Sebelum berkahwin, ada wanita di luar sana yang cukup ‘seram’ bila memiirkan dapat mentua cerewet. Mesti ada saja yang tak kena di matanya. Rasa dah buat sehabis baik tapi tidak bagi mentua.

Bagi menantu yang mempunyai mentua cerewet, tak perlulah nak rasa kecil hati. Buat tak tahu dan jadilah diri sendiri. Mana yang boleh kita perbaiki, kita buat. Cerewet itulah untuk ajar kita jadi lebih baik.

Lagi satu, jarang ada mentua yang sanggup tinggal dengan menantu. Tapi, kalau mentua cerewet sanggup tinggal bersama, kiranya dia selesa dengan kita. Beruntunglah.

Perkongsian daripada Siti Suryani Yaakob tentang bagaimana menantu sanggup ketepikan privasi semata-mata untuk menjaga mentua. Jangan banyak ‘caro’, jaga mulut, semauanya akan jadi senang.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bila Kehilangan Suami, Isteri Jangan Berharap Pada Mentua, Ipar Duai, Binalah Harta Sendiri

Pesan Mentua, Bila Jadi Ibu, Penat Urus Rumahtangga Bukan Sia-Sia, Ada Ganjarannya!

Info Lebih Menarik DI SINI

Mentua Cerewet, Menantu Pekakkan Telinga, Butakan Mata

Dulu belilah rumah besar sikit. Ingat mak ayah nanti dah tua nak duduk dengan saya.

Tapi tak. Mak saya sekarang tinggal dengan adik saya. Anak lelaki dia. Dah tentu di rumah tu ada isteri pada adik saya. Menantu perempuan dia.

IKLAN

Orang kata payah selalu mak mernua nak duduk dengan menantu perempuan ni. Tapi tak.

Mak saya suka duduk dengan adik ipar saya. Adik saya ada anak kecil. Dia boleh buat main. Geng hiking dia pun semua dekat sana.

Lagi satu saya rasa pasal saya cerewet. Pisau bawang lain. Pisau daging lain. Pisau buah lain. Tapi tu bukan salah saya. Mak saya juga yang ajar dulu.

“Kenapa kamu potong bawang dengan pisau daging ni kak. Nanti tumpul lah dia”. Kan. Bukan salah saya.

Lepas tu saya tak boleh tengok benda bersepah. Sikit pun tak boleh. Menahar mata aku menahan. Jadi tak duduk sekali pun kadang asyik mengemas. Tapi tu pun bukan salah saya. Mak saya yang ajar juga.

“Baju ni dah diangkat terus lipat. Bukan payah. Sambil tengok TV boleh kan lipat. Lama-lama tangguh lagi malas.” Kan. Bukan salah saya. Mak saya juga punya kerja.

Sinki. Lagilah. Habis masak habis kemas. Sekali jalan. Jangan bertingkat kotor-kotor dalam sinki. Dua tiga kerja satu masa cepat rehat.

“Kan boleh sambil-sambil. Apa ditenung kari tu sampai gelegak. Sambil tunggu sambil basuh. Cepat siap”. Kan. Bukan salah saya. Saya ikut kata mak saya saja.

Dapat Menantu Tak Cerewet

Tapi bila tinggal dengan menantu ni, saya nampak mak saya merendahkan sikit ekspektasi dia. Baju ke, sinki ke, pisau ke, dia tak cara mana. Dia larat dia tolong buat. Dia tak larat, dia tak bising buat orang penat.

IKLAN

Dan saya juga lihat adik ipar saya tak secerewet saya. Mudah saja dia. Mak saya tak nak masak, dia order. Mak saya potong buah guna pisau daging, dia okay. Mak nak apa saja, dia bagi sedia.

Mereka berdua adalah orang yang ada cara kerja dan pemikiran berbeza yang mentongsampahkan segala yang berbeza itu untuk tinggal bersama. Bersama-sama.
Mak saya korbankan segala prinsip dan mulut dia.

Adik ipar saya korbankan privasi dan keinginan dia.

Saya tahu susah. Tapi bila lihat mak mengalah dan adik ipar tak bermegah, maka saya nampak semuanya jadi mudah.

Rumah itu takda siapa nak lebih kuasa. Anak lelaki kena ikut aku sebab aku ibu. Atau suami kena lebihkan saya sebab saya isteri dia.

IKLAN

Saya kira bila jadi menantu saya kena jadi seperti adik ipar saya. Jangan banyak cara. Pekakkan telinga. Butakan mata. Mulut kena jaga.

Juga sampai satu masa nanti saya kena jadi mak mentua seperti mak saya. Jangan banyak cara. Pekakkan telinga. Butakan mata. Mulut kena jaga.

Semoga Allah berkati mereka berdua. Orang yang banyak berkorban dan berbuat baik pada sesama mereka. Syurgalah buat pengorbanan kamu berdua hendaknya.

Mingguan Wanita : Anggaplah mentua seperti mak kita sendiri.

Sumber: Siti Suryani Yaakop

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI