedudukan ni tidak begitu sesuai & menjadikan kawasan sudut nampak sempit.
Untuk bahagian sudut saya gantikan dengan meletakkan minyak serta sudip supaya kerja memasak menjadi mudah & kawasan menjadi luas.. Nak lagi menarik boleh la letak pokok-pokok hijau kat situ ye.
Ni adalah bahagian dapur yg mempunyai 2 corak mozek yang berlainan. Ia menjadikan tempat memasak tidak seragam.
Untuk mengatasi masalah tadi saya menggunakan wallpaper brick pvc untuk bahagian mozek. Jangan risau wallpaper ni kalis air & juga tahan panas. Tak lupa juga bahagian pintu almari saya gunakan wallpaper putih untuk menjadikan ruangan dapur nampak luas & bersih.
Cari di sini untuk belian wallpaper brick di online : Shoppe, Lazada
Di bahagian ini pula terdapat 1 rak yang tidak digunakan & diletakkan di ruangan kosong ni.
Untuk bahagian ini saya letakkan 1 lagi rak hyllis dimana ia boleh memuatkan air fryer & barangan lain serta hiasan supaya ruang ni tidak nampak bosan. Saya tidak meletakkan semua barangan elektrik pada rak ni sebab kebanyakan barang elektrik semua berat-berat.
Buah Mulberry memang sedap, rasanya masam-masam manis boleh dibuat jus, jem atau dimakan begitu sahaja. Daunnya pula boleh digoreng celup tepung. Bagi mak-mak yang ada tanam pokok ni di rumah, rupanya dengan teknik mencantas pucuk dan meluruhkan semua daun pada pokok Mulberry boleh menjadikan ia berbuah besar dan lebat.
“Baru dapat ilmu baru dari seorang sahabat yang sudah cuba.Pokok mulberry boleh berbuah lebat.”
“Ready to ngap! Mulberry kampung je”
2. Ini adalah cara untuk memaksa pokok berbuah. Akan tumbuh banyak tunas-tunas baru beserta dengan putik-putik buah.
3. Kemudian apabila buah dah ada sikit-sikit warna merah, luruhkan semua daun sekali lagi. Ini memberi peluang kepada tumbesaran buah.
Dua peringkat gugurkan daun
1. Untuk memaksa pokok berbuah.
2. Untuk tumbesaran buah.
Semoga memberi manafaat kepada semua.
MW: Jadi buat mak-mak yang ada tanam pokok mulberry tu di rumah, boleh cuba tip yang dikongsikan ni barulah pokonya boleh berbuah besar dan lebat.Selamat Mencuba!
Kisah pasangan bertemu jodoh di hospital, seorang lelaki bernama Syakir pernah lalui 100 kali kemoterapi melawan barah dan Eryna pula diuji dengan SLE, sejenis penyakit autoimun.