“Rasa tak percaya, lepas beranak terus menangis!” Wanita genit terpaksa bersalin awal setelah mendapat nasihat doktor demi kelancaran proses bersalin.

Rasa Tak Percaya

Sebelum ini viral kisah cinta dan keluhuran hati suaminya iaitu Muhammad Azri Zaidi yang ketika itu berusia 19 tahun menerima seorang wanita kerdil berketinggian 119 sentimeter sebagai isteri.

Lebih menarik, apabila pasangan ini bertemu jodoh menerusi permainan video online, PUBG. Biarpun Syakila Norazma Amira Zuharsema yang berusia 27 tahun iaitu lebih berusia daripada Azri, namun perkara ini sama sekali tidak menghalang daripada mereka disatukan.

Lepas Beranak Terus Menangis

Kini, Syakila Norazma Amira telah selamat melahirkan anak sulung mereka. Seperti mana sebelum ini, kisah Syakila Norazma Amira atau mesra dengan panggilan Yaya yang bertubuh genit ini tetap mendapat perhatian sedari dia hamil sehinggalah dia selamat melahirkan bayinya baru baru ini.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, di atas sebab faktor kesihatan dan nasihat doktor, Yaya telah menyerah diri lebih awal dalam menanti proses bersalin.

@buyahhh ibu xsabor nk jupe adik😘 #fyp #fypシ゚viral ♬ suara asli – उठोऻप बुववगव

Wanita Genit Terpaksa Bersalin Awal

Dua hari lalu, Yaya telah mengumumkan dia telah selamatkan melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 147 petang. Tahniah Yaya dan suami. Alhamdulillah kedua duanya selamat.

Kongsinya,
Cinta hati ibu daddy. terima kasih yang mendoakan kami. alhamdulillah selamat melahirkan semalam 25 Januari 2022, 1:47pm baby boy….

@buyahhhcinta hati ibu daddy. terima kasih yg mendoakan kami. alhamdulillah selamat melahirkan semalam 25/1 , 1:47pm baby boy🥰♬ suara asli – rafaaldiansyah

IKLAN

Dalam masa yang sama, ibu muda ini turut meluahkan rasa tak percaya apabila dapat melihat bayinya di depan mata. Maklumlah sedari awal kehamilan hingga melahirkan banyak juga komen komen negatif yang diterima wanita ini.

Kuasa Allah mengatasi segalanya apabila Yaya selamat melahirkan bayinya. Disebabkan perasaan terharunya juga, Yaya menangis setelah selamat bersalin lebih lebih lagi setelah menatap wajah anaknya.

Menangis tanda bahagia. Yaya juga dalam masa yang sama turut berterima kasih kepada suami tercinta kerana setia menanti sehingga bayi mereka selamat dilahirkan.

Tak percaya pun ada, lepas saja ibu bersalin ibu tgok adik, ibu nangis. Nangis tanda bahagia, terima kasih daddy @azry.vs__ tunggu ibu dari awal sampai adik keluar.

@buyahhh rasa mcm xcaye pun ade , lepas je ibu besalin ibu tgok adik ibu nangis. nangis tanda bahagia, tq daddy @azry.vs__ ♬ original sound – 𝔐𝔖ℌ 𝔈𝔡𝔦𝔱𝔰⚡️

IKLAN

Komen Netizen:

“Rasa Tak Percaya, Lepas Beranak Terus Menangis!” Wanita Genit Terpaksa Bersalin Awal
.

“Rasa Tak Percaya, Lepas Beranak Terus Menangis!” Wanita Genit Terpaksa Bersalin Awal
.

“Rasa Tak Percaya, Lepas Beranak Terus Menangis!” Wanita Genit Terpaksa Bersalin Awal
.

“Rasa Tak Percaya, Lepas Beranak Terus Menangis!” Wanita Genit Terpaksa Bersalin Awal
Artikel Berkaitan:

IKLAN

Doktor Ini Kongsi, RISIKO Jangkitan Covid-19 Wanita Hamil Lebih TERUK, Bersalin Awal!

16 Jam Menahan Sakit, Ardell Aryana Selamat Bersalin Awal Pagi Jumaat

Bersalin Empat Bulan Lebih Awal, Bayi Paling Pramatang Dunia Sambut Hari Lahir Pertama

Mingguan Wanita: Tahniah Yaya dan suami atas kelahiran bayi sulung mereka. Selamat berpantang.

Sumber : Instagram buuyaaa, TikTok buyahhh

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI