Hilang selepas dihantar bapa ke stesen bas, selepas tiga tahun anak ditemui dalam keadaan kebingungan. Apalah yang dilalui wanita ini sepanjang kehilangannya masih menjadi tanda tanya.
Berbaloi usaha dan ikhtiar yang dilakukan keluarga dan akhirnya membuahkan hasil pabila anak yang selama ini hilang daripada pandangan mata ditemui masih bernyawa.
Selepas Tiga Tahun
Seorang wanita yang dilaporkan hilang hampir tiga tahun lalu ditemukan dalam keadaan bercelaru di sebuah rumah di Kampung Perupok, Pasir Mas, Kelantan.
Wanita berusia 26 tahun itu yang dilaporkan hilang sejak 2019 lalu, ditemukan di sebuah rumah yang turut dihuni oleh seorang lelaki dan wanita yang sudah berusia.
Difahamkan, laporan kehilangan wanita berkenaan telah dibuat oleh keluarganya di Balai Polis Ketereh, pada 2019 selepas mereka gagal mengesannya yang keluar dari rumah lalu menaiki bas ekspres dengan alasan mendapat kerja di Putrajaya.
Hilang Selepas DiHantar Bapa Ke Stesen Bas
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pada November 2019 wanita berkenaan telah dihantar oleh bapanya ke stesen bas untuk ke Putrajaya menggunakan pengangkutan awam itu.
“Selepas itu, wanita berkenaan telah gagal dikesan oleh ahli keluarga walaupun ahli keluarganya hanya berjaya menghubunginya sekali sahaja dalam tempoh tersebut,” katanya.
Ads
Menurutnya, susulan itu bapa wanita berkenaan pernah ke Putrajaya untuk mencari namun dimaklumkan dia tidak pernah datang ke premis tersebut.
Beliau berkata, bapa wanita berkenaan terus membuat laporan polis berkenaan kehilangan anaknya itu.
Jelas Mohd Suhaimi, hasil maklumat dan risikan yang dibuat, wanita terbabit berjaya dikesan sebelum menemuinya di sebuah rumah di Kampung Perupuk, Pasir Mas.
“Kami dimaklumkan wanita terbabit berkenalan dengan seorang lelaki berusia sekitar 60-an sebelum menghilangkan diri tiga tahun lalu.
“Polis kemudian telah menjemput wanita terbabit kira-kira jam 6 petang. Bagaimanapun lelaki tersebut tiada di rumah, sebaliknya seorang wanita yang dipercayai isterinya sahaja berada bersama mangsa,” katanya.
Peniaga bazar Ramadan ‘berputih mata,’ meja patah, lebih 10 balang air tumpah. Seorang peniaga air balang di bazar Ramadan Jalan Haji Ahmad, Pahang, mengalami detik malang apabila lebih 10 balang air jualannya tumpah begitu sahaja selepas meja yang digunakan patah.
Peniaga Bazar Ramadan ‘Berputih Mata,’ Meja Patah, Lebih 10 Balang Air Tumpah
Kejadian yang tular menerusi beberapa keping gambar menunjukkan semua balang air terbalik ke belakang, menyebabkan kesemua air jualannya tertumpah di atas tanah. Keadaan itu bukan sahaja mengakibatkan kerugian, malah turut memberi kesan kepada peniaga tersebut untuk meneruskan perniagaannya pada hari itu.
Menurut perkongsian di media sosial, ada yang berpendapat meja yang digunakan mungkin tidak cukup kukuh untuk menampung berat balang air yang banyak.
Sementara itu, di ruangan komen, ramai netizen memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar peniaga berkenaan terus tabah menghadapi dugaan serta berjaya dalam perniagaan pada hari-hari berikutnya.
Berikut antara komen-komen warga maya:
“Allahuakhbar dugaan bulan puasa…..semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.”
“Kaki meja zaman sekarang tak tahan macam dulu punya kualiti dah kurang.”
“Niaga air berat, kena guna meja tempa yang kaki kuat.”
“Meja macam tu memang ta tahan bagi penjual ai sebab air bila dah banyak jadi berat. Kaki meja kena custom.”
Di doakan semoga peniaga tersebut berlapang dada dengan ujian ini serta dimurahkan rezeki untuk meneruskan perniagaan pada hari seterusnya.
Kematian itu pasti, cuma dimana tempatnya dan bagaimana caranya semuanya rahsia Allah. Perbanyakkanlah berdoa semoga cara kematian kita dalam keadaan ‘Khusnul Khotimah’ dan yang terbaik.
Bagi orang Islam, kesempatan mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir adalah peluang yang sangat indah dan sangat diharapkan. Apatah lagi nyawa diambil saat menyeru orang lain mendirikan solat iaitu melaungkan kalimah azan.
Innalillahi wainnailaihirajiun.Sungguh kematian yang dicemburui apabila lelaki ini yang merupakan AJK Surau dijemput sang pencipta dalam keadaan yang paling mulia, iaitu ketika sedang melaungkan azan Subuh.
Menerusi perkongsian daripada Ahli Jawatankuasa Surau Ar-Rayan, seluruh penghuni apartment Sri Ixora Seksyen 27 Shah Alam berasa pelik kerana azan subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi ni cuma kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla illaha illa Allah) dan kemudian terhenti. Kemudian bersambung di corong pembesar suara keadaan cemas.
Selang kemudian terdengar AJK lain membuat pengumuman menyeru ahli keluarga En Man dari blok 45 turun ke surau dengan kadar segera dan kelihatan ambulan tiba di kawasan surau.
Meninggal Ketika Laungkan Azan
Setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan.
Abang Rosliman atau lebih mesra dengan panggilan Abang Man, telah kembali bertemu PenciptaNya dalam keadaan semua orang beriman impikan. Arwah meninggal dunia ketika melaungkan azan pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah.
Hari Ketiga Azan Subuh
Sebak dan bergenang air mata ini para jemaah sahabat rapat.
“Malam tadi baru dia yang beriya-iya mahu menjayakan majlis kenduri kesyukuran Ustaz Sahari yang baru keluar hospital yang akan diadakan di surau. Dia yang nampak sangat gembira dengan menu yang dicadangkan. Dia yang menawarkan diri untuk menyediakan kopi o kaw. Rupanya dia Allah panggil dalam keadaaan sangat-sangat kami cemburu.” ujar salah seorang jemaah.
Paling kami terkejut hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan subuh walaupun beliau bukan bilal surau. Beliau merupakan AJK Pemeriksa Kira-kira surau.
Allah sayang Abang Man lebih dari kami semua bang. Abang Man pernah berseloroh :
“Kita jaga amanah surau ni bukan untuk kita sekarang, tapi gunanya bila kita kat sana nanti”.
Moga Allah pilih Abang Man menjadi penghuni Al-Firdaus. Allah Maha Mengetahui.
MW: Salam takziah buat seluruh keluarga arwah. Bertuahnya ‘dijemput’ ilahi dalam keadaan paling mulia.Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Kejadian pelik, namun itulah kejadian yang telah berlaku di Slim River, Perak. Seorang kanak-kanak mengadu sakit di tapak kaki selama 2 minggu sebelum doktor mengambil keputusan untuk jalankan pembedahan kecil keluarkan rambut.
Seorang doktor mengalami pengalaman pelik sepanjang karier selama 12 tahun apabila terpaksa melakukan pembedahan kecil bagi mengeluarkan sehelai rambut pada tapak kaki kanan seorang kanak-kanak, di Slim River, Perak.
Menurut Pengasas Perkhidmatan Klinik Doktor Bergerak (DOCMOVE), Dr Hanafi Yahya, pada 11 September lalu, dia didatangi sebuah keluarga dari Sungai Siput, Perak bersama kanak-kanak yang berusia lapan tahun untuk menerima rawatan.
Katanya, kejadian yang berlaku kepada kanak-kanak terbabit bermula pada malam pertama ketika keluarga kanak-kanak itu berpindah ke rumah baharu.
Dua Minggu Mengadu Sakit
“Selama dua minggu kanak-kanak itu mengadu sakit pada tapak kaki kanan menyebabkan ibu bapa kanak-kanak terbabit datang ke klinik bagi mendapatkan rawatan.
“Saya dimaklumkan rambut yang terdapat pada tapak kaki kanak-kanak terbabit boleh bergerak menyebabkan saya berasa pelik memikirkan bagaimana sehelai rambut yang lembut dan halus boleh masuk ke dalam tapak kaki kanak-kanak terbabit,” katanya.
Jelas Dr Hanafi lagi, dia juga terpaksa melakukan pembedahan kecil kira-kira 15 minit bagi mengeluarkan rambut sepanjang 1.5 sentimeter.
“Inilah pengalaman pertama dan pelik saya hadapi sepanjang karier saya terpaksa mengeluarkan sehelai rambut dalam tapak kaki manusia.
“Syukur selepas rambut itu dikeluarkan pada tapak kakinya, kanak-kanak terbabit sudah dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan normal kembali,” katanya.
Menurutnya lagi, sampai sekarang dia masih tertanya-tanya mengenai kejadian terbabit dan baginya apa yang berlaku adalah kuasa Tuhan.
MW: Kisah ini membuatkan kita terfikir bahawa setiap apa yang berlaku adalah atas ketentuan Allah. Walaupun seperti tak logik diterima akal tetapi jika Allah berkehendakkan ia berlaku, ia tetap berlaku.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...