Datang ziarah ‘main terjah’, dengan alasan tak nak susahkan tuan rumah dengan memasak dan sediakan makanan. Setakat makan mana yang ada saja.
Memang betul tak nak susahkan tuan rumah. Tapi tak salah pun bagitau sepatah. Bayangkan kalau datang tanpa bagitau, belum tentu tuan rumah ada, sementelah kalau keadaan tuan rumah yang tak bersedia dengan rumah bersepah, berkain batik dan sebagainya.
Jenis yang susahkan tuan rumah bila datang nak bagitau. Masak dah macam-macam untuk raikan tetamu, tiba masa bayang pun tak nampak. Sedihnya dengan makanan tak tersentuh dan mungkin juga boleh jadi pembaziran.
Perkongsian daripada Abdul Muiez ini ada benarnya. Bila nak datang beritahulah, sedangkan kalau datang tak bagitau lagi menyusahkan tuan rumah. Mahu kelam kabut.
Nampak satu status. Ada saudara janji nak datang. Mak dia masak macam-macam. Kesudahannya, sampai ke malam tak tunjuk muka. Bila call, tak jadi hari ni, minggu depan baru nak datang.
Benda ni terjadi pada saya.
Ads
Semalam saya dapat jemputan majlis sarapan. Tuan rumah bagitahu, datang pukul 9. Disebabkan saya ada urusan di Manjung jam 10, saya minta untuk datang awal. Tuan rumah kata, okay.
Tapi itulah. Bila anak-anak lambat mandi apa semua, saya pun dah agak terlewat. Tak sempat nak datang awal pagi tadi. Terus ke Manjung.
Bila urusan selesai, jam pun dah 11 lebih, saya masih lagi berkira-kira nak datang atau tidak. Yalah, dah hampir jam 12 tengah hari. Sarapan amende.
Tak lama tu, saya dapat panggilan. Tuan rumah suruh datang juga.
Bila sampai, baru tahu, tuan rumah bangun seawal jam 4 pagi untuk masak demi Muiez.
Ads
Allahu akbar. Sungguh saya rasa serba salah. Sebab janji nak datang awal daripada masa yang ditetapkan, tuan rumah pun terpaksa siapkan awal. Kesudahannya, saya tak datang.
Datang Maklumkan Dahulu
Kawan-kawan.
Kita sekarang dah masuk minggu kedua Syawal. Tak sama dengan raya pertama hingga ketiga.
Kalau raya pertama hingga ketiga tu kita boleh redah. Sebab tuan rumah memang dah bersedia untuk terima tetamu. Tetapi, dah masuk minggu kedua ni suasana dia dah lain.
Tuan rumah dah tak masak banyak-banyak. Biasa masak pun untuk makan sendiri saja. Tengah hari, tuan rumah mungkin dah tak berbaju dengan kain pelekat, atau sedang tidur di ruang tamu.
Ads
Jadi, sebelum kita nak datang berziarah, maklumkan dulu, supaya tuan rumah boleh siapkan apa yang patut. Tak da istilah susahkan tuan rumah. Datang tak bagitahu, itu yang lebih menyusahkan.
Kemudian, bila dah janji, kenalah datang. Kalau tak jadi, bagitahu awal-awal. Bukan patut datang jam 10, jam 10.30 baru bagitahu tak boleh datang.
Pengajaran ini buat saya juga. Kalau dah janji, kenalah ditepati. Bukan dicapati.
Mingguan Wanita : Bukan kes macam ni masa bulan Syawal saja tapi hari-hari lain pun. Moral of story, beritahu kehadiran kita, bukan untuk mereka sediakan makanan macam-macam tapi supaya tuan rumah bersedia.
Pelakon dan model terkenal, Natasha Hudson kembali mencuri perhatian ramai selepas tindakannya memadam semua foto berhijab di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Natasha Hudson atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson Mohd Redzuan, 43, turut berkongsi gambar terbaharu tanpa tudung menerusi ruangan Instastory ketika sedang melakukan aktiviti sukan pantai.
Padam Semua Foto Berhijab Di Instagram
Tindakan pelakon filem Chermin itu menarik perhatian peminat yang mengikuti perkembangan dirinya. Sebelum ini, beliau pernah dilaporkan kembali mengenakan hijab sekitar bulan Julai lalu, namun perubahan terbaharu ini sekali lagi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya.
Beberapa tangkap layar yang dikongsi warganet menunjukkan akaun Instagram Natasha Hudson kini hanya memaparkan foto-foto terbaharu dirinya tanpa hijab, termasuk ketika bersukan di tepi pantai.
Kehidupan Tenang Di Langkawi
Pemenang Pelakon Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20 ini sebelum ini sering berkongsi kehidupan sederhana di Pulau Langkawi. Gaya hidupnya yang tenang bersama keluarga, termasuk aktiviti bercucuk tanam dan suasana kampung, sering menjadi inspirasi kepada para pengikutnya.
Selain aktif dengan aktiviti harian, Natasha Hudson juga dikenali sebagai antara selebriti yang lantang menyuarakan pandangan tentang isu Palestin di media sosial. Sikapnya yang terbuka terhadap pelbagai isu menjadikannya sering menjadi perhatian umum.
Pernah Melalui Beberapa Fasa Penampilan
Untuk makluman, ini bukan kali pertama Natasha Hudson membuat keputusan menanggalkan hijab. Sepanjang perjalanan hidupnya, beliau pernah melalui beberapa fasa perubahan penampilan, termasuk pernah mengenakan purdah pada satu ketika dahulu.
Keputusan yang diambil kali ini sekali lagi mengundang perbincangan dan pelbagai reaksi daripada netizen yang mengikuti perkembangan karier serta gaya hidupnya.
Aktif Dengan Gaya Hidup Pantai
Sejak mendirikan rumah tangga kali kelima pada tahun 2022 dan menetap di Langkawi, Natasha Hudson dilihat semakin aktif menjalani gaya hidup pantai serta gemar melakukan aktiviti luncur air bersama suaminya.
Gaya hidup sihat dan bebas yang diamalkannya sering dikongsi di media sosial sebagai inspirasi kepada mereka yang ingin mendekati alam semula jadi.
Reaksi Warganet & Harapan Peminat
Walaupun penampilan terbaharunya menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan warga maya, ramai tetap berharap agar Natasha Hudson terus diberi ketenangan dan kekuatan dalam perjalanan peribadi serta spiritualnya.
Warga maya turut mendoakan agar beliau kekal bahagia bersama keluarga dan terus menjadi inspirasi positif kepada peminatnya, walau dalam apa jua fasa kehidupan yang dilalui.
Tragedi batang lali, selepas azan 4 mayat ditemui lagi pagi ini & berbaki 3 masih hilang. Pencarian mayat dalam tragedi di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Gohtong Jaya semakin ke penghujungnya apabila empat lagi mayat ditemukan sebentar tadi.
Dalam satu makluman terkini dari Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri pagi ini empat mayat telah ditemui di lokasi kejadian.
Tulis mereka, “berkat doa rakyat Malaysia, empat lagi mangsa telah dijumpai pagi ini, menjadikan tiga lagi yang masih hilang. Salam takziah kepada waris dan keluarga mangsa.
Ini bermakna masih ada lagi tiga yang hilang dan pencarian masih diteruskan. Jika dilihat pada usaha dilakukan pihak berkuasa, selain menggunakan teknologi penggunaan jentera, ada anggota yang melaungkan azan dalam membantu usaha pencarian mayat semalam. Dalam selepas usaha itu dilakukan, mayat ke 26 telah ditemui.
Sejak semalam, mayat seorang lelaki dewasa ditemui di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Gohtong Jaya oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR), menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 26 orang.
Menyayat hati, mangsa ditemukan berpelukan dengan salah seekor bangkai anjing di sektor B (Farmview) pada pukul 11.19 pagi semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor memaklumkan, pihak mencari telah meletakkan satu jengkaut di sektor B dan hari ini kita jumpa suspek lelaki bersama dua ekor anjing dan dia sedang berpelukan dengan salah seekor anjingnya.
Kejadian tak disangka-sangka ini dialami sendiri oleh Marina Ahmad. Ketika memasuki Jeli, dia telah tertidur dalam kenderaan yang dipandu suaminya. Tanpa disedari mereka telah tertinggal ibunya di stesen minyak, Petronas dekat Parit Panjang, Sik, Kedah pada awal pagi.
Akibat keletihan yang teramat, dia dan suami, Ramlan Mohd tidak menyedari yang ibunya turun dari kenderaan untuk ke tandas. Syukurlah dalam situasi cemas itu, ibunya bertemu dengan pasangan suami isteri yang baik hatinya.
Kongsi Marina dalam facebooknya,
Tertinggal Mak Kat Stesen Petronas
Selalu baca kisah orang tertinggal anak tapi aku tertinggal mak.
Allahuakbar! aku tak tahu nak gelak ke nak nangis tadi. Kejadian lebih kurang pukul 4am tadi (ketika status dimuatnaik). Demi Allah tak sedar sungguh yang mak tak dok dalam kereta tadi. Sampai kami tiba kat umah pun memang tak perasan mak tak dok dalam kereta.
Lepas parking kat umah tadi tetiba ada kerete mai parking depan rumah.
Terkejut seposen sapa la mai awal-awal morning pukul 4am ni. Pastu dia bagitahu “antar mak ni“. Aku duk terfikir adalah mak angkat kami yang nampak kereta kami duk follow sampai ke rumah.
Tup-tup nampak mak keluar dari kereta tu. Aku pelik dah awat mak naik kereta orang tu.
Nak recall pun tak dapat sebab aku tidur dari Jeli last terjaga kat Hentian Perah then sampai kat depan rumah tersedar balik. Rupanya berbelas missed call. Aku kebetulan tak pegang HP malam tadi. Selalunya HP kat tangan sokmo… nak dijadikan citer sungguh la.
Keluar Dari Tandas, Mak Tengok Kereta Anak Takde
Rupanya mak pi tandas masa Ramlan Mohd berenti tidur kat Stesen petronas Parit Panjang, Sik nun. Dia dah tanya mak nak pi tandas dak mak tak jawab so dia terus tidur.
Selalunya kat petronas situ kalau mak nak pi tandas memang akan parking betul-betul depan tandas. So, gamaknya bila mak terjaga nampk Petronas dia turun pi tandas. Dia ni memang pantang nampak stesen minyak sebab kerap pi tandas.
Selalunya suami akan tanya “semua dah cukup” sebelum drive semula tapi malam tadi maybe dia terlupa sebab masing-masing tidur keletihan.
Kuar tandas tengok kereta kami tak dak. Gabra la dia… apa taknya pukul 3 am time tu. Dia pi kat sebuah kerete tu tanya nampak dak kereta putih anak dia. Bila tak dak dia minta suruh call no phone aku. Memang tak dapat call.
Allah Hantar Bantuan Tepat Pada Masanya
Suami orang tu pun cuak mulanya sebab awal-awal pagi orang minta tolong, bertongkat lak tu… aishh fikir 10x jugak nak tolong noo. Nasib baik isteri orang tu kenal mak.
Dia kata tu macam patient dia. Dia bagitahu husband dia. Nama Patimahkan? dia tanya mak. Memang betul tu la Dr yang selalu mak balik rumah citer kat aku. Dr tu baik bla bla bla. Sokmo-sokmo citer pasal Dr tu.
Allahuakbar ! Allah hantar bantuan Dia tepat pada masanya. Syukur sgt Allah pelihara mak bertemu dengan orang yang baik. Akhirnya bertemu jugak aku dengan Dr yang mak selalu citer kebaikan dia pada mak. Memang mak follow up kat KK Jln Datuk Kumbar.
Terima kasih yang tak terhingga buat Dr Amirah ke Umairah (saya tak perasan nama sebenar) dan suami yang tolong hantar mak dari Parit Panjang, Sik ke Alor Setar. Semoga Allah jua balas kebaikan Dr sekeluarga. Kesian menyempit dalam kereta tadi. Inshaallah kita jumpa lagi nanti.
Balik rumah mak nangis-nangis tak percaya dia selamat tadi. Aku kata dun wori mak esok ada la org post kat fb, mak sapa tertinggal kat stesen Petronas ni.. sila hubungi bla bla bla.
Satu pengalaman lagi di tahun baru ni. Inshallah ada hikmah atas semua yang terjadi.
MW : Syukurlah masih ada insan baik hatinya di luar sana.
Ibu Fatin Syazwani luah kesedihan, "Makcik memang takut duduk seorang diri dalam sel lokap polis. Dipakaikan baju tahanan reman selain dipisahkan dari suami dan...