Tak semua orang suka minum air kosong, kalu ada pun sekadar untuk ‘cukup syarat’ saja. Atau hanya seteguk dua, sampaikan kena paksa untuk minum, tak kiralah orang dewasa atau kanak-kanak.

Minum air kosong 8 gelas sehari, itulah yang disarankan dan bagus untuk badan. Tapi bagaimana kalau minum berlebihan. Ramai yang tidak tahu risiko yang mendatang kalau minum berlebihan.

Minum air kosong kurang pun tak boleh dan minum berlebihan pun tak boleh. Ada kesan-kesan yang kita tak tahu.

Bagi yang ingin berdiet, minum air kosong adalah perlu bagi membantu untuk kuruskan badan. Tapi jangan pula berlebihan. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Zakimi Abdullah tentang minum air berlebihan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Amalkan Minum Air Daun Sup & Bawang Putih, PETUA Ikhtiar Rawat Darah Tinggi

Berat Badan Kekal Persis Anak Dara, Haslinda Minum Air Tanpa Gula Selama Sebulan

Info Lebih Menarik DI SINI

Minum Air Kosong, Jangan Berlebihan

“Dr Zek! Ada pesakit wanita berumur 22 tahun sawan kat redzone. Patient baru masuk, doktor. Cepat-cepat,” ujar seorang penolong pegawai perubatan bertugas di zon merah.
Ketika itu aku baru nak mula makan malam di pantri zon merah. Tanpa berlengah, aku terus berlari ke zon merah.

Di dapati seorang pesakit wanita berbadan agak besar anggaran berat badan dalam 100kg tak sedarkan diri, mata membeliak ke atas, kekejangan otot (tonic clonic) dan mulutnya berbuih.

Dikatakan pesakit ini sawan sejak beberapa jam lalu.
Intravenous Valium sudah diberikan. Pesakit masih lagi sawan.

“En Hafiz (bukan nama sebenar)! Tolong saya untuk intubation pesakit ni. Tolong saya siapkan barang-barang beserta tiub saiz 7,” permintaan aku kepada penolong pegawai perubatan.

“Baik.” Balasnya ringkas.

“Siapkan sekali difficult intubation kit kita. Susah nak intubate ni. Patient ‘besar’, short neck jugak,” sambungku dalam keadaan cemas.

IKLAN

“Nanti saya siapkan, doktor.”

Suasana di zon merah agak tegang ketika itu. Sudah tentu susah untuk lakukan intubasi keatasnya dengan saiz seberat 100kg lebih.

“Ahh! Aku akan lakukan! Aku mesti kena yakin” – hanya bermonolog untuk nak sedapkan hati sendiri.

Pesakit tersebut terpaksa dimasukan tiub ke dalam trakea untuk bantuan pernafasan.
Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya melakukannya. Kami melakukan demi untuk menstabilkan pesakit tersebut.

Imbasan CT scan otak dilakukan ke atas pesakit menunjukan otaknya bengkak (cerebral edema). Paras sodium dalam darahnya pula sangat rendah iaitu 115 (paras normal sodium 135-145).

Aku tertanya-tanya apa puncanya. Lalu aku temui suami pesakit untuk dapatkan cerita lebih lanjut.

“Isteri encik ada ambil apa-apa ubat selain dari ubat hospital?” Soalku.

“Takde, doktor. Tapi isteri saya ada join program nak kuruskan badan. Mereka ada bagi tips suruh minum air 6-8 liter sehari. Dah seminggu dia minum gitu,” jelas suami pesakit.

Aku agak terkejut tips mengarut yang diberikan oleh so call ‘health advisor’ dari program entah apa-apa.

IKLAN

Kini aku tahu pesakit tersebut mengalami cerebral edema (bengkak otak) akibat dari ‘water intoxication’ (mabuk air).

Water intoxication is real!

Minum air kosong (plain water) dengan banyak takkan menguruskan badan. Ia memudaratkan badan akibat dari water intoxication atau dalam bahasa Melayu mabuk air.

Mabuk air (Water intoxication) adalah disebabkan oleh pengambilan air kosong secara
BERLEBIHAN dalam masa yang singkat. Kondisi ini menyebabkan paras garam sodium dalam darah menjadi rendah atau dipanggil hypervolemic hyponatremia.

Ia terjadi apabila pengambilan air berlebihan dari kemampuan ginjal untuk membuang air.

Sebab utama water intoxication selain dari kisah di atas adalah:

1) Minum air BERLEBIHAN semasa senaman/bersukan
2) Diabetis yang tidak terkawal
3) Ubat-ubatan yang menyebabkan kering bibir dan dahaga
4) Primari polydipsia atau psychogenic polydipsia
Tanda-tanda mengalami water intoxication adalah:
1) loya
2) muntah
3) keletihan
4) tahap kesedaran menurun
5) sawan
6) koma

Kesan utama bahaya water intoxication adalah brain/cerebral edema (bengkak otak) yang boleh menyebabkan tahap kesedaran menurun dan sawan. Akhir sekali boleh koma.

Minum air kosong terlebih banyak akan menyebabkan garam sodium dalam darah dicairkan oleh air dengan cepat. Keadaan ini akan menyebabkan diluted hyponatremia.

IKLAN

Hyponatremia menyebabkan kepekatan osmolariti extracellular (luar sel) rendah berbanding intracellular (dalam sel) maka air akan bergerak dari luar sel ke dalam sel otak melalui proses osmasis. Kemudian seseorang itu akan mengalami brain edema/bengkak otak yang menyebabkan dia sawan. Lebih buruk lagi akan koma.

Oleh itu pengambilan air dalam sehari seperti yang dicadangkan iaitu 8 gelas sehari atau jika terasa dahaga untuk seorang dewasa yang normal.

Minum air mencukupi bukan berlebihan. Sederhana dalam segala hal.

Nak kurus bukan dengan tips yang bukan-bukan tapi hanya dengan senaman secara berkala dan mengambil diet yang seimbang saja.

Mingguan Wanita : Jangan ingat, dengan minum air kosong berlebihan boleh buat kita kurus. Sebaliknya ada kesan yang boleh memudarakan diri. Hati-hati!

Sumber: Dr Ahmad Zakimi Abdullah

 

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI