Selalunya bila ‘main cili’ memang tak dapat lari akan dapat tangan pijar. Nak hilangkan rasa pijar tu boleh berjam-jam lamanya. Sedar-sedar hilang dengan sendiri.
Masalahnya bila’main cili’ tangan akan jadi pijar. Sedangkan bahan dapur yang lain tidak pula. Makin dibasuh dengan air, makin membuak-buak pijar tangannya.
Kali ini Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi bahan yang boleh digunakan untuk hilangan tangan pijar ‘main cili’. Basuh dengan air tidak mencukupi tapi ada bahan yang boleh mak-mak gunakan untuk hilangkan rasa panas itu.
“Doktor, tangan saya pijar! Macam mana nak hilangkan? Seksa, doktor!”
Kadang-kadang, ada pesakit datang ke klinik sebab tangan dia pijar selepas dia menyambal.
Kesilapan utama yang dilakukan oleh ramai orang adalah, mencuci dengan air sahaja.
Tangan kita pijar selepas pegang cili adalah kerana cili mengandungi capsaicin. Sebatian ini, akan merangsang reseptor deria sakit. Kalau kena kulit, kita rasa pijar, kalau kena lidah, kita rasa pedas.
Ads
Capsaicin ni, ia tak larut air. Kalau kita cuci tangan dengan air sahaja, capsaicin ni sukar nak tanggal dari kulit kita. Capsaicin ni larut dalam minyak/lemak. Oleh itu, kita gunakan:
1. SUSU
Susu berlemak dan mengandungi sejenis protin dipanggil casein. Ia akan memutuskan ikatan antara capsaicin dengan reseptor di kulit. Selepas cuci dengan susu, bilas dengan air sabun.
2. MINYAK
Jika nak cuci tangan guna susu, rasa macam membazir pula. Jadi kita boleh gunakan minyak. Minyak akan mencairkan capsaicin. Selepas itu perlu juga bilas dengan air sabun.
Capsaicin bersifat alkali, jadi secara teori bahan berasid boleh meneutralkan atau melemahkan kesannya. Boleh juga gunakan air asam, perahan limau, atau sos tomato.
5. ALKOHOL
Capsaicin juga boleh dilarutkan dengan alkohol. Jadi boleh gunakan pensanitasi tangan berasaskan alkohol untuk mencuci tangan yang pijar. Kena gunakan banyak.
6. LOSYEN
Gunakan losyen berasaskan minyak untuk melarutkan capsaicin, kemudian disusuli dengan bilasan air sabun untuk buang losyen yang telah dicemari capsaicin tadi.
Selain mencuci gunakan bahan-bahan tertentu, capsaicin juga boleh ditanggalkan menggunakan geseran. Maknanya kena gosok tangan dengan tuala, berus, garam atau hampas kelapa.
Ads
Semoga bermanfaat!
Mingguan Wanita : Ada banyak cara yan boleh mak-mak gunakan untuk hilangan tangan pijar. Cubalah.
Masalah yang biasa berlaku bila bercucuk tanam tentulah serangan serangga yang makan daun tanaman. Boleh ‘sakit hati’ dan geram pula. Ini pun bercucuk tanam dalam pasu di laman rumah.
Bagaimanalah kalau bercucuk tanam di kawasan ladang atau tempat yang luas. Mesti macam-macam masalah, bukan setakat serangga makan daun tanaman tapi boleh jadi tanaman terus tak menjadi.
Kalau nak hapuskan serangan serangga pada pokok tanaman dengan menggunakan racun serangga, bimbang masalah lain pula. Jika sudah pelbagai jenis ubat atau bahan untuk elak serangan serangga yang makan daun tak menjadi. Apa kata cuba saja bahan dapur ini.
Inilah yang dikongsikan oleh MD FS tentang semburan organik untuk tanaman yang dia hasilkan di rumah.
Serangga Makan Daun Tanaman, Guna Semburan Organik
Sekadar berkongsi ilmu yang saya cedok daripada orang-orang yang berpengalaman dan internet untuk penjagaan pokok-pokok dan saya sudah guna untuk tumbuhan yang saya tanam
Saya panggil sebagai Semburan Organik
Bahan-bahannya:
7 biji cili padi (tak kisah warna apa)
7 biji bawang putih (tak perlu buang kulit)
1 inci halia (tak perlu buang kulit)
500-700ml air
1 sudu besar minyak masak
Semua bahan ini blend sampai halus. Selepas itu, masukkan 1 sudu kecil sabun cuci pinggan dan goncangkan.
Masukan dalam botol dan simpan di tempat gelap semalaman.
Cara Guna: Ambil sikit pati organik dan masukan dalam botol spray dan tambahkan air (Pastikan ada bau). Selepas tu dah boleh sembur pada pokok hingga ke tanah.
Tapi…
Pastikan JANGAN sembur waktu PANAS, takut daun MELECUR.
Saya sembur awal pagi dan senja.
Inilah salah satu cara untuk saya kawal daripada serangga makan daun-daun pokok saya
Selamat mencuba
Mingguan Wanita : Ada banyak cara yang boleh kita gunakan untuk elak serangan serangga. Slah satunya cara ini, tak perlu risau sebab semua bahan yang digunakan adalah organik.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Rupanya sangat senang nak buat sendiri serbuk perasa cendawan (Mushroom Seasoning) di rumah. Suci, halal dan sangat menjimatkan. Serbuk perasa cendawan ni selalunya digunakan sebagai menambah kesedapan makanan. Menggunakan bahan-bahan semulajadi yang pastinya bebas msg, bahan pengawet mahupun perasa tambahan, hanya guna 3 bahan je.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Hidayat Sahidini sebagai panduan;
Homemade mushroom seasoning powder. Ke arah perisa semulajadi tanpa garam dan msg.
Bahan-Bahan:
Cendawan shitake lotuss halfprice stiker kuning
Lobak merah (hiris guna peeler)
Bawang putih
Cara Membuat:
1. Hiris semua bahan dan masukkan dalam air fryer. Dehydrate 80°c 60min++ sehingga bebetul kering macam kerepek.
2. Selepas itu blend kering.
Siap!
Info Ekstra!
Guna cendawan segar, bilas-bilas kemudian hiris je. Tengok mat salleh buat guna dry mushromm dia terus blend je.
Kalau tak ada dhydrtor pakai Air Fryer biasa guna suhu paling rendah 80°c.
Boleh juga bakar cendawan tu sekejap dalam oven. Pastu agak-agak lembab dan tak basah sangat, masukkan dalam kuali dan sangai. Leceh sikitlah sebab tak ada alatan sesuai. Tapi insya allah tetap jadi.
Mingguan Wanita:Menarik boleh buat sendiri serbuk perasa cendawan ni di rumah. Memang jimat,perisa semulajadi bebas garam dan msg malah boleh dapat banyak hasilnya.
Masakan ringkas seperti Sup Telur Suhun ini walaupun mudah disediakan namun ia boleh membuka selera. Sesuai dihidangkan sewaktu makan sahur mahupun bila-bila masa sahaja. Namun walaupun simple, jika salah cara masaknya telur mudah berterabur, tak cantik seketul-seketul malah suhun pula mudah kembang dan hancur.
Selebriti masakan media sosial, Yatie Kitchen ada kongsikan cara dan tip mudah untuk memasak Sup Telur Suhun agar jadi elok, putih telurnya tak berterabur dan suhunya tak kembang dan hancur. Ia diinsipirasikan daripada resipi Raja Permaisuri Agong,Tunku Azizah Iskandar sendiri.
Comfort Food, Inspired from Tunku Azizah Iskandar, Sup Telor Soohoon, ni pon dah cukup.
Cara Membuat:
1. Tumis bawang merah, bawang putih tumis sampai garing, masuk air.
2. Mendidih jer saya tutup api baru saya pecahkan telur, supaya telor putih tak berterabur.
3. Selepas 5 minit dah agak-agak telur tu masak baru on kan api.
4. Mendidih jer terus tutup api, baru masuk soohoon dan daun sup/ bawang!
5. Jangan lupa mushroom seasoning.
Junjung Kasih Tuanku @airtangan_tunkuazizah atas resipi simple, mudah dan sedap!
Semua orang boleh kongsikan resipi tak semua orang akan kongsikan tip macam mana nak bagi masakan tu jadi elok. Tip tu yang berharga yang tak semua orang akan kongsi. Kita peduli apa kongsi je la , benda baik apa salahnya, ye dak. Tak bawa mati pun nak berahsia-rahsia ni.
Seorang pelajar SPM di Melaka mengaku bersalah atas tuduhan rogol bergilir pelajar Tingkatan 3, manakala seorang lagi minta dibicarakan. Kes mendapat perhatian masyarakat dan sedang dibicarakan di Mahkamah Kanak-Kanak Alor Gajah.