Tak dinafikan dalam keadaaan ekonomi sekarang, peningkatan harga barangan menyebabkan ramai golongan peniaga terjejas. Ramai yang memahami bahawa penjaja makanan terutamanya, ada yang terpaksa menaikkan harga makanan yang dijual, untuk mendapat ‘secebis’ keuntungan mahupun balik modal berniaga.
Namun terdapat segelintir pembeli yang kurang sifat empati dalam keadaan sebegini, malah sewenangnya mengherdik tanpa rasa bersalah. Malah ada juga yang sanggup mengutamakan ‘berkotak-kotak’ rokok, daripada keutamaan persekolahan anak-anak dan keperluan keluarga.
Terkesan kisah yang dikongsikan oleh Cikgu Hazwani Mohd Dah ini, semoga menjadi pengajaran buat kita.
“Bengap!”
Minggu lepas saya turun dari kereta ke gerai karipap kegemaran saya, terdengar seorang lelaki menjerit “bengap!” pada makcik gerai lalu terus masuk ke keretanya.
Dibuangnya puntung rokok ke tanah. Saya cepat-cepat tutup hidung sebab saya AMAT SENSITIF pada bau rokok atas beberapa sebab.
Saya diam membatu.Sebab saya tak tahu pucuk pangkal.Saya tak mahu pula menyimbah-nyimbah rasa geram makcik karipap di depan saya.
“Makcik, macam biasa ya. Sepuluh ringgit karipap,” kata saya senyum.
“Tak apa ke cikgu, kalau harga dia 5 biji 2 ringgit? Selalu kan 3 biji seringgit. Cukup ke untuk anak murid?,” katanya perlahan dengan wajah sugul.
“Eh tak apa makcik. Saya faham sangat. Semuanya tengah mahal, makcik. Makcik dah siapkan sarapan pagi-pagi ni pun, kami semua syukur, boleh kami singgah beli,”
Terus makcik menitiskan air mata. Aduhh, jangan saya menangis sekali, sudahlah.
“Terima kasih cikgu sebab faham. Lelaki tadi tu marah makcik……”
Ads
“Dia marah sebab, anak-anaknya bergaduh tak dapat karipap sorang 3 biji macam selalu, sebab sekarang harganya dah lain,” sambungnya lagi.
Mendengar cerita makcik, hati saya geram sangat!
Saya cepat-cepat beri duit pada makcik dan meninggalkannya. Terlalu banyak perkara saya nak cakap, tapi pelanggan makcik semakin ramai.
Herdik Orang Lain Selesaikan Masalah
Saya memang geram dengan orang yang tak ada sense macam ni. Sanggup dia herdik orang lain untuk selesaikan masalahnya.
Lagi saya bengang, Harga Sebatang rokok yang dia hisap tu, BOLEH SANGAT KOT belikan beberapa biji karipap untuk anak-anaknya? Tak pasal-pasal pula orang lain yang dimarahnya.
Maaflah, saya memang amat anti kepada perokok yang tak bertanggungjawab begini.
Sejak menjadi guru pada tahun 2010, BERAPA RAMAI murid yang tak ada duit nak beli buku pada awal tahun walhal ayah menghisap rokok 2,3 kotak sehari?
Lepastu, yang disalahkan saban hari di kedai kopi adalah SALAH KERAJAAN
Ads
Sudahnya, ramai guru-guru yang keluarkan duit dari poket mereka sendiri untuk memastikan anak-anak tak tercicir dalam pelajaran. Saya bukan mengungkit, tapi hanya nak kongsikan kenyatannya.
Badan kebajikan di sekolah pun ambil peranan, TAPI SESUNGGUHNYA MEREKA ‘FE DUP’ JUGA sebab saban tahun, orang yang sama menunggu bantuan dan tak kisah tentang hal ehwal buku anak-anak, sedangkan amat mampu membeli rokok.
Kadang sampai bulan Mac, anak-anak terkontang-kanting tak ada buku. Geramnya saya.
Ibaratnya, ROKOK FIRST,
Buku anak, LAST.
Tuan yang dihormati, jangan berkira dengan urusan ilmu anak.
Atau apa saja urusan anak-anak serta isteri kerana mereka adalah tanggungjawab kita.
Berkorbanlah jika yang perlu dikorbankan ialah rokok yang fungsinya HANYA MEMBAKAR DUIT kita.
Semoga dengan memudahkan urusan anak-anak kita menuntut ilmu, Allah memudahkan urusan dan melancarkan rezeki kita pula.
Yakinlah.
Ads
Saling mengingatkan dan mendoakan ya. Kecanduan rokok sedikitpun tidak memanfaatkan.
Bukankah hidup kita ini indah bila saling berpesan-pesan? Tiadalah saya yang menulis ini lebih baik daripada yang membaca.
Kerana akhirnya, kehidupan kita di dunia adalah hanya sekerdipan mata. Perjalanan kehidupan kita selepas itu, sesungguhnya amat jauh dan panjang.
Hazwani Mohd Dah
Jemput follow saya dengan tag #LumbaKeSyurga untuk kawan-kawan mengakses semua sharing saya tentang kehidupan.
Mingguan Wanita: Ada benarnya, jangan ambil mudah mengherdik orang lain untuk selesaikan masalah sendiri. Rokok hanya membakar duit, banyak yang boleh dimanfaatkan untuk anak-anak dan keluarga daripada menghabiskan duit dengan rokok.
36 Tahun bergelar ibu tunggal, tahniah diucapkan buat penyanyi veteran popular, Salamiah Hassan yang selamat bernikah dengan jejaka berasal dari Liverpool yang menetap di Australia, iaitu Gerry Hughes.
Baru saja menaikkan status di akaun Instagramnya, Salamiah mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan buat dia dan suami.
Salamiah 71, dan Hughes, 68, dinikahkan dalam majlis sederhana di Burnie, Tasmania.
36 Tahun Bergelar Ibu Tunggal
Ibu kepada penyanyi dan pelakon Atilia Haron ini juga menambah agar ucapan tahniah yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia kepada dirinya dan suami agar sama-sama Allah memberkati segala urusan kita bersama.
“Assalamualaikum kepada semua yang memberi ucapan tahniah dan doa untuk kami berdua, semoga Allah memberkati segala urusan kita bersama.
“Love all of you for supporting me and will be hme so often as tho as I have never left,” kongsi penyanyi yang begitu popular dengan lagu-lagu malar segar seperti Gelombang, Menghitung Hari dan banyak lagi.
Berita ini juga paling menggembirakan buat anaknya Atilia Haron, walaupun tidak dapat bersama namun Atilia menyaksikan momen indah ibunya itu menerusi video online.
“Kita menerima saudara baru, Gerald Hughes.
“Alhamdulilah! Dan ibu saya, cinta hati kami sudah menemui kebahagiannya juga.
“Tidak dapat bersama dengan mama hari ini tetapi kami sangat gembira kerana dapat menyaksikan menerusi atas talian. Tidak sabar untuk memeluk kalian.
“Yay kita satu keluarga sekarang.
“Alhamdulillah saya sangat gembira,” tulisnya.
Untuk rekod Salamiah pernah berkahwin dengan Allahyarham Raja Haron Raja Aziz sebelum berpisah pada 1986.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak, Raja Putri Atilia, 48, dan Raja Ahmad Shah, 43.
Bekas suaminya bagaimanapun meninggal dunia pada 28 Julai lalu akibat sakit jantung dan parkinson.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
ROAD TO SILVER BUTTON YOUTUBE MINGGUAN WANITA
Tak kenal maka tak cinta. Nak kenal Mingguan Wanita terus setia bersama kami di YouTube Mingguan Wanita. Hampir 700 video menarik untuk anda tonton. Segalanya tentang dunia wanita dan keluarga. Klik https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
dan Subscribe kami di YOUTUBE MINGGUAN WANITA.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebak luahan pengasas Jamu Ratu Malaya, Bonda Rozita Ibrahim ini, “kebaikan kamu Syukri adalah kebaikan mak, keburukan kamu Syukri adalah keburukan mak.”
Tak tahan dengan isu yang ditimbulkan anaknya, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, sehingga membuatkan netizen mengecam, Bonda Rozita memuatnaik teguran secara terbuka untuk anak di instagramnya.
Tulis Bonda Rozita, “Geram dah tak sabar.”
“Letih sesak dada Mak dah. Tak payah tunggu Covid 19 pun boleh mati kalau tak tahan sangat.. sudahhh lah Kri, tak sanggup nak tengok orang kutuk Kri..!!”
Ianya berentetan daripada video nyanyian dengan gimik menangis air mata darah yang dikongsikan Datuk Aliff Syukri di laman instagramnya semalam.
Sambung Bonda Rozita, “..tetiba naik lagu pulak @aliffsyukriterlajaklaris Sedap sangat ke ..? Mak rela masuk utan dari tengok IG atau lagu ko Kri. Tak terhibur pun, rela Mak panggil Jamal Abdillah atau Hattan dari dengar suara ko.”
“Yang menangis-nangis air mata darah..!! Apa hal pulak .. ni sehabis sopan Mak marah sampai Mak up dekat media sosial.. Maaf ya Kri.. tak sesudah perangai ko kan, mak dah penat tengok komen orang ‘tak reti ajar anak‘
“Kalau kecik-kecik boleh aku piat, aku kurung ko Syukri, kalau dah besar panjang macam ni ko yang kurung aku balik..!! Sebab ko kuat.”
Sampai Keluar Air Mata Nanah Pun Tetap Buat Juga
“Bukan mak tak sayang dan bukan mak tak nasihat, berbuih mulut dah. Sampai keluar air mata nanah pun Mak Kri buat gak.. Netizen tak kenal pun keluarga kita macam mana..!! Sedap mereka cakap pasal Kri , sebab Kri yang mengundang..!! tolong lah jaga maruah keluarga, jangan lah buat perangai yang bukan-bukan.
“Satu-satu.. seronok ko je kan..! Macam-macam Kri buat bukan alasan Disleksia ke Akasia ke “Mak dan kami kena bahananya” Selama ni mak nasihatkan dekat, mak panggil, ko cakap bersemuka elok-elok “Kri jawab baik sangat, cakap sayang Mak dan ikut cakap Mak” lepas tu buat lagi.
“Kri sangat baik dengan Mak, suka gurau, jaga Mak, korban apa saja, tapi jangan buat macam ni kat orang awam. Umur dah 30an, daripada kecik susah dengar cakap Mak. Dah tua makin menjadi-jadi ko kan..!! Tak pernah aku teringin pun nak up bebel ni nasihat ko secara terbuka.. kali ni memang mak sangat-sangat marah sebab mak tak sanggup nak dengar lagi orang komen negatif tentang kamu Syukri..!!”
Sebelumnya, Datuk Seri Aliff Syukri ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dirinya mendera anak angkat perempuan yang berusia dua tahun.
Bagaimana pun, Aliff kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama sebaik siasatan ke atasnya selesai dijalankan.
MW :Ibu mana yang tak sayangkan anak, dan percayalah setiap teguran seorang ibu tujuannya tak lain tak bukan adalah untuk memastikan anaknya menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Cantik, manis & ayu bila isteri Usop berhijab. Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.
Sememangnya tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Islam, tetapi ia juga membuatkan nampak lebih sopan, kemas dan beradab.
Pada hari ini, kedengaran semakin banyak artis perempuan kini berubah dengan berhijab. Bukan sekadar itu isteri kepada artis lelaki juga ramai yang sudah mengenakan tudung.
Terbaru penyanyi, Usop tampil berkongsi perasaan gembira apabila isteri kesayangan Nur Fatihah Md Hasim mengenakan hijab.
Pemilik nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor atau Usop yang sudah bergelar suami pada Februari lalu kini dilihat semakin bahagia bersama isteri tercinta lebih-lebih lagi bakal menerima orang baru dalam hidup.
Comelnya Fatihah Pakai Tudung
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu telah memuat naik sebuah video.
Video yang memaparkan isterinya mengenakan hijab serba hitam itu mendapat perhatian warga maya apabila Fatihah dilihat manis berhijab penuh.
Malah Usop memuji kecomelan isterinya yang mengenakan hijab sekali gus memohon doa dari pengikutnya agar isterinya dapat berhijab dengan sempurna.
“Kan tomey (comel) pakai tudung.
“Doakan isteri Usop dapat pakai tudung dengan sempurna tau semua,” tulisnya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...