Memang sedap makan ikan bakar yang diperap sambal dicicah air asam.Apatah lagi ikannya dibakar dalam balutan daun kunyit dan daun pisang.Semerbak aromanya meresap ke dalam ikan.
Namun, selain kena guna ikan yang segar, sambal perapnya pun kena pandai buat. Barulah ikan bakarnya sedap, manis, segar, pedas masam secukup rasa. Jika makan di gerai Ikan Bakar, memang boleh tahan mahal harganya. Lebih jimat dan berbaloi bila mak-mak buat sendiri di rumah.
Nak buat sambal Perap Ikan Bakar, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nasriah Ramli ini sebagai rujukan.
“Mai nak share cara akak buat ikan bakar. Resepi Sambal Perap Ikan Bakar Nas Style”
Bahan Kisar:
Cili kering
Lengkuas
Halia
Bawang putih & merah
Kunyit hidup
Serai
Ikan bilis @ udang kering
Cara Membuat:
1. Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan perahan air asam jawa dan masak sehingga kering.
3. Masukkan sos tiram, gula perang dan garam secukup rasa.
4. Kalau terlalu pekat atau kering, tambah sikit air.
5. Masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit.
6. Akhir sekali, masukkan petai.
Ads
7. Apabila sambal dah sejuk, lumur pada ikan, balut dalam daun kunyit atau daun pisang.
8. Perap 30 minit sebelum dibakar.
Ads
Resepi Ayaq Asam
Bahan-Bahan:
cili merah
cili hijau
cili api
tomato
bawang besar
Cara Membuat:
1. Hiris halus bahan-bahan tersebut, gaul dan lenyek bersama
garam, gula, air asam jawa & belacan.
2. Perah air limau nipis. Nak best lagi, letak kerisek dan isi ikan rebus.
MW: Mak-mak yang suka makan ikan bakar perap sambal boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Jimat banyak dan berbaloi bila kita buat sendiri di rumah. Selamat Mencuba!
Khas buat mak-mak yang suka masak sayuran hijau seperti brokoli. Rupanya ada tip mudah yang dikongsikan oleh Puan Salmy Saznira untuk membersihkan lilin pada brokoli yang dibeli. Bukan apa, kadangkala sayur sayuran mahupun buah-buahan disembur dengan bahan pengawet untuk memastikannya kekal segar dan tahan lebih lama.
Berikut perkongsian oleh wanita ini sebagai panduan mak-mak;
“Dulu kakmie dan famili tak suka makan sayur brokoli ni. Tapi sejak akhir-akhir ni semakin minat pulak. Pendek kata tak leh nampak brokoli segar pasti nak angkut beli.Kalau perhati betul-betul, atas gugusan brokoli ni ada warna putih-putih kelabu kan. Semacam lilin pun ada. Cuba alirkan air, pasti air tak boleh lalu ke dalam tu.Ada perasan tak?
“Kebanyakan brokoli di tempat kita ni banyak yang diimport, nak bagi sayur segar sokmo bahan kimia bubuh situ.Tu la kakmie cuba cari jugak cara nak bersihkan racun-racun tu. Alhamdulillah jumpa dah. Rasa bersih sikit la nak makan.Caranya mudah jer. Guna semua bahan yang ada kat dapur.”
Rendamkan brokoli dalam air cuka dan garam dalam 3-5minit. Lepas tu bilas bersih. InsyaAllah.
Cuba rujuk video di bawah. Kakmie ada buat eksperimen.
– Brokoli (kiri) sebelum direndam.
– Brokoli (kanan) selepas direndam. Jelas nampak air boleh tembus masuk dalam gugusan brokoli-(Racun lilin dah hilang).
Ps : Nanti jangan lupa beritahu famili, kawan-kawan tentang tips nih deh, supaya mereka pun tahu. Sama-sama kita sihat.
Jadi buat mak-mak yang selalu memasak, pastikan cuci dahulu bersih-bersih sayur-sayuran dan buah-buahan iya, untuk kesihatan keluarga pada jangka panjang.
Nampak sangat sedap resipi mudah biskut brownies yang rapuh dan cair di mulut ni. Sesuai sangat untuk mak-mak yang nak buat jualan berniaga atau untuk makan sendiri di rumah. Mudah sangat hanya guna 6 bahan je.
Boleh cuba biskut brownies yang mudah dan sedap yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali ini sebagai panduan.
Saya ikhlas nak kongsi resepi Biskut Brownies. Memang sedap, rapuh dan cair dimulut. Nak buat pun mudah. Boleh buat untuk berniaga. Ramai yang ikut resepi ni laris jualan.
Semoga kita dimurahkan rezeki dan mendapat rezeki yang tak disangka-sangka.
Tak semua orang menjadi bab-bab masak nasi. Nasi biasa pun kadang-kadang lembik dan tak cukup masak. Inikan pula nak masak nasi lemak, nasi minyak atau beriani. Dah puas alter sana, alter sini, kadang-kadang tak kena gak.
Kali ini Nieza Nor Hamnira berkongsi tentang tip nak masak nasi lemak yang senang. Guna formula yang dia bagi. Pasti jadi!
“Tip masak nasi lemak ini, guna formula bagi mak-mak yang masih mencari cara nak masak nasi lemak dengan masak elok dan cantik. Pasti jadi, sedang-sedang, elok-elok air dan rasa lemaknya. Nak guna beras basmathi boleh, beras biasa pun boleh . Lebih- kurang kan airnya ikut muai beras.
“Formula 1: 1: 0.5 Contoh = 1 cawan beras : 1 cawan air : ½ cawan santan ( nak bagi selamat supaya tak jelantah, lebhikan dalam satu sudu lagi santan)
Tip nak bagi lagi sedap; Garam, gula, sedikit butter/minyak (untuk longkahkan antara buti nasi). Tumbukkan halia, bawang merah, bawang putih dan daun pandan. Kacau dan rasakan santannya, barulah tekan on kat rice cooker.
Selamat mencuba.
MW: Lepas nie, mak-mak dah tak perlu risau nak masak nasi lemak takut tak jadi. Guna formula nie aje. Pasti jadi.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...