
Ini kisah kematian Bilal muda di Masjid Al firdaus, Bandar baru selayang iaitu arwah Ahmad Haziq Jailani 32 tahun yang telah meninggal dunia selepas selesai melaungkan azan maghrib. Bertuahnya cara beliau pergi tinggalkan hal dunia, cukup sempurna waktunya dijemput.
Kematian Bilal Muda Dicemburui

Benarlah apa yang disampaikan oleh para ustaz, kita akan mati dengan apa yang kita suka buat. Dan kematian Bilal ini sangat dicemburui kerana Allah menjemput dia pulang setelah melaksanakan tugas memanggil manusia ke rumah Allah, didalam rumah Allah, ketika sedang menunggu untuk menunaikan solat dan masih berwuduk. Husnul khatimah buat arwah.
Pemergian beliau mengundang sebak dan meninggalkan kesan mendalam kepada ahli keluarga, sahabat serta seluruh jemaah masjid yang mengenalinya. Arwah sangat dikenali seorang yang sangat ceria, sentiasa mengimarahkan rumah Allah dan aktif dalam pelbagai aktiviti kebajikan masyarakat, berakhlak mulia dan disenangi ramai. Arwah juga seorang yang ringan tulang, sentiasa membantu tanpa berkira, menghormati orang tua, disenangi rakan-rakan dan aktif dalam menghidupkan sunnah melalui sukan sunnah.

Lebih meruntun jiwa, arwah meninggalkan seorang isteri dan anak yang masih kecil, yang pastinya akan terus merindui kasih sayang, didikan dan kehadirannya. Namun kami yakin, setiap pengorbanan dan amal bakti yang ditinggalkan akan menjadi saham kebaikan yang berpanjangan buat dirinya di sisi Allah SWT.
Meninggal Selepas Laung Azan Maghrib

Perginya selepas menyeru manusia kepada Allah satu pengakhiran yang mulia yang memberikan keinsafan kepada mereka yang memahaminya. Semoga Allah kurniakan syurga yang terindah buatnya, diampunkan segala dosa-dosanya dan di tempatkan bersama-sama orang yang beriman.
Bilal surau atau Masjid adalah tugas yang mulia dan penting kerana sentiasa mengajak manusia kepada Allah, datang ke rumah Allah mengimarahkan Masjid, menunaikan solat berjemaah.

Teringat akan kisah Bilal bin rabah. Ketika syariat azan diperintahkan oleh Allah, orang pertama yang disuruh oleh baginda SAW untuk mengkumandangkan azan adalah Bilal bin rabah. Laungan Azan di setiap corong Masjid Dan surau di seluruh negara dan di dunia juga menjadi satu asbab benteng yang menghalang yakjud dan makjud keluar ke dunia ini terus kukuh.
Anda mungkin berminat dengan
Setiap kali yakjud dan makjud mengorek lubang di benteng itu bila laungan azan berbunyi benteng yg berlubang itu kembali ke asal. Dan yakjud dan makjud terpaksa korek lagi sehinggalah tiada lagi azan berkumandang di dunia ini maka keluar lah mereka beramai-ramai yang membawa bala petaka yang besar kepada manusia.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham Ahmad Haziq Jailani, menerima segala amal ibadahnya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan para solihin dan hamba-hambaNya yang beriman.
Sumber gambar: Incek Steady
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

