Perkara yang selalu diceritakan bila berlaku kematian pada pasangan terutamanya suami tentulah tentang pembahagian pusaka. Tak kisah banyak atau sedikit, ia perlu supaya tidak berlaku persengketaan antara keluarga.

Pembahagian pusaka untuk balu, anak dan mak ayah si mati mengikut ketetapan. Banyak atau sedikit, itulah yang perlu dilakukan. Melainkan ia diselesaikan dengan cara baik bila hali keluargamenyerahkan segalanya pada si balu.

Itu berkenaan pembahagian harta bagi suami meninggal. Bagaimana pula bila isteri meninggal. Inilah yang jarang diceritakan dan dikupaskan. Sebenarnya, ada caranya juga tnetnag pembahagiaan pusaka ini.

Ikuti apa yang dikongsikan oleh Ustaz MOHD KHUSAIRI SALEH ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bila Mak Ayah Meninggal Serentak, Fahami Pembahagian Harta Pusaka, Jagalah Kebajikan Anak Kecil

Harta Pusaka HAK Mak Ayah, Adik Beradik Tak Perlu Nak BEREBUT

Info Lebih Menarik DI SINI

Pembahagian Pusaka Isteri Meninggal

ISTERI MENINGGAL…

Selalu duk bagi contoh suami je meninggal. Ingat isteri tak meninggal ke? Jadi isteri kenalah jugak hibah untuk suami.

“Ustaz, isteri saya meninggal, tinggal saya suami, anak perempuan tunggal dan ayah mak.

Macam mana pembahagian pusaka isteri?”

IKLAN

Saya jawab:

Semua tu adalah waris isteri.
Suami 1/4 = 3/12
Anak P 1/2 = 6/12
Ayah 1/6 = 2/12
Mak 1/6 = 2/12

Ini kadar setiap waris mengikut pengiraan asal.
Tapi bila dijumlahkan, ia jadi 13/12.

Dalam faraid, kes begini dipanggil AUL
Jadi kena laraskan semula jadi begini ye…

Suami 3/13
Anak P 6/13
Ayah 2/13
Mak 2/13

Kalau contoh nak bahagi duit, duit tu kena bahagi dengan 13. Jangan bahagi 12, nanti ada yang mengamuk, sebab tak cukup..

Walaupun si mati hanya ada anak perempuan sahaja dan ada ayah, tidak bermakna ayah dapat 1/6 + Asobah. Lainlah kalau yang mati tu suami. Akan ada lebihan asobah untuk ayah.

IKLAN

Jadi ayah hanya dapat 1/6 sahaja. Tu pun dah jadi AUL. Bila berlakunya agihan sebenarnya ayah dapat kurang lagi daripada 1/6.

Jika isteri meninggal dan ada 2 anak lelaki, 1 anak perempuan. Adakah mak ayah dapat bahagian?

Jawapan:
Masih dapat. Mak ayah ini waris utama yang tidak akan terhalang samasekali drpd menerima pusaka, walaupun simati ada anak ramai mana sekali pun.

Suami 1/4 = 3/12
Ayah 1/6 = 2/12
Mak 1/6 = 2/12

Baki 5/12 untuk anak-anak
Anak Lelaki : 2/12 seorang
Anak Perempuan: 1/12

Mingguan Wanita : Sekurangnya ayah gunakan duit untuk besarkan anak. Tapi, jangan pula untuk kahwin lain. Awas!

IKLAN

Sumber: USTAZ MOHD KHUSAIRI SALEH, DIF

 

Apakah ‘AUL
‘Aul merupakan salah satu kaedah yang unik dalam ilmu faraid yang mana melalui kaedah ini seseorang waris akan menerima kurang daripada apa yang patut diperolehinya. Ia berlaku dengan bertambahnya angka pembawah dan melalui pertambahan ini akan mengurangkan kadar bahagian waris-waris yang asalnya mendapat bahagian yang lebih banyak.

Kaedah ‘aul bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan bahagian waris fardu yang mana setiap waris fardu berhak mendapat bahagian masing-masing dan tidak boleh dikurangkan bahagian mereka.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu jika dibahagikan mengikut bahagian masing-masing, harta yang ada tidak akan dapat dibahagikan kepada semua waris fardu yang terlibat.
Masalah ‘aul hanya terjadi kepada waris fardu sahaja dan tidak melibatkan waris asobah. Ini kerana waris asobah hanya menerima baki sahaja. Tiada bahagian untuk asobah jika tiada baki.

Sumber: efaraid

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI