Duit dapur dan belanja rumah, antara perbelanjaan yang wajib ada dalam setiap rumah. Bagi yang berkeluarga tentulah ia menjadi tanggungjawab buat seorang suami.

Mungkin agak beruntung, bila isteri bekerja dan mampu membantu suami dalam urusan duit dapur dan belanja rumah. Sekurangnya, dapat ringan beban suami. Tapi, sedihnya ada juga suami yang mengambil kesempatan pada isteri, lebih-lebih lagi bila isteri bekerja.

Walaupun isteri tidak kisah dan pejam mata dalam menggunakan duit untuk belanja rumah tapi suami jangan culas. Nampak macam perkara kecil dan boleh dibincang tapi dari segi hukumnya agak berat untuk dipikul oleh seorang lelaki bergelar suami.

Bila keadaan ini berlaku, ia seolah-olah suami gunakan isteri. Sanggup beli keperluan diri tapi dalam duit dapur, belanja rumah pejam mata dan buat tak tahu.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Berbakti Pada Mak Ayah Ikutlah Kemampuan, Asalkan Nafkah Isteri, Anak Cukupkan Dulu

Menantu Dapat Mentua Cerewet, Jangan Banyak Cara & Jaga Mulut, Semuanya Jadi Mudah!

Info Lebih Menarik DI SINI

IKLAN

Duit Dapur, Belanja Rumah, Jangan Kedekut & Berkira

1. Jangan sesekali gunakan isteri, nafkah diberi macam tak beri.
2. Selalu terjadi bila isteri bekerja, mulalah suami berkira duit belanja.
3. Ada suami yang ambil kesempatan, katanya isteri sudah ada pendapatan.
4. Patutnya makan minum duit ‘tok laki’, tapi ada suami yang cuci tangan dan kaki.
5. Suami berhabis pada kereta, duit dapur dipejamkan mata.
6. Isteri jenis malas berkira dan tak kisah, akhirnya isteri yang belanja dapur kering dan basah.
7. Suami rasakan duit isterinya banyak, duit isteri dia pula nak dilanyak.
8. Bila isteri yang bayar duit dapur dan belanja rumah, ini tanda bermasalah dan suami lemah.
9. Belanja rumah suami isteri perlu berbincang, kalau makan hati rumahtangga boleh pincang.
10. Isteri usah biarkan suami tak tunaikan tanggungjawab, khuatir disana suami disoal dan tak dapat nak jawab.

Bila Isteri Bayar Duit Dapur, Belanja Rumah, Itu Tanda Suami ‘Lemah’, Culas Tanggungjawab

Tanda Masalah & Suami Lemah

Bila lama tak jumpa rakan taulan dan sanak saudara, sesekali berjumpa banyak kisah suka duka yang didengar.

Ada yang bakal bernikah, tak kurang juga ada yang dah berpisah. Rupa-rupanya banyak juga kisah rumahtangga yang retak menanti belah disebabkan tadbir urus kewangan.

Kalau pendapatan rendah dan duit tak cukup hinggakan retak hubungan suami isteri itu biasa dan agak klise. Tak disangka ramai juga pasangan yang berpendapatan tinggi diuji dengan kewangan.

IKLAN

Bila isteri berpendapatan dan bekerja, ada suami yang culas duit belanja. Ada yang rasakan duit isterinya banyak, duit isteri pula dia nak lanyak.

Ada pula suami yang kedekut dan berkira, isteri bekerja makan hati dan rasa sengsara.

Bila isteri yang bayar semua duit dapur dan belanja rumah, ini tanda masalah dan suami lemah.

Sekadar ingatan untuk diri sendiri yang bergelar suami. Belanja rumah, suami isteri perlu berbincang, kalau makan hati rumahtangga boleh pincang.

IKLAN

Isteri usah biarkan suami tak tunaikan tanggungjawab, khuatir di sana suami disoal dan tak dapat nak jawab.

Mingguan Wanita : Walaupun inilah yang selalu dikatakan tapi masih ada suami yang culas dan buat tak tahu.

Sumber: Isma Addi Jumbri

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI