“Tujuh tahun merantau, bercinta jarak jauh.” Lelaki ini kecewa kekasih pilih orang lain untuk menamatkan zaman bujang.
Tentu saja pelbagai ujian mendatang selama tujuh tahun hubungan cinta terjalin. Inilah namanya ujian dalam perhubungan.
Tujuh Tahun Merantau
Gara-gara kecewa cinta dikhianati, seorang lelaki mengamuk di sebuah majlis perkahwinan kerana teman wanitanya memilih jejaka lain sebagai suami selepas mereka bercinta selama tujuh tahun, lapor portal Wolipop semalam.
Berdasarkan klip video yang dikongsikan di laman Instagram, seorang lelaki yang memakai jaket hitam dilihat berada dalam keadaan marah dan memberitahu bahawa dia ingin bertemu dengan pengantin.
Bercinta Jarak Jauh
Lelaki tersebut dilaporkan baru pulang ke Indonesia selepas merantau di Malaysia selama tujuh tahun.
Sepanjang tempoh itu, dia menjalinkan hubungan cinta jarak jauh bersama teman wanitanya.
Lelaki Ini Kecewa
Lelaki itu bagaimanapun berasa kecewa apabila mendapat tahu bahawa teman wanitanya membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki lain.
Ads
“Hancur hatinya. Hubungan cinta jarak jauh selama tujuh tahun. Selepas pulang, teman wanitanya mengahwini lelaki lain,” demikian menurut keterangan akaun Instagram @andreli_48.
Hantaran itu menjadi tular dengan ramai netizen meluahkan rasa simpati kepada lelaki berkenaan.
“Jangan-jangan setiap bulan dia kirimkan duit. Sebab itulah dia amat kecewa apabila teman wanitanya berkahwin dengan orang lain,” kata seorang netizen.
“Tujuh tahun jaga jodoh orang,” kata seorang lagi pengguna. – AGENSI
Mingguan Wanita : Semoga lelaki ini bertemu dengan wanita yang lebih baik dan menghargai dirinya.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Jika ada simptom, hari ketiga bergejala paling sesuai buat RTK antigen di rumah untuk mengetahui sama ada mak, ayah positif atau negatif virus Covid19.
Sekiranya mak, ayah ingin melakukan RTK antigen pada hari pertama bergejala, tidak ada masalah. Tetapi ujian perlu diulang lagi pada hari ketiga. Tindakan ini adalah sebaik-baiknya mengikut Dr Arisman.
Jika Ada Simptom
Saya puji masyarakat kita kebanyakan sudah bijak mengambil inisiatif sendiri atau langkah paling berhati-hati dengan melakukan ujian kendiri RTK di rumah sebaik sahaja gejala muncul hari pertama.
Rata-ratanya datang ke klinik beritahu “Saya dah buat RTK pagi tadi di rumah, negatif doktor.”
Alhamdulillah. Tahniah untuk diri anda sendiri yang melakukannya. Ini step yang sangat membantu kami frontliner kesihatan khususnya dalam mengawal penularan wabak Covid musim Omicron khususnya.
Tetapi jika berjumpa saya di klinik, saya pasti akan selalu nasihatkan kepada pesakit-pesakit yang timbul gejala saluran pernafasan atau demam untuk periksa ulang ujian kendiri air liur atau swab pada hari KETIGA bergejala.
Jika ujian negatif dan demam masih tidak reda, maka datang semula berjumpa doktor. Perlu risau ada banyak lagi penyakit lain di luar sana, misalnya denggi, influenza, pneumonia dan lain-lain.
Buat RTK Antigen Di Rumah
Ada juga pesakit yang jawab “Saya dah buat RTK dah doktor, 5 hari lepas tapi negatif.”
Saya jawab semula, “tapi encik punya gejala baru mula kelmarin. Ujian 5 hari lepas dah tak boleh pakai dah. Encik kena buat ujian yang baru untuk lihat ada virus Covid atau tak pada sakit sekarang.”
Sekiranya anda kontak rapat, sama ada mempunyai simptom atau tidak, ikuti garis panduan ini. Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia..
Mingguan Wanita : Pastikan stok RTK antigen sentiasa ada di rumah, jika tiada sekalipun, mudah dibeli di mana-mana farmasi berdekatan. Sama-sama kita jaga kita. Nak mudah beli sahaja ONLINE.
Kejadian yang Mingguan Wanita paparkan ini berlaku pada hari para pelajar darjah 6 menghadapi kertas peperiksaan Sains, UPSR. Yang mana, pelajar bernama Ameruddin ini tidak sedarkan diri sebaik saja selesai menjawab kertas peperiksaan tersebut.
Diana Azmar berkongsi kisah duka ini di laman facebooknya semalam. Anak murid jirannya itu disahkan alami sakit bengkak otak. Sungguh dalam kepayahan anak ini meneruskan jua ujian UPSR.
Kehidupan anak ini juga begitu menyayat hati apabila ibunya cuma seorang ibu tunggal membesarkan lima orang anak sendirian. Pembaca yang budiman, bacalah kisah Ameruddin dan bantulah keluarganya.
Di akhir perkongsian ini, disertakan nombor akaun untuk tujuan sumbangan ikhlas daripada pembaca Mingguan Wanita yang prihatin.
Catatan Semalam, Jumaat 28 September 2018
BISMILLAH…
“Saya nak share kisah semalam yang dikongsi oleh seorang guru yang tinggal di kejiranan saya.”
“Murid di dalam gambar ni adalah adik Mohd Ameruddin Bin Harli Azman, anak murid beliau, pelajar tahun 6 di SK Taman Bukit Subang.”
“Semalam, 27 September 2018 hari terakhir peperiksaan UPSR. Di saat anak-anak kita termasuk kita sendiri menarik nafas lega dan meraikan ‘kemerdekaan kecil’ anak-anak kita, adik Ameruddin sebaliknya sengsara menanggung sakit bengkak otak akibat jangkitan kuman yang dialaminya. Dia terus tak sedarkan diri sebaik tamat paper Sains semalam.”
Selepas kejadian adik Ameruddin pengsan, dia segera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Sekarang adik Ameruddin berada di HUKM untuk rawatan. Dia hanya tinggal bersama ibu dan 5 adik-beradiknya sejak kedua ibubapa mereka berpisah.”
Screenshot wasap dari guru tersebut sangat menyentuh hati.
Bantulah Adik Ameruddin Dan Keluarganya
“Mohon sesiapa yang sudi nak bagi sumbangan kepada keluarga ni, saya sertakan nombor akaun ibu kepada adik Ameruddin. Sesiapa yang nak hubungi sendiri keluarga beliau boleh pm saya untuk saya berikan contact number.”
Diizinkan share dan war-warkan kepada yang lain. Harap usaha kecil kita dapat membantu meringankan beban mereka. Budi baik kalian diucapkan ribuan terima kasih.
BSN 10100-29-00061635-2 Rosliza Abd Kadir
Ibu kepada adik Ameruddin Harli Azman
ATAU
BANK RAKYAT 11-038-100229-2
(Persatuan Ibubapa Dan Guru SK Taman Bukit Subang)
*Sila remarks sumbangan kepada adik Ameruddin
Pengasas syarikat produk kecantikan Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Vida a.k.a. Datuk Seri Hasmiza Othman berhasrat untuk membawa 18 pelajar yang terlibat dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) di Jalan Keramat Ujung di sini, untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat.
Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, 46, berkata keputusan itu dibuat selepas menerima cadangan netizen apabila ditanya langkah yang perlu beliau ambil bagi menghilangkan kemurungan semua pelajar terbabit.
“Saya ingin mengambil mereka sebagai anak angkat saya dan membawa mereka semua ke rumah saya di Ipoh, Perak selama sebulan untuk menghilangkan trauma dan menenangkan mereka selepas terlibat dalam kebakaran.
Hanya mereka yang pernah terlibat dalam kejadian ini yang memahami dan saya sendiri pernah kehilangan anak saya yang terkorban dalam kebakaran dulu,” katanya pada pemberita selepas melawat pusat tahfiz itu di sini malam ini bersempena sambutan Awal Muharram 1439H.
Beliau berkata, lapan kakitangan pusat tahfiz itu akan turut serta mengerjakan umrah bersama mereka.
Selain pakej umrah itu, beliau juga bercadang untuk membawa semua mangsa untuk bercuti bagi merawat trauma kanak-kanak terbabit.
Khamis lalu, 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban akibat terperangkap di asrama dalam tragedi kebakaran jam 5.15 pagi.
Kredit: Bernama
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...