Rumah tangga ni, jika dibina atas niat mencari redha Allah dan rahmat Allah, insya-Allah akan diberkati.

Kecurangan kalau tak dibuka pintunya, pasti ruang berlaku akan tertutup! Jadi jangan mulakan.

Ternyata pasangan curang bukan sesuatu yang mudah ditelan, apatah lagi setelah rumah tangga dibina sekian lama, kemudian suami memilih untuk curang.

Bayangkan perasaan isteri yang selama ini berkorban segalanya untuk suami dan kini dikhianati. Ikuti perkongsian Azlan Noor ini dan fahami apa yang disampaikan:

Kecurangan Kalau Tak Dibuka Pintunya

Saya tak faham kenapa ada lelaki sanggup berlaku curang, sedangkan:
1. Isteri telah bertekad keluar dari ‘istana’ keluarga yang menjaganya bagaikan puteri. Yang tak pernah menyakiti hati dan fizikalnya. Untuk hidup bersama lelaki yang dia percaya mampu jaga dirinya sebagaimana keluarganya.

2. Isteri telah serahkan hati sepenuhnya kepada lelaki yang dia percayai. Tak minta lebih, sekadar mahu hatinya dijaga dan tak dilukai.

3. Isteri telah berkorban untuk menjadi ibu kepada anaknya. Sanggup susah payah bawa kandungan 9 bulan. Gadai nyawa tahan perit sakit melahirkan. Serahkan perut untuk ditoreh pisau. Semata-mata untuk lahirkan zuriat keturunan suami.

Pasti Ruang Berlaku Akan Tertutup!

4. Isteri jujur dengan hubungan ini. Hanya harapkan kejujurannya dibalas dengan kejujuran yang sama dari suami tanpa selindung. Sebagai tanda keluhuran hubungan yang dibina atas ikatan lafaz akad suci.

5. Isteri telah berjanji untuk setia seluruhnya kepada suami. Sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga. Dengan harapan suaminya juga setia dan menjaga pandangan dari melihat perempuan lain.

6. Isteri sanggup bersama-sama mulakan hidup dari bawah. Sanggup bersusah payah untuk bina keluarga. Tak pernah lekang sokong apa sahaja yang suami buat demi masa depan keluarga.

IKLAN

7. Isteri sanggup lupakan masa depan karier dan pekerjaan demi menguruskan rumah tangga dan mendidik anak-anak. Hanya harapkan suami kekal disisi untuk turut sama membantu bina keluarga yang dia sayangi.

8. Isteri tungkus lumus sediakan keperluan rumah tangga, keperluan suami dan juga anak-anak. Biar pun penat, biar pun letih. Tambah-tambah jika isteri juga bekerja. Dia sanggup buat semua tu demi redha suami dan redha Allah.

9. Isteri yang halal lagi suci itu berkali ganda lebih baik dari hubungan yang haram. Jalan kebaikan dah Allah sediakan supaya dapat elak dari jatuh ke lubang maksiat dan dosa.

Artikel Berkaitan:

Hotel Heartbreak,UK Bantu Wanita Putus Cinta Lupakan Bekas Kekasih Curang!

IKLAN

Terlampau Sakit Hati, Isteri Nekad Simbah Asid Ke Muka Suami Yang Curang

Curang Itu Bermula Daripada Perkara Kecil, Biarlah Orang Label Kolot Asalkan Pandai Menjaga

Jadi Jangan Mulakan

Bukan nak ‘back up’ golongan isteri.
Sekadar nak ingatkan golongan lelaki.

Disebalik seorang lelaki, ada wanita bergelar isteri yang tak pernah berhenti beri sokongan kepada kita. Yang tak pernah bosan hadap perangai kita. Yang tak henti-henti doakan kita jadi suami yang terbaik kepada anak-anak dan diri.

Kecurangan ni, kalau tak dibuka pintunya, insya-Allah ruang untuknya berlaku akan tertutup. Jangan mulakan. Ingatkan diri kita ada tanggungjawab besar menjaga anak dan isteri.

IKLAN

Rumah tangga ni, jika dibina atas niat mencari redha Allah dan rahmat Allah, insya-Allah akan diberkati.

Namun jika dibina atas dorongan dan kepuasan nafsu semata, buat apa pun takkan rasa puas. Tak pernah mencukupi.

Kerana nafsu manusia itu tak pernah puas hati sehinggalah manusia itu ditimbus dalam tanah seorang diri.

Azlan Noor

Mingguan Wanita : Curang itu pilihan dan bukannya ujian. Sebelum tersalah langkah fikirkan dahulu kesannya kepada hubungan suami, isteri.

Sumber : Azlan Noor

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI