Sejak ada media sosial ni, kalau boleh segalanya nak dikongsi dengan kawan-kawan termasuklah hal peribadi. Baik pergi bercuti, tunjuk gambar naik kapal terbang, tempat peranginan dan tak kurang juga tunjuk gambar beli barangan berharga.

Mungkin bagi sesetengah kawan yang ada di medai sosial selesa dan turut sama berkongsi kegembiraan. Tapi paling ditakuti bila ada ‘mata jahat’ yang memerhati dan mencari peluang.

Boleh jadi berlaku ‘sihir ain’ atau ada juga rompak4an di rumah kita. Semua ini kita tak tahu baik buruknya. Cuma, bila berlaku menyesal pun dah tak guna.

Jadi, berpada-padalah nak berkongsi di media sosial, tak perlu nak menunjuk sangat. Kita tak tahu hati orang.

Perkongsian ini boleh dijadikan panduan buat kita yang suka sangat berkongsi di media sosial. Tidak salah untuk berkongsi tapi berpadalah.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sakit Sebab SIHIR AIN, Elakkan Bercerita Terlalu Kerap Tentang Nikmat Pinjaman Allah

Istidraj, Hati-Hati Dengan Nikmat Dunia, Bahagia Tapi Tak Berkat

Info Lebih Menarik DI SINI

Hal Peribadi, Jangan Terlebih Berkongsi 

“Betul juga apa yang dicakapkan ini. Selepas ini, sesiapa nak bercuti, jangan nak beria-ia post di media sosial. Tunggu dulu, bila dah balik ke rumah, barulah post.”

(Betol gok dio royak, pahni sapo2 nok bercuti tu jange dok lorat post, tunggu balik rumoh dulu baru boleh post”)

IKLAN

Polis Soal siasat Penyamun

Polis: “Bagaimana awak boleh tahu bahawa tiada siapa di dalam rumah itu? “”

Perompak: “Ya encik.. Saya sedang memantau kemas kini status daripada semua ahli keluarga di

Facebook… hanya dengan melihat 15 foto yang tersedia di facebook maka saya boleh tahu bahawa mereka sedang menikmati percutian jauh dari rumah selama 1 minggu… Itulah sebabnya saya percaya bahawa rumah itu kosong “

Polis: “??????”

===============================

IKLAN

Ambil serius cerita pendek ini.

Berhati-hati dengan apa yang anda letakkan di Facebook anda

Berhenti berkongsi maklumat peribadi di media sosial!

1. Jangan iklankan kegembiraan anda di media sosial.
2. Jangan iklankan jadual penerbangan dari lapangan terbang (A) ke lapangan terbang (B).
3. Jangan iklankan percutian anda di media sosial.
4. Jangan iklankan pencapaian anak-anak anda di media sosial
5. Jangan iklankan kehamilan anda di media sosial.
6. Jangan iklankan pembelian mahal anda di media sosial. (Kereta, rumah dan sebagainya)

Kadang-kadang semua komen baik yang anda dapat hanyalah palsu.

Anda hanya menarik mata jahat kepada anda & keluarga anda.

IKLAN

Anda tidak tahu siapa yang menyimpan gambar anda atau memeriksa pembaharuan anda.

Media sosial kadang-kadang merugikan seperti kisah penyamun yang polis soal siasat di atas.

Semoga maklumat ini dapat memberi manfaat kepada kita..

Mingguan Wanita : Berhati-hati dan berpadalah dengan media sosial.

Kredit : Viral Terkini Malaysia

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI