achuphagia

Meskipun jarang berlaku, ada macam-macam penyakit pelik-pelik yang ada di dunia ini. Salah satunya gangguan ‘Acuphagia’.

Doktor bersama pasukan perubatan bingung dan seakan tidak percaya apabila mereka mengeluarkan berpuluh-puluh objek logam termasuk gelang,nat bolts, cincin dan pin rambut dari perut seorang wanita yang berumur pertengahan 40-an.

Wanita Derita ‘Acuphagia’, Perut Sakit Keras Macam Batu, Doktor Tak Sangka Jumpa…

Wanita mempunyai masalah mental ini, yang hanya dikenali sebagai Sangita, dimasukkan ke hospital di Ahmedabad selepas mengalami sakit perut yang teruk.

Doktor kemudian menjalankan beberapa ujian untuk mencari punca kesakitannya.Tetapi mereka sangat terkejut apabila mendapati benjolan di perutnya mengandungi berpuluh-puluh objek asing. Pesakit itu dipercayai telah menelan barang-barang tersebut dalam tempoh masa yang lama, menyebabkan perutnya mengeras.

 

IKLAN

Wanita Derita ‘Acuphagia’, Perut Sakit Keras Macam Batu, Doktor Tak Sangka Jumpa…

Perut Keras Macam Batu

Pakar bedah kanan di hospital awam Ahmedabad di India, Dr Nitin Parmar berkata:

“Perut wanita itu keras macam batu. Apabila kami buat X-ray, ada ketulan di perutnya.

“Pin keselamatan yang dimakan sebahagiannya telah menyebabkan paru-parunya berlubang, malah satu pin yang dimakan telah merosakkan dinding perutnya, menyebabkan kami melakukan pembedahan segera.”

IKLAN

Barangan logam yang ditemui tersebut dianggarkan seberat 1.5 kilogram ketika pembedahan dilakukan dan mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan kesemua objek tersebut.

Wanita Derita ‘Acuphagia’, Perut Sakit Keras Macam Batu, Doktor Tak Sangka Jumpa…

Derita Acuphagia

Doktor kemudian mengeluarkan pelbagai barangan yang dimakan, kebanyakannya objek tajam dan logam.Satu barang yang ditemui dalam prosedur itu adalah ‘mangalsutra’, kalung tradisional yang dipakai oleh wanita beragama Hindu yang sudah berkahwin.

IKLAN

Masih tidak diketahui mengapa dia makan barang-barang tersebut.
Sangita dianggap menderita ‘acuphagia’, satu gangguan yang jarang berlaku di mana seseorang itu makan objek logam dan tidak dapat dicerna.

Wanita Derita ‘Acuphagia’, Perut Sakit Keras Macam Batu, Doktor Tak Sangka Jumpa…

Sebelum menjalani pembedahan dan dimasukkan ke hospital kerajaan, dia didapati sering merayau di sekitar jalan.Selepas beberapa hari, wanita ini mula mengadu sakit di perut dan dia ditahan untuk pemerhatian doktor serta berada dalam keadaan stabil.

MW: Aduh, macam mana agaknya perasaan menelan pelbagai objek logam yang keras dan tajam ni. Ngilu dan ngeri sungguh!

Sumber: mstar , Mirror, timesnownews

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI