Mak-mak mesti pening bila fikirkan tentang anak-anak yang picky eater. Cerewetnya tak boleh bincang. Ada yang nak lauk ayam, tak nak ikan dan ada juga yang langsung tak makan sayur.
Ini picky eater yang mak-mak selalu hadapi. Bagi anak yang besar sedikit, caranya lain pula, atas meja makan selain lauk mesti ada hp. Sebab itulah, bila makan boleh sampai berjam-jam nak habiskan.
Sebenarnya, ada tip yang boleh mak-mak lakukan terutamanya untuk anak picky eater atau cerewet makan. Ikuti perkongsian daripada Dietitian Fizah ini.
Lihat perubahan perangai anak.
Paling penting, jangan lebih dari 25 minit waktu makan
Lagi lama lagi susah untuk anak makan
Jika waktu awal makan dah berubah mood
Maksudnya persekitaraan yang tidak sesuai untuk makan. Mengantuk? Marah? Baru lepas kena rotan? Merajuk?
Jika waktu awal mood ok tapi tengah tengah mood tak ok
Maksudnya ada kaitan dengan menu yang dihidang. Adakah menarik? Ada benda lain yang boleh alih perhatian (tv/ipad/gadget?)
Jika waktu sepanjang makan ok tapi mood jadi tak baik bila dah nak akhir
Maksudnya ada kaitan dengan cara kita menguruskan anak waktu makan. Adakah terlalu memaksa? Sikit sikit nak cubit? Marah anak kalau tak makan? Adakah kita mengarah dari guide?
Ads
Nak jadikan waktu makan yang baik dan tidak melebihi 25 minit..
1. Perlu makan bersama
Jangan biarkan anak makan seorang di meja
2. Pelbagaikan warna atas pinggan
Yang mana lebih menarik nasi sup kosong dan ayam goreng saja, atau nasi goreng dan sup sayur serta ayam masak merah? Dipadankan lagi dengan buah buahan
3. Mak ayah perlu jadi role model terbaik
Ads
Nak anak makan sihat, mak ayah juga perlu makan sihat
4. Jangan ada gadget di meja
Tutup tv, tutup ipad, tutup gadget..eating time is family time
5. Makan ON TIME
Jadual makan yang konsisten dan waktu sama setiap hari akan membantu anak lapar pada masa yang sepatutunya
Ads
IT IS NORMAL…anak suka menu ni hari ni esoknya tak suka
IT IS NORMAL…anak kadang kadang habis atau tak habis makan
IT IS NORMAL…ada yang makan makanan tertentu atas pinggan
Mak ayah jangan terlalu susah hati
Teruskan beri menu yang sihat dan seimbang
Konsisten dan kreatif, lama lama anak akan terima juga ye..
Mingguan Wanita : Ada anak nak kena paksa dulu, baru nak makan. Bukan sebab cerewet tapi leka dengan hp. Mak ayah kena perhatikan dan elakkan.
Tempoh berpantang itu memang panjang. Masa inilah ibu yang kaki jalan akan tak betah. Mula curi-curi ke Mall selepas minggu ke-tiga bersalin. Haruslah anak kecil dibawa sekali, terutama yang masih menyusu badan.
Tanpa ibu sedar tindakannya itu mengundang bahaya kepada bayinya. Lelaki ini, Tuan Muhammad Ahmad yang menggunakan #lelakiburqa di wallnya berkongsi pandangan tentang risiko yang mungkin bayi dalam pantang akan alami jika terdedah di tempat awam.
Selalunya jika ke mall saya akan memakai mask untuk memastikan saya tidak mengeluarkan kuman atau virus dan juga untuk mengelakkan saya dijangkiti virus atau kuman. Dan jarang sangat bawa anak masuk mall. Tidak silap saya usia beliau 1 tahun 2 bulan baru masuk mall,itu pun awal pagi hari bekerja.
Tapi sayang ramai ibu bapa sekarang masih membawa bayi masih berusia 2,3 bulan.
Saya selalu menyapa mereka dan memberi sedikit nasihat. 90 % kebanyakkan mereka membawa bayi bukan urusan KECEMASAN. Sebaliknya untuk ‘mencuci mata’ berjam-jam. Yelah 40-60 hari berpantang pasti boring kan.
Tapi Tuan Puan.
Ketika itu tahap immunity bayi sangat rendah. Berkali ganda mudah untuk dijangkiti virus atau kuman (airborne disease) atau menyedut asap ROKOK (boleh menyebabkan radang paru-paru).
Walaupun saya sebagai orang awam, saya tetap peka tentang kesihatan saya dan orang lain terutama bayi.
Ya kita faham bukan bermakna semua bayi akan dijangkiti virus dan kuman atau asap rokok. Pasti apa yang saya katakan ini boleh dicanggah. Namun kita perlu berwaspada.
Saya beranggapan bahawa penjagaan kesihatan bayi bukan terletak kepada ibu bapa mereka sahaja,bahkan kita semua. Kitalah bertanggungjawab untuk menasihati mereka dengan penuh hikmah. Paling tidak pun print out flyers jenis-jenis penyakit bawaan udara dan edarkan kepada awam. Mungkin ramai ibu bapa diluar sana kurang didedahkan tentang perkara ini.
Bayangkan tubuh kecil itu dijangkiti virus, kuman atau asap rokok sehingga menyebabkan bronchitis dan Pneumonia sehinggakan bayi terpaksa dimasukkan ke hospital berhari-hari. Pasti kita menyesal tidak sudah. Lebih-lebih lagi 4 ribu lebih bahan kimia dari asap rokok sangat mudah untuk disedut oleh bayi kerana pernafasan mereka lebih laju berbanding orang dewasa.
Nasihat saya (untuk diri sendiri juga) elakkan anak-anak terutama bayi terdedah di tempat awam yang padat terutama hujung minggu. Jika mustahak pastikan menggunakan stroller hood dan membasuh muka, tangan kanak-kanak sebelum pulang ke rumah atau apa-apa kaedah untuk mengelakkan bayi dijangkiti kuman atau virus.
Terkejut betul baca screenshot yang Peguam Syarie, Suriati Ab Ghani dari Mohamad Azlin & Suriati Associates ini kongsikan (rujuk gambar screenshot di bawah). Marah betul menantu dengan ibu mentuanya ini. Sehinggakan keluar bahasa ‘kasar’ yang tak sepatutnya ditulis. Dengan nada marah pulak semata mahu menyakitkan hati.
Tak semua mentua itu mahu meracun hubungan anak dan menantu. Ramai sebenarnya malah rata-rata mentua sekalipun mahu lihat anaknya hidup bahagia dengan pasangannya. Berkeluarga beranak cucu. Namun, bila ada segelintir yang bersikap sebegini, maka kisah mentua kejam dijaja bagaikan tiada indah pada pandangan mata.
Kredit foto : Cerekarama Racun Ibu
Rumah Tangga Pecah Belah Kerana Campur Tangan Mentua
Bila timbul isu rumah tangga pecah belah sebab campur tangan mentua, orang pun akan nampak mentua tak baik. Sibuk je nak masuk campur urusan rumah tangga anak menantu. Biarlah anak menantu tu bawa haluan rumah tangga mereka ke mana pun, kenapa nak sibuk-sibuk.
Ya betul.. satu part macam tu, memang tak dinafikan ada mentua yang sibuk dengan urusan rumahtangga anak menantu. Tapi ada juga menantu yang tak hormat mentua, hubungan tak baik dengan mentua. Malah, tak suka mentua, bersalam dengan mentua pun masa kahwin dulu je. Lepas tu dah tak nak balik langsung rumah mentua dah..
Ingat..kita pun akan tua, semakin hari umur kita semakin meningkat, anak kita juga semakin membesar & akan kahwin suatu hari nanti, kita juga akan dapat menantu yang mana kita nak menantu tu hormat kita sebagai mentua.
Sepatutnya kita yang muda pada masa ni patut merendah diri bertolak ansur, hormat mentua seperti ibu bapa kita sendiri, orang tua emosi dia lain, sensitif.. patut kita yang muda boleh kawal emosi & dapat berfikir dengan lebih baik berbanding dengan orang tua.
Untung Menantu Dapat Mentua Jenis Yang Memahami
Amat beruntung bagi sesiapa yang dapat mentua yang memahami, tak banyak cakap, tak sibuk masuk campur hal-hal kecil dalam rumahtangga anak menantu.. bersyukurlah, gunalah peluang tersebut untuk sayangi mentua, tackle hati & perasaan mereka.
Macam-macam kisah yang saya dengar & jumpa bila terlibat dengan isu masalah rumahtangga orang, bukan nak menangkan sesiapa, tapi bila dah bahasanya macam kat atas ni.. kita dah tau orang yang taipnya macam mana.. budi bahasa mencerminkan peribadi seseorang.
Jika marah sekalipun.. jika mertua tu salah sekalipun, tak perlu mencaci carut bagai macam tu terhadap orang tua.. macam tu ke bahasa ayah yang nak menjaga anak nanti.. ayah yang sepatutnya memberi didikan ilmu dunia & ilmu akhirat kepada anak.
Sejak remaja lagi, Baim gemar memancing. Baginya, aktiviti memancing dapat menghilangkan segala tekanan dan secara tidak langsung boleh menjana pendapatan sampingan jika kena caranya.
Mujurlah isteri tercinta amat memahami keadaan dirinya, jadi jika ada terluang, Baim akan peruntukkan waktu untuk mencari lubuk baru. Jika banyak hasilnya, banyaklah rezeki untuk keluarga kecilnya. Minggu ini, Baim dam tiga orang sahabatnya memilih untuk ke Tasik Andaman di utara tanahair.
Sedari awal, hatinya merasa cukup berat untuk meninggalkan isterinya, Naimah yang tengah sarat mengandung anak ketiga. Tetapi setelah dipujuk isterinya, dia jadi tenang untuk teruskan perjalanan. Lagi pula ibu mertuanya datang menemani isteri dan anak-anak. Terasa lega hatinya.
Usai subuh, mereka memulakan perjalanan. Setibanya di lokasi, bot yang disewa telah menanti di jeti untuk bertolak ke Tasik Andaman. Perjalanan ke sana mengambil masa satu jam. Setelah mengambil “port” terbaik, mereka mula memasang khemah. Baim selaku tukang masak meminta sahabatnya, Haikal dan Isa memasang api bagi memudahkan aktiviti memasak.
Sementara menunggu nasi masak, Baim cuba merebahkan tubuh dan akhirnya dia terlelap. Tidur yang nyenyak diganggu mimpi yang pelik. Terus Baim tersedar dan rupanya sudah maghrib. Tanpa melengahkan masa Baim mengambil keputusan untuk mandi dan solat sahaja. Ketika mengambil wud uk, dirinya tercium bau yang sangat harum.
Hatinya terdetik untuk bersuara tetapi tidak jadi apabila tersedar mereka berada di dalam hutan. Selesai solat, mereka bertiga makan malam sekenyangnya sebelum memasang jala untuk menangkap ikan.
Sekali lagi ketika memasang jala, bau harum bunga tadi menerpa lagi. Kali ini Zainal dan Isa pun turut menghidunya apabila masing-masing berpaling melihat antara satu sama lain. Namun demikian, masing-masing seakan tidak mempedulikan apa yang berlaku dan terus memasang jala.
Rezeki Tidak Dijangka
Malam itu, sementara menunggu hasil, mereka ertiga hanya bersantai sambil bercerita tentang perkembangan masing-masing. Menjelang satu pagi, Isa mengajak Baim memeriksa jala yang dipasang. Agak mengecewakan apabila ketiga-tiga jala yang dipasang di kawasan yang berbeza langsung tidak menjerat ikan.
Biar pun kecewa, mereka tidak menyerah kalah. Jam tiga pagi sekali lagi melihat jala yang dipasang, jala pertama dan kedua tiada ikan. Manakala jala yang ketiga hanya ada seekor ikan unik. Ikan kecil itu meronta-ronta minta dilepaskan. Tanpa berfikir panjang, Baim melepaskan ikan itu.
Kecewa dengan situasi itu, mereka bertiga mengambil keputusan untuk tidur sahaja dan teruskan perjalanan pada esok pagi. Dalam lena yang kurang dua jam, Baim sekali lagi didatangi seorang puteri dalam mimpinya. Puteri itu berterima kasih atas pertolongan Baim dan menjanjikan akan memberi rezeki lebih kepada Baim dan rakan-rakan.
Baim tersedar apabila telefonnya berbunyi. Setelah menunaikan solat Subuh dan bersarapan, Baim dan rakan-rakannya merancang untuk mencari lubuk lain sahaja mengenangkan masih tiada rezeki mereka di situ. Ketika ingin mengubah jala, tiba-tiba Isa menjerit kegembiraan apabila melihat jala mereka dipenuhi ikan.
Barangkali itulah rezeki berganda yang dijanjikan puteri yang muncul dalam mimpi. Bagi Baim, segalanya berlaku secara kebetulan kerana setiap rezeki datang-Nya dari Allah SWT.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...