
Isi Kandungan
ToggleTerkini, resipi yang menjadi viral ialah Kek Oreo Versi kukus pulak. Mudah sangat nak buat Kek Oreo ni, guna dua bahan je pun mak-mak dah boleh jadikan kek yang sedap. Yang paling penting mudah dan jimat bajet sebab tak sampai Rm 10 pun. Hanya perlu guna Biskut Oreo dan air susu kotak coklat Dutchlady.
Jom cuba perkongsian resipi menarik oleh Hana Ramli ni.
Bahan-Bahan:
Dua Bungkus Biskut Oreo
Sekotak Susu Coklat (250ml)
Cara Membuat:
1.Masukkan susu dan Biskut Oreo ke dalam mesin pengisar (blender). Pastikan blender bebas dari bau bawang dan lada.
2.Kisar seperti dalam gambar.
3.Isi la adunan dalam bekas apa apa pun dan kukus. Kalau nak tahu masak ke belum, cuba cucuk guna garfu. Kalau masih ada adunan yang melekat pada garfu tu bermakna kek oreo kita belum masak. Kukus lagi.
4.Ni selepas siap kukus, ermmmm moist gittuuuu. Biar dia rest sejuk dulu sekejap.

5.Akhir sekali, tuang la topping apa-apa pun, tak letak topping pun takpa. Sedap
Kek oreo dua bahan, yang bahagian topping tu saya double boil chocolate.
Selamat Mencuba!
Sumber: Hana Ramli
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ya Allah! Itu Motor Anak Aku,” Ayah Tak Sangka Kemalangan Dilihat Ragut Nyawa Anak Sendiri

Isi Kandungan
ToggleMelihat kemalangan yang berlaku melibatkan ahli keluarga sendiri pastinya meruntun hati. Lebih rasa ralat dihati apatah lagi jika nyawa terkorban akibat kecuaian pihak lain. Namun hanya redha dan pasrah atas segala takdir ketentuan bahawa ajal dan maut telah ditentukan oleh tuhan.
Kemalangan Maut Ragut Nyawa Anak
Seorang bapa tidak menyangka kemalangan yang dilihat ketika dalam perjalanan menghadiri satu majlis pengebumian, rupanya melibatkan anak lelakinya sendiri di Kilometer 36, Jalan Temerloh-Bahau, dekat persimpangan Sri Buntar, Triang di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.39 pagi itu, Muhammad Faris Halimin Azlin, 22, maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lori.
Ketika kejadian Muhammad Faris bersama ibu, bapa dan dua adiknya yang menaiki kereta dalam perjalanan dari Felda Kemasul untuk menghadiri pengebumian saudara di Pengkalan Manggis, Temerloh.
Menceritakan tentang kemalangan itu, ibu mangsa Zanariah Aziz, 47, berkata, setibanya di lokasi kemalangan, suaminya menjerit apabila terlihat motosikal anaknya di tengah jalan.
“Ya Allah! Itu motor anak aku.Itulah yang dikatakan suami membuat kami sekeluarga terkejut dan tidak menyangka insiden meragut nyawa itu melibatkan anak kami,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultan Haji Shah (Hoshas) Temerloh di sini semalam.
Berlumuran Darah
Serentak itu, katanya, suami dan anak perempuannya bergegas ke arah mangsa, namun pada ketika itu Muhammad Faris yang berlumuran darah akibat cedera parah di bahagian kepala sudah tidak sedar diri.
Katanya, atas faktor kesihatan, dia tidak dapat untuk turun dari kereta untuk melihat keadaan anak keduanya itu.
“Sebelum keluar dari rumah, Limi (Muhammad Faris Halimin) bersalaman dengan saya, malah sepanjang minggu lepas, dia belikan tiga biji kek sempena hari lahir abahnya, ibu saudara dan jiran sebelah rumah.
“Tiada perubahan ketara yang ditunjukkan arwah tetapi apa yang berlaku ini benar-benar membuatkan kami sekeluarga trauma, apa pun, saya reda,” ujarnya.
Tiada Perubahan Pelik
Dalam pada itu, rakan mangsa, Muhammad Haikal Danil Hazrul, 18, berkata, kali terakhir mereka berjumpa pada malam Jumaat lalu, namun Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan yang pelik.
“Kami borak macam biasa, dia tetap macam biasa dan kami berkongsi banyak perkara bersama,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.39 pagi itu, lori dari arah Temerloh telah memasuki simpang kanan ke Triang itu tanpa memberi laluan kepada mangsa yang sedang menunggang motosikal sehingga menyebabkan pelanggaran.
“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hoshas untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Mesti Baca:“Orang Mengundi Mengalahkan Nak Pilihanraya..” BELL NGASRI Syukur Sokongan 37 Tahun Dalam Industri Seni
Baca Lagi Di Sini:“Hancur Hati Ini”, Luahan Adik Fatin Kehilangan Ibu Ayah Lepas Daftar Kolej Matrikulasi Undang Sebak
Artikel Menarik:DONUT PEACH Lebih Wangi, Manis, Juicy & Rendah ‘Acidity’ Berbanding Peach Biasa!
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga mangsa kemalangan maut ini. Akibat kecuaian orang lain, anak menemui ajalnya.
Sumber: Kosmo
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Arwah Sangat Manja Seolah Beri Petanda”, 9 Tahun Menunggu Zuriat Wanita Reda Anak Lemas Bersama Bapa

Isi Kandungan
ToggleArwah sangat manja seolah beri petanda, 9 tahun menunggu zuriat wanita reda anak lemas bersama bapa. Diuji lewat diberikan zuriat tidak pernah mengurangkan kasih sayang suami isteri ini.
Allah mengatur kehidupan keduanya dengan sangat baik kerana selepas 9 tahun menanti kelahiran Ziyaaf Mikhail Muhammad Yuzarith disambut penuh kegembiraan dan ditatang penuh kasih sayang. Namun takdir dan ujian tertulis lagi. Belum cukup membesarkan anak dan melihat dirinya membesar, ujian datang.
Kali ini penuh besar dan cukup menguji apabila anak tunggal kesayangan ramai ini diuji lemas di dalam tali air. Bukan seorang diri tetapi juga bersama bapa, Azmi Abdullah berusia 78 tahun yang dikatakan cuba menyelamatkan Ziyaff Mikhail yang dikatakan tergelincir di kolam di Permatang Berangan, Pinang Tunggal (kolam tinggal belakang IKA Taman Kempas).
Arwah Sangat Manja Seolah Beri Petanda
Memetik laporan Harian Metro, jenazah keduanya telah selamat dikebumikan semalam di Tanah Perkuburan Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal.

ibu kepada bayi berusia setahun tujuh bulan itu, Zarina Azmi, 34 memaklumkan yang anaknya, Ziyaaf Mikhail Muhammad Yuzarith sangat manja pada hari berkenaan dan hanya ingin bersama sehingga bapanya, Azmi Abdullah datang untuk membawanya berjalan-jalan sekitar jam 5 petang.
“Semalam, anak duduk seharian dengan saya. Dia manja dan peluk saya sebelum ayah saya datang ambil dia kira-kira jam 5 petang.
“Tak lama kemudian, saya dikejutkan dengan berita yang ayah dan anak saya ditemukan lemas di kolam berhampiran restoran itu,” kata.


9 Tahun Menunggu Zuriat Wanita Reda Anak Lemas Bersama Bapa
Namun, apabila mendapati datuk dan cucu berkenaan tidak pulang ke rumah, suaminya, Muhammad Yuzarith Martin Abdullah, 35, telah keluar mencari mereka sekitar jam 7 petang sebelum mendapat khabar menyedihkan itu.
Difahamkan, Ziyaaf Mikhail adalah anak tunggal mereka selepas menanti selama 9 tahun untuk mendapatkan cahaya mata.
“Sembilan tahun saya tunggu untuk dapatkan dia,” katanya.
Adik kepada Azmi Abdullah, Yusof Abdullah, 60 menyatakan yang kali terakhir bertemu arwah adalah bulan lalu. Dia sedia maklum bahawa abangnya memang kerap meluangkan masa bersama cucu memandangkan ibu bapa kanak-kanak berkenaan sedang bekerja.
“Arwah pencen sebagai tukang kebun sekolah dan sejak itu, dia banyak menghabiskan masa di rumah selain bermain dengan cucunya.
“Memang menjadi rutin hariannya membawa cucunya itu meronda pada petang dengan menunggang motosikal memandangkan ibu dan bapa kanak-kanak itu bekerja,” katanya.
Menurut daripada kenyataan beberapa pihak, Azmi dikatakan cuba menyelamatkan cucunya yang turun dari motosikal dan meluru ke arah kolam sebelum terjatuh. Namun apakah daya, kedua-duanya telah lemas dalam kejadian tersebut.
“Kalau tengok keadaan kolam itu, airnya tak dalam mana pun tapi mungkin disebabkan licin akibat lumut, arwah tak berdaya nak selamatkan diri.
“Apapun yang berlaku, semuanya sudah suratan takdir dan kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Bertukar Nyawa Di Hari Kemerdekaan, Bapa Lemas Ketika Cuba Selamatkan Anak
Gadis Lemaskan Anak Sendiri Dalam Mangkuk Tandas, Banduan Akhir Menangis Dibebaskan
Bayi Lelaki LEMAS, Terlepas Daripada Pegangan Ayah Ketika Berkayak Di Sungai
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Boleh dakwa suami kalau perdaya isteri dalam perkahwinan. Ramai isteri tak sedar hak mereka..
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
27 Tahun Malaysia BEBAS Polio, Terkini Bayi 3 Bulan Dijangkiti Virus Ini!

Isi Kandungan
TogglePolio merupakan satu penyakit bawaan virus yang sangat mudah berjangkit melalui sentuhan, perkongsian makanan ataupun bekalan air yang tercemar.Penyakit ini boleh menyebabkan lemah otot, lumpuh dan adakalanya boleh membawa maut. Setakat ini, saintis belum menemui ubat untuk polio namun ia hanya boleh dihindari melalui vaksin khusus. Secara umumnya, wabak ini telah berjaya dibasmi di setiap negara seluruh dunia.
Kes Pertama Bayi 3 Bulan
Namun terkini, cukup membimbangkan apabila Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang bayi lelaki berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah, dijangkiti virus polio yang menjadi kes pertama selepas 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit itu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mangsa didapati mengalami demam diikuti lemah anggota badan, dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi selepas disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1), Jumaat lalu.
Beliau berkata, bayi itu kini dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil, namun masih memerlukan bantuan pernafasan.
“Hasil ujian pengesahan dijalankan Makmal Polio Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Australia, mendapati virus terbabit ada perkaitan genetik dengan virus polio dikesan pada kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) di Filipina. VDPV1 ini diklasifikasikan sebagai circulating vaccine-derived poliovirus type 1 (cVDPV1).
“Penyakit ini berasal daripada virus polio yang dilemahkan dalam vaksin diberi secara oral (OPV) sebelum virus dilemahkan ini dikumuhkan oleh badan melalui najis.
“Dalam persekitaran tidak sanitari, ia boleh menjangkiti orang lain yang tiada imuniti terhadap polio dan terus tersebar dalam komuniti yang liputan imunisasi polio kurang daripada 95 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.
Mutasi Genetik
Dr Noor Hisham berkata, semakin lama virus itu tersebar dalam komuniti terbabit, ia mengalami mutasi genetik sehingga menjadi virus yang kembali aktif.
“Virus ini dipanggil vaccine-derived poliovirus (VDPV) dan boleh menyebabkan poliomyelitis. Namun, mereka yang divaksinasi dengan vaksin poliomyelitis, akan mendapat perlindungan daripada jangkitan penyakit itu,” katanya.

Tidak Menerima Vaksin Polio
Beliau berkata, setakat Khamis lalu, hasil siasatan di kawasan tempat tinggal mangsa, mendapati 23 daripada 199 orang (11.6 peratus) berusia antara dua bulan hingga 15 tahun, tidak menerima vaksin polio.
Katanya, ia satu keadaan yang sangat merunsingkan kerana penularan jangkitan cVDPV hanya boleh ditamatkan dengan imunisasi polio.
“Hasil penerangan mengenai kepentingan imunisasi polio bagi mencegah jangkitan polio, ibu bapa semua kanak-kanak terbabit bersetuju untuk mereka diberikan vaksin polio.
“Aktiviti pencarian kes AFP, proksi kepada poliomyelitis di kawasan tempat tinggal kanak-kanak itu juga dijalankan.
“Hingga Khamis lalu, seramai 646 orang diperiksa dan tiada orang bergejala AFP dikesan. Siasatan masih diteruskan di kawasan terbabit, termasuk pengambilan sampel najis daripada kontak rapat kanak-kanak itu serta sampel persekitaran bagi pengesanan virus polio,” katanya.
Beliau berkata, aktiviti pemberian imunisasi polio akan diteruskan di kawasan tempat tinggal kes dan diperluaskan ke kawasan lain yang berisiko.
“Ia bagi memastikan virus polio yang dikesan ini tidak terus menular di Malaysia dan menyebabkan poliomyelitis dalam kalangan mereka yang tiada imuniti terhadap jangkitan polio,
“Ia bagi memastikan liputan imunisasi polio yang tinggi, iaitu melebihi 95 peratus,” katanya.


Info Ekstra!
Kes polio terakhir di Malaysia berlaku pada tahun 1992. Pada Oktober 2000, Malaysia bersama-sama dengan negara-negara Rantau Pasifik Barat (Western Pacific Region), telah diisyhtiharkan bebas daripada penyakit polio. Kejayaan pembasmian penyakit ini adalah berikutan pencegahan melalui vaksin polio yang diperkenalkan di dalam Program Imunisasi Kebangsaan sejak tahun 1972 dan diteruskan sehingga ke hari ini.
Penyakit polio adalah penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan kelumpuhan kekal. Ia disebabkan oleh virus polio yang merebak lazimnya melalui oral-fekal dan boleh juga melalui makanan dan air yang tercemar. Penyakit ini hanya boleh dicegah melalui pemberian imunisasi.
Di bawah Jadual Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan, empat (4) dos vaksin polio diberikan dengan menggunakan vaksin kombinasi Difteria, Pertussis, Tetanus dan Haemophilus influenza B. Ia diberikan kepada kanak-kanak pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan.
Orang ramai khususnya mak ayah dinasihatkan untuk memastikan anak-anak telah mendapat imunisasi polio yang lengkap. Kanak-kanak yang cicir imunisasi boleh dibawa ke mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran untuk mendapatkan imunisasi. Di samping itu, sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan kebersihan persekitaran yang berterusan.
MW: Semoga mak ayah mengambil iktibar kejadian ini. Cukup membimbangkan kerana kesan jangkitan virus polio ini boleh menyebabkan lemah otot, lumpuh dan adakalanya boleh membawa maut. Jangan memperjudikan kesihatan anak-anak, patuhi pengambilan vaksin secara berjadual seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.
Sumber: Bharian, kpkesihatan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI