Rasa anak marah dan geram semua ada bila tengok rumah bersepah. Baru saja lima minit kemas ruang tamu, tup-tup ada lagi barang mainan yang anak selerakkan.

Inilah rutin hari-hari mak-mak yang ada anak kecil. Memang jarang nak nampak rumah kemas dan tersusun. Kalau ada pun berapa lama sangat. Nanti, akan muncullah patung maianna, dinasour, kertas, robot dan sebagainya.

Mak-mak tak perlu nak marah atau nak OCD sangat, fasa umur anak begini memang mereka akan buat rumah bersepah. Biarlah mereka nak berkreatif dan eksplorasi. Nanti kalau dah bear, tak adalah lagi keadaan rumah macam ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Biar RUMAH BERSEPAH SEKETIKA, Mak-Mak Kena Tahu ANAK PUN STRES

Cara Jimat Susun Kasut Bersepah Dalam Rak, ‘Shoe Slot’ Ini Cuma RM2.10

Info Lebih Menarik DI SINI

Rumah bersepah, Tanda Anak Berkreatif

Inilah keadaan rumah saya waktu anak masih kecil lagi.

Bila siang, lantai akan penuh dengan macam-macam benda.
Kertas, kotak, plastesin, malah lopak air pun ada.

Beras dan sayur dari peti ais pun kadang-kadang tersesat dalam longgokan mainan.

Bukan kami ni sejenis tak runsing bila tengok sepah begini. Macam mana mak-mak rasa menggigil lutut tahan geram tengok rumah yang dikemas bersepah, begitu juga kami.

Tapi, bila sedar kebaikan yang anak dapat dengan bermain sampai bersepah gini, kami belajar untuk tarif nafas, bertenang dan redha.

Fikir macam ni je. Rumah yang bersepah disebabkan anak yang sedang berkreatif di dalamnya, mungkin adalah madrasah buat seorang bakal saintis/ pereka/ pencipta/ pioneer di masa hadapan.

IKLAN

Kena bayangkan hebatnya otak anak bekerja sewaktu mereka menyepah.

Cuma, kenalah buat rules sebelum mula bermain. Lepas main, kemas balik!

Kalau tak, tunggulah bebelan dari encik suami yang pengemas tahap Konmari tu bila dia balik.

Otak Sedang Berfungsi

Neil deGrasse Tyson, seorang ahli astrofizik berkata,

“Jangan tanya saya, macam mana nak anak minat Sains. Anak-anak sememangnya dilahirkan dengan sifat seorang saintis.

Mereka exploratif. Suka cuba buat itu-ini. Keluarkan telur, pecahkan. Ambil periuk dan ketuk. Petik bunga di pokok. Buka kereta mainan part by part sampai tak rupa kereta.

Semua itu asas untuk seseorang memahami dunia sains. Memahami cara kehidupan sekelilingnya berfungsi. Dan bibit bermulanya sifat seorang saintis.

Tapi kita mak ayah yang sebenarnya mematikan sifat tu. Tiap kali anak nak mencuba je, kita melarang. Tiap kali anak buat silap, kita menghukum.”

IKLAN

Sentap!

Tapi lebih sentap dengan kenyataan seorang penyelidik Korea ni.

Ada satu kajian dijalankan oleh penyelidik bernama Kyung Hee Kim. Katanya, tahap kreativiti kanak-kanak zaman sekarang menurun sebanyak 85% berbanding dengan kanak-kanak sama usia pada tahun 80-an.

Antara punca kanak-kanak makin hilang sifat kreatif adalah, kurangnya peluang untuk berekplorasi.

Ini bermakna, anak-anak makin kurang bermain. Kalau bermain pun, dah tak meluas macam kanak-kanak dulu bermain.

Puncanya adalah :
1. Kewujudan skrin seperti TV dan gajet.
2. Kurang outdoor (disebabkan rumah bertanah makin kurang & risiko merbahaya yang makin meningkat)
3. Penglibatan ibu bapa dengan anak berkurang atas faktor kerjaya.
4. Kurang free time sebab trend kelas tambahan.

Punca paling utama juga adalah KESEDARAN. Kurangnya kesedaran ibu ayah bahawa pentingnya kanak-kanak ni bereksplorasi, buat silap, buat messy dan mencuba itu dan ini.

Fikirkan ini.

Biarkan anak melalui fasa mereka. Fasa ini tak lama. Rumah akan sepah sikit. Tapi jiwa mereka akan hidup sebagai kanak-kanak yang berani bereksplorasi.

IKLAN

Bijak dalam menyelesaikan masalah.
Punya daya fikir yang tinggi dan kritis.

Tak kekok memanipulasi apa jua peralatan.

Boleh bertoleransi terhadap stres, terutamanya bila buat sesuatu yang tak menjadi.

Mampu memahami bahawa untuk terjadinya sesuatu, ada proses yang perlu dilalui.

Paling penting, mereka mampu beradaptasi hidup dalam dunia yang makin mencabar ni.

Semakin besar ruang yang kita buka untuk anak meneroka,
Semakin rendah ekspektasi yang kita letak pada mereka,
Semakin kita faham proses yang perlu dilalui mereka,
Semakin tinggi juga potensi anak-anak untuk jadi saintis, pencipta, pereka, saintis atau pioneer yang menyemarakkan dunia.

Mingguan Wanita : Tak kisahlah dia sepahkan mainan apa-apa, asalkan lepas sepahkan kenalah simpan. Kena juga ajar disiplin ini.

Sumber: Wawa Shauqi

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI