Suami yang nak hidup bahagia, cubalah sedaya upaya untuk menyenangkan hati isteri. Senangkan hati isteri dulu kalau betul tak nak ada masalah dalam rumah tangga. Ya, mungkin tak mudah nak faham kehendak sebenar seorang wanita tetapi kalau sabar, kaum suami pasti akan bahagia.

Suami Kalau Nak Hidup Bahagia

Untuk mendalami hati seorang isteri, jemput baca perkongsian Mizan Dzai ini.

Suami Kalau Nak Hidup Bahagia, Senangkan Hati Isteri Bukan Buat Hal

Bila sudah berkahwin, maka bertambahlah tanggungjawab kita sebagai suami. Jika dulu hanya untuk ibu bapa tapi sekarang isteri dan anak anak yang akan lahir. Kepercayaan dan kejujuran sangat penting mengekalkan kebahagiaan.

Bagi aku simple je, isteri ni kalau sekali kau dah kantoi buat hal belakang dia, confirm kau dah tak ada muka. Bukan senang nak peroleh kembali kepercayaan isteri kau yang tersayang tu. Sedih bila hubungan masa mula kahwin dulu dah tak sama dengan sekarang, nak salahkan siapa?

Wanita ni dilahirkan memang untuk tabah. Tabah dengan pe’el dan angin kau tu. So, setabah itu dia buat derk dengan pujuk rayu kau bila dah kantoi buat hal. Dapat pujuk itu pasti, peroleh kepercayaan yang asal itu kembali adalah mustahil.

Sekali Kau Buat Perangai, Ini Makannya!

IKLAN

Wanita takkan lupa, sumpah takkan. Kau baik macam mana pun, kau tengok gaya dia macam dah hilang ingatan dengan perangai kau tapi percayalah, satu hari nanti hal yang kau buat itu akan diungkit balik jika kau ulang.

Kau tak boleh salahkan wanita dan isteri. Apahal kau nak salahkan diorang? Kau yang buat hal, kau yang buat perangai, kau tanggunglah. Wanita memang dicipta untuk setabah itu. Bukan berdendam tapi hati diorang sangat mahal, semahal cinta dan pengorbanan untuk kau sebagai suami dan juga anak anak.

Jangan kata kau, aku pun pernah terbuat hal. Bukan hal apa pun, cuma aku terlalu ramah. Yang perempuan pula dok fikir lain. Orang meniaga takkan sombong pula iye tak? Sebab tu aku selalu cakap, kau dan aku lelaki. Terlalu mudah untuk leka dan kita pula memang dicipta supaya mudah tertarik dengan benda terutamanya wanita, rumah dan kereta yang cantik.

Suami Kalau Nak Hidup Bahagia, Senangkan Hati Isteri Bukan Buat Hal

IKLAN

Kau lelaki yang teragung jika kepercayaan itu sama seperti sebelum kau buat hal. Jagalah elok elok. Kita lelaki ni hanya akan tersedar, akan menyesal bila isteri dan anak anak dah tinggalkan kita.

Jangan tunggu sampai saat neraka tu. Jangan! Cukup 3 hari isteri tak ada kat rumah. Kau rasa sendiri, aku sehari Eleena balik rumah orang tua dia pun dah cukup. Boleh menangis bro.

Sila mention wanita bergelar isteri serta ibu kepada anak-anak kau yang setiap hari kerjanya minta emas, berlian dan permata kalau ada, sampai kepala paip pun nak emas. Kalau ada lah. Sebab diorang cuma nak kesetiaan, kejujuran dan pengorbanan dari kau orang sebagai suami.

Isteri tak bodoh, diorang tahu kemampuan kau sebagai suami. Diorang yakin yang satu hari nanti segala penat jerih, usaha dan pengorbanan kau akan membuahkan hasil. Ini tidak, ada duit sikit lupa diri, lupa anak bini. Manalah ekonomi nak naik, nak bertahan lama.

IKLAN

Suami Kalau Nak Hidup Bahagia, Senangkan Hati Isteri Bukan Buat Hal

Senangkan Hati Isteri Dulu Bukan Buat Hal

Ingat, bila kau menyenangkan hati isteri, segala urusan kau akan dipermudahkan. Macam tu jugak dengan orang tua terutamanya ibu. Jangan marah bila orang macam aku selalu sebelahkan isteri. Jangan sesekali kau lupa, isteri itu adalah wanita, wanita itu adalah ibu kepada anak-anak kau seperti mana ibu kepada diri kau sendiri.

Wajib ditaati hingga hujung nyawa. Wajib diangkat martabatnya. Jangan kau rasa kau suami dan lelaki, kau berkuasa atas segalanya. Allah dah susun segalanya untuk kita hingga setiap hembusan nafas yang kau, aku dan kita semua sebagai hambaNya ini peroleh.

Sumber: Mizan Dzai

Artikel berkaitan: Suami Panas Baran, Ini Tip Power Dikongsikan Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Suami Kahwin ‘Senyap-senyap,’ Untuk Isteri-Isteri Ini Nasihat Kena Hadam

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI