Pisang goreng antara menu minum petang kegemaran ramai. Nak buat pisang goreng yang rangup macam jual di tepi jalan, ada resipinya bancuhan tepungnya yang tersendiri. Mak-mak bolehlah buat untuk makan sendiri di rumah atau pun di buat niaga juga nanti. Bila buat sendiri, lebih jimat dan puas hati makan.
Encik Yayar B. Awang Noh bermurah hati sudi berkongsi resipi bancuhan tepung pisang goreng yang abangnya buat niaga hampir 15 tahun.
Musim PKP nie payah nak makan pisang goreng kan. Dengan ini saya izinkan berkongsi resipi tepung pisang goreng yang rangup. Doakan saya sekeluarga dimurahkan rezeki. Ini resipi abang saya niaga hampir 15 tahun.
Bahan-Bahan:
3 paket (1.5kg) Tepung beras
500g Tepung gandum
Secubit Garam
Sesenduk kecil Gula
Kapur sebesar ibu jari
Sebijik Telur
Satu sudu serbuk kunyit
Cara Membuat:
Bancuh semuanya, jangan terlalu cair atau pekat sedang-sedang ngam.
Mingguan Wanita : Terima kasih berkongsi resipi adunan tepung goreng pisang yang dibuat niaga. Mak-mak bolehlah buat untuk makan sendiri di rumah, atau pun di buat niaga juga nanti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Mee Goreng Basah. Membayangkan mee goreng yang basah berkuah macam ni memang mengundang selera. Apatah lagi makan panas-panas, letak cili jeruk dan perahan limau nipis.Nostalgia dulu-dulu, jika beli mee goreng macam ni dilapik dengan plastik dan dibungkus dalam surat khabar.
Nak mengimbau memori, boleh je kita buat mee goreng basah ni dan bungkus sendiri di rumah.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Emee Shamini sebagai rujukan;
Ni abang bukan beli tau. Abang masak Mee goreng nostalgia. Payah nak dapat rope mee goreng camni sekarang. Rencah dia kita boh sawi, tauge,isi ayam, taqua,teloq. Kita bungkuih siap dengan paper, baru datang kick dia. Kita boh jugek cabai jeruk dengan perahan limau nipih time kita makan. Memang surrr baq hang. Pebret mak andeh kita ni. Jempot makan geng. Tak hensem takpe, janji dapor berasap.
Resepi Mee Goreng Basah
Bahan-Bahan:
Sepeket mee kuning (lalukan dengan air paip)
Isi ayam
Air rebusan ayam
Telor
Sawi
Tauge
Bawang putih
Bawang merah
(Tumbuk halus)
Cili kisar
Sos tiram
Sos cili
Tauhu goreng yang dihiris
Kicap lemak manis
Kicap Masin
Cara Memasak:
1. Panaskan sedikit minyak, dan gorengkan 2 biji Telor. Hancurkan kasar, ketepikan.
2. Tambah sedikit mnyak pada kuali, tumiskan bawang biar agak garing.
3. Kemudian masukkan cili kisar, kacau rata. Tumis sampai cili masak.
4. Dah ok, masukan isi ayam dan kacau rata, biar seketika.
5. Masukkan sos tiram, sos cili dan terus masukkan air rebusan ayam. Biar mereneh seketika, kepekatan kuah ikut sukatan memasing.
6. Letakkan kicap lemak manis dan sedikit sahaja kicap masin. Biar mendidih masukkan tauhu,telor.
7. Akhir sekali masukkan mee. Kacau rata kemudian letak sawi dan tauge. Kalau warna kurang, curahkan kicap lemak manis lagi. Kacau rata dan tutup api.
MW: Memang menarik resipi mee goreng basah yang dikongsikan ini. Nampak sangat sedap dan cukup membuka selera. Bertambah nostalgia pula bila bungkus dalam ‘paper’. Boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.
Biasa mak-mak lebih suka menyediakan puding kastard jagung untuk hidangan keluarga. Apa kata kali ini, tukar selera dengan campurkan kuah koktail.
Cara nak buat puding kastard pun tetap sama, Cuma yang membezakan adalah kandungan kuah koktail yang digandingkan sekali. Sedapnya ya amat.
Nak tahu cara mudah dan paling senang, ikuti resipi perkongsian daripada Noor Asmaa’ Hussien ini untuk semua. Paling penting kena kacau kastard itu sampai berkilat.
Resipi Kastard
3 cawan kastard
12 cawan air
1 cawan gula
Daun pandan
Cara Membuat:
Campurkan semua bahanbahan di atas dan kacau rata sebelum dimasak di atas api.
Buka api dapur dan kacau sentiasa sehingga pekat.
Semasa mengacau kena sabar sebab nak pastikan kastard jadi berkilat dan nampak meletup-letup. Apabila masak, tutup api dan tuangkan dalam acuan. Sejukkan.
Resipi Kuah Koktail
1 tin buah koktail (premium)
2 tin susu sejat
2 mug air
3 sudu besar tepung kastard (larut dalam 1/2 cawan air)
2 cawan gula (boleh tambah, jika suka manis)
1 sudu besar esen vanilla
Cara Membuat:
Tapis buah cocktail dan ambil airnya.
Campurkan dengan 2 tin susu sejat, air, esen vanilla dan gula.
Masak di atas api dan masukkan tepung kastard yang dilarutkan dengan air sehingga menggelegak.
Kacau sentiasa dan apabila mendidih, masukkan buah dan tutup api.
Sejukkan.
Tip:
Simpan dalam peti ais. Potong kastard dan campurkan kuah. Hidangkan ketika sejuk
Boleh juga guna buah laici. Bagi sukatan di atas, gunakan 2 tin laici pengganti 1 tin koktail.
Selamat mencuba.
MW: Sedapnya bila makan sejuk-sejuk, Anak-anak pun mesti suka dengan hidangan in.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Ada penggemar paru goreng rempah? Selalu kalau mak-mak beli di kedai, jarang sangat nak jumpa yang lembut dan rangup. Kebanyakannya keras liat sampai rasa nak tercabut gigi memakannya.
Rupanya ada rahsia nak bagi paru goreng rempah tu tak liat dan keras. Ada 4 langkah yang mak-mak nak kena buat sebelum mulakan proses menggoreng paru.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...