
Remaja sebabkan tiga kematian diperintah ke Henry Gurney, pampasan RM2000 pada keluarga terkorban. Tindakan seorang remaja di bawah umur memandu Honda Jazz secara melulu dan melanggar lampu merah dalam kejadian menggemparkan di Senawang tahun lalu menuju penghujung apabila diperintah ke Henry Gurney.
Mahkamah Majistret di sini pada Rabu memerintahkan pesalah muda tersebut dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama tempoh tiga tahun.
Majistret, Nurul Azuin Mohd Talhah menjatuhkan hukuman berkenaan selepas remaja lelaki yang kini berusia 18 tahun sembilan bulan itu membuat pengakuan bersalah di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 Kanun Keseksaan.
Remaja Sebabkan Tiga Kematian Diperintah Ke Henry Gurney

Hakim membuat keputusan terbabit selepas mengambil kira laporan sosial dikemukakan Pegawai Perintah Khidmat Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Faizudin Ahmad Zaini, selain meneliti hujahan pemberat pihak pendakwaan dan mitigasi pihak pembelaan.
Memetik laporan Sinar Harian, selepas selesai tahanan tiga tahun di Henry Gurney, remaja ini turut diletakkan di bawah pengawasan pegawai akhlak selama setahun manakala ibunya sebagai penjaga dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran RM4,000.
Memandangkan dirinya di bawah umur, kes ini dibicarakan secara tertutup. Dalam masa yang sama, bagi kesalahan kedua iaitu memandu tanpa lesen, remaja ini diperintah bayar RM2000 dan jika gagal di penjara sebulan. Mahkamah turut memerintahkan ibu bapanya membayar pampasan sebanyak RM2,000 kepada setiap keluarga mangsa selaras dengan Seksyen 426A Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).
ARTIKEL BERKAITAN :- Ibu Meraung “Anak Aku Anak Aku”, Remaja Meninggal Dirempuh Pemandu Langgar Lampu Merah
Anak Dirempuh Van Langgar Lampu Merah Di Senawang, Raungan Ibu Undang Sebak

Dalam pada itu, peguam Johan Radzi yang mewakili remaja berkenaan yang datang dalam berkeadaan bertongkat kerana kecederaan dialami dalam kemalangan tersebut belum pulih sepenuhnya memaklumkan mereka meminta penangguhan hukuman berkuat kuasa esok (Khamis) kerana keadaan kesihatan remaja tersebut namun mahkamah menolaknya.
“Tulang dia masih ada ‘range of motion’ (sukar bergerak), jadi pinggang dan lutut dia agak terbatas. Dia tidak boleh berdiri terlalu lama. Saya rasa mungkin disebabkan pelanggaran itu badan dia pun tidak seperti dulu. Itu antara hujahan kami tadi di mahkamah tentang keadaan fizikalnya,” katanya.
Bagaimanapun jelas beliau, mahkamah menolak rayuan tersebut dan memaklumkan sekolah tersebut mempunyai fasiliti kesihatan untuk merawatnya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Hafiza Ishak.
Media pada 17 Disember 2025 melaporkan, pesalah kanak-kanak itu membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan sebagai pemandu Honda Jazz telah memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, Muhammad Aswari Lotpi, 16, dan Aisar Azim Abdullah, 17.
Anda mungkin berminat dengan

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang jam 8.30 malam di lampu isyarat Jalan Persiaran Senawang 1, Taman Matahari Heights di sini pada 6 Mac 2025.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.
Dalam kemalangan pada 6 Mac tahun lalu, kereta Honda Jazz dipandu remaja lelaki itu gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat merah lalu melanggar dua motosikal yang datang dari arah sebelah kiri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

