Kuih bihun madu ini, selalunya boleh dijumpai ketika majlis kenduri kendara dikampung-kampung.Kuih ni boleh dikatakan macam ‘adik beradik’ kuih cakar ayam dari segi cara membuatnya. Bihunnya tak perlu dicelur mahupun direndam terlebih dahulu, boleh terus dibuat barulah menjadi dan rasanya rangup, manis-manis buah.
Boleh cuba resipi Bihun Cakar Madu seperti yang dikongsikan oleh Puan Ida Zaida ini.
Buatkan bihun cakar madu untuk anak-anak. Buat 1 paket bihun, banyak juga dapat. Rasa rangup dan manis-manis buah je. Ni resepinya:
Bahan-Bahan:
1 cawan air
1 cawan gula
1 plastik bihun
1 tutup pewarna
1kg Minyak Masak (untuk menggoreng)
Cara Membuat:
1. Masukkan air dan gula ke dalam kuali, kacau sampai air gula menggelegak.
3. Kacau lagi sampai warna dan bihun bersalut rata.
Ads
4. Bila dah bersalut elok,boleh angkat letak dalam dulang atau apa-apa bekas.
5. Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas,ambil sedikit bihun, goreng sekejap dan masukkan dalam apa-apa acuan.
6. Saya masukkan dalam gelas plastik dan tekap..(part menekap ni kena cepat-cepat sebab dia takkan melekat kalau dah sejuk).Ni cawan yang saya guna untuk tekap. Tak kisah cawan apa-apa pun janji plastik,lepastu sama saiz.
Ads
Siap!
Selamat mencuba!
Ni link video saya sertakan sekali mudah tiru,senang faham bila tengok video ni.
Mingguan Wanita: Ringkas je nak buat kuih Bihun Cakar Madu ni. Memang sedap, rangup dan rasa manis-manis buah je.Tak perlu celur atau rendam dulu bihunnya.
“Lama Tak Makan LEPAT LIAT Inti Nyok, Isteri Buat Hilang Teringin” Ini Resipinya! Kuih-kuih lama seperti Lepat Liat ni payah nak jumpa jual di kedai mahupun tepi jalan. Bila teringin nak makan tu memang kena buat sendiri. Rupanya nak buat lepat ni mudah je.Bahan-bahan pun tak banyak. Boleh buat minum petang untuk keluarga.
Saya bergurau dengan isteri kata lama tak makan lepat liat inti nyok. Terus isteri suruh beli nyok putih dan ambil daun pisang. Alhamdulillah hilang teringin.
Bahan-Bahan:
500 gm tepung pulut
200 gm gula merah
100 gm gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan
1 biji kelapa putih
Sedikit garam
Minyak lumur daun Pisang
Cara Membuat:
1. Masak air, gula merah, gula pasir dengan daun pandan hingga gula hancur.(Tapis)
2. Masuk air gula panas-panas dalam tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati ( guna senduk).
3. Kelapa putih gaul dengan sedikit garam.
4. Lumur sedikit minyak di tengah daun pisang. Letak 1 sudu besar adunan tepung dan tenyeh-tenyeh hingga leper. Letak kelapa putih atas adunan.
5.Lipat kemas-kemas daun pisang. Masak air hingga mendidih. Kukus selama 20 minit. Siap.
Kuih muih dan manisan tradisional tetap mempunyai tarikan tersendiri. Walau sudah pelbagai kuih muih moden yang ada, namun yang lama tetap memikat jiwa.
Jom cuba dua kuih tradisi ini iaitu Puli Ubi Kayu dan Tok Aji Serban (Pulut Sekaya). Menikmati kuih muih tradisi akan membuatkan kita mengimbau kembali zaman kecil dahulu.
KUIH PULI UBI KAYU
Bahan-Bahan:
300 gram ubi kayu – kisar dan perah airnya
150 gram sagu – rendam selama 5 minit
Sedikit pewarna hijau
Bahan Untuk Air Gula:
200 gram gula merah
200 gram gula pasir
150ml air
Bahan Salut:
½ biji kelapa parut
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan ubi kayu, pewarna hijau dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ubi kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
TOK AJI SERBAN
Bahan-Bahan A (Bahagian Bawah):
2 cawan beras pulut – bersihkan dan tos
250ml santan cair
Sedikit garam
Bahan Bahagian B (Atas):
3 biji telur
500ml santan pekat
150 gram gula merah
150 gram gula pasir
Bahan Lain:
Air untuk mengukus
CARA MEMASAK:
Untuk membuat bahagian pulut; masukkan bahan A iaitu beras pulut, bersama sedikit santan cair, dan secubit garam. Lebihkan santan anggaran ½ inci daripada paras pulut. Tanak menggunakan api perlahan hingga masak. Angkat.
Tuang pulut ke dalam loyang bersaiz 6 inci. Tekan-tekan supaya padat. Ketepikan.
Untuk membuat bahagian atas; kisar semua bahan B dan tuang di atas adunan pulut tadi. Kukus selama satu jam.
Angkat dan biarkan sehingga agak sejuk sebelum dipotong. Sedia dihidangkan.
Mudah je sebenarnya nak buat Popia Wonder Cheese ni, hanya dengan 3 langkah yang senang nak buat dah boleh jadi kudapan yang sedap untuk anak-anak. Sesuai sangat kalau buat waktu pergi berkelah ke, tengok movie dengan anak-anak dirumah ke, atau dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Mak-mak mesti kena cuba resipi Popia Wonder Cheese ni, gerenti tak sedap & anak-anak suka. Silap-silap tak sedar makan habis sebalang.
Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Fatihah Aziz;
“Hari ini kali ke 3, buat lagi kudapan krukk krukk paling senang dan sedap! Popia Wonder Cheezee.Kalau beli makan tak puas. Jadi kita buat sendiri jelah boleh buat selalu.
Bahan-Bahan:
1/2 paket kulit popia (digunting & dicarik-carik)
4 sudu besar serbuk cheese
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar gula
Cara-Cara Membuat :
1. Kisar semua bahan (kecuali kulit popia).
2. Goreng kulit popia dgn minyak secukupnya. Goreng hingga naik keperangan.
3. Tabur dan gaul rata serbuk yang dikisar pada kulit popia.
(Nak senang gaul dalam bekas dan goncang perlahan-lahan).
4. Siap!Popia wonder cheezee kudapan mudah siap untuk dimakan.