Harga sotong seekor RM50 di Sabah, sotongnya manis tapi harganya pahit. Sabah sangat dikenali kerana harga makanan lautnya cukup murah. Dikatakan harga lobster sangat murah seperti ditularkan di media sosial hingga ramai pelancong jadi tertarik mengunjungi negeri di bawah bayu ini.
Tapi satu perkongsian dari seorang pengguna fb atas nama Hussin Tj Abdullah menarik perhatian apabila dirinya berkongsi makanan laut di Sabah tidaklah semurah yang diviralkan selama ini.
Sotong Seekor RM50 Di Sabah
Ini kerana ketika makan di sebuah restoran di pusat bandar Kota Kinabalu, dirinya berkongsi harga seekor sotong manis (tidak pasti besar mana) yang dipanggil sebagai sotong manis berharga RM50 seekor. Memang ianya sotong manis tapi harganya sangat pahit.
Menyertakan resit bayaran sebagai bukti bahawa harga seekor sotong manis itu bernilai RM50 seorang dan jumlah keseluruhan dirinya makan tengahari bernilai RM75, dirinya meminta orang ramai berhati-hati apabila ke sini.
Ads
“Hati-hati kamu kalau makan sini pandai ‘tembak’ harga, bukan saya seorang saja yang kena begini, yang lain pun kena macam saya.
“Kepada yang belum pernah datang sini, kalau boleh janganlah datang. Kosong poket kamu nanti,” tulisnya di Facebook.
“Saya membesar menonton drama abang-abang dan kakak-kakak semua….”.
Sebak dengar perkongsian Zamarul Hisham yang akui membesar dengan menonton lakonan artis-artis veteran yang mana ada sebahagiannya tidak direzekikan memiliki kemewahan di usia tua.
Melancarkan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis, dirinya bersama jiran setaman seperti Syatilla Melvin dan Sam serta Zizan Razak berkongsi rezeki dengan para artis lama berbagi rezeki. Artis veteran ini turut menerima rezeki dari pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, Milla Jirin yang juga pemilik Bizmillah Catering serta lain lagi.
Program Selebriti Dengan Mufti dibuat dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Terkejut dengan berita anaknya mengalami kemalangan jalan raya, ibu kepada pempengaruh dan ahli perniagaan Siti Jamumall hampir pengsan.
Ibu mana yang tidak terkejut dan sedih melihat anaknya terbaring atas jalan raya apatah lagi kemalangan itu hampir meragut nyawa.
Ditambah apabila Siti Jamumall, 24, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin ketika itu dibiarkan terbaring selama dua jam selepas mendakwa sebuah pusat perubatan swasta tidak mahu menerima kesnya.
Siti Jamumall yang juga ibu tunggal kepada dua cahaya mata berkata, dia berterima kasih kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sudi menghantarkan bantuan.
“Allah masih sayangkan saya. Sejujurnya, saya kesal apa yang berlaku. Tidak sepatutnya pihak berkenaan membiarkan pesakit yang dalam keadaan kecemasan. Saya pun tidak tahu kategori sakit macam mana yang mereka boleh terima.
“Apa pun, terima kasih kepada ambulans KKM yang sudi membantu dan bawa saya ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya.
Menurutnya, dia dipindahkan ke sebuah pusat perubatan lain bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Syukur perkhidmatan di sini sangat laju. Selepas jumpa doktor dan buat ujian imbasan X-Ray, saya dimaklumkan patah jari dan luka-luka biasa.
“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan, menghantar mesej dan datang melawat,” katanya.
Terdahulu, Siti Jamumall dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya selepas motosikal dinaiki hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di Setia Alam, Selangor, pada Ahad.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pengantin baru nikah sehari meninggal dalam kemalangan, perjalanan hantar baju kahwin berakhir tragedi. Ujian buat pasangan pengantin baru apabila mereka terlibat dalam kemalangan maut.
Apa yang menyayat hati, pasangan pengantin baru ini, Norsyam Nassullah Rahim, 23 dan Aini Hayati Mohd Radzi, 22 baru sehari bernikah tanggal 16 September lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, pengantin lelaki, Norsyam meninggal dunia di tempat kejadian melibatkan tiga kenderaan di Batu 3, Jalan Bernam dari arah Kuala Selangor menghala Tanjong Karang.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Ahad, mangsa, Norsyam Nassullah Rahim, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala isterinya, Aini Hayati Mohd Radzi, 22, mengalami kecederaan di dagu dan patah kaki kiri.
Abang sulung Aini Hayati, Muhammad Aiman, 25, berkata, pasangan suami isteri itu bernikah dan melangsungkan persandingan di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar.
“Saya seakan tidak percaya kejadian ini menimpa mereka, lebih-lebih lagi baru sehari mereka disatukan sebagai suami isteri,” katanya ketika ditemui di rumah kediaman keluarga di Kampung Tersusun, Bagan Sungai Burong pada Isnin.
Mengulas lanjut, Muhammad Aiman memberitahu, Aini Hayati dan Allahyarham suaminya itu sudah membuat persiapan perkahwinan mereka sejak Khamis lalu.
Katanya, adik perempuannya itu kelihatan berseri-seri dan ceria sebelum majlis pernikahan tersebut.
“Saya tidak nampak pula ada apa-apa perubahan kepada mereka, malah mereka membuat persiapan rapi supaya majlis berjalan lancar,” jelasnya.
Muhammad Aiman memberitahu, sebelum kejadian itu, Aini Hayati dan Allahyarham suaminya sempat bersalaman dengan ahli keluarga sebelum bergerak ke Kuala Lumpur kira-kira jam 1 petang.
Katanya, pasangan itu dipercayai ke Kuala Lumpur bagi urusan pemulangan baju pengantin yang dipakai semasa majlis akad nikah dan perkahwinan mereka pada Sabtu.
“Saya difahamkan, mereka yang dalam perjalanan pulang ke rumah keluarga mengambil busana pengantin di tempat sama untuk majlis persandingan sebelah lelaki pada 31 Disember ini,” katanya.
Muhammad Aiman memberitahu, kejadian diketahui apabila menerima panggilan daripada rakan Aini Hayati kira-kira jam 10.35 malam semasa dia dan isteri serta seorang anak berusia dua tahun dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kajang.
“Semasa menerima panggilan itu, saya ingatkan mereka hanya alami kemalangan biasa, tetapi apabila gambar kereta terbalik tersebar di media sosial saya mula berasa tidak sedap hati.
“Saya yang ketika itu berada di Sungai Buloh kemudiannya berpatah balik dan sepanjang perjalanan kami sekeluarga tidak putus berdoa agar semuanya dipermudahkan,” ujarnya.
Katanya, anak ketiga daripada lima beradik itu menetap di Petaling Jaya dan mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pembantu farmasi sebuah hospital swasta selepas berkahwin.
“Adik sepatunya ikut suaminya menetap di Bukit Mertajam, Pulang Pinang hari ini (Isnin), namun mereka pula terlibat dalam kemalangan,” tambahnya.
Katanya, Aini Hayati kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sungai Buloh.
“Arwah adik ipar saya pula dikebumikan di kampung halaman keluarganya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.05 malam.
“Setibanya di lokasi, kemalangan itu melibatkan tiga kereta iaitu Perodua Bezza, Honda City dan Nissan Almera.
“Selain itu, seorang lelaki iaitu orang awam yang membantu mangsa kemalangan turut cedera parah,” tambah beliau.
Tular video siang ikan. Pengacara Wanita Hari Ini (WHI), Sugeeta Chandran menjelaskan dirinya tidak tertekan apabila mendapat kecaman di media sosial mengenai video menyiang ikan ketika bersiaran langsung.
Menurut Sugeeta dirinya merupakan seorang vegetarian.
“Saya vegetarian, tak makan ikan, tak masak ikan dan pernah siang ikan pun sekali saja, itu pun manja-manja.
“Kalau pernah menonton rancangan WHI, akan ada segmen untuk pengacara dan kita (pengacara) pun tak tahu apa cabaran akan diberikan.
“Pada hari berkenaan, ada menu berasaskan ikan dan cabarannya menuntut saya dan Syira menyiang ikan.
“Saya pula duduk di rumah seorang saja dan kalau di rumah keluarga, emak beli ikan pun yang sudah siap siang maka menyiang bukan perkara yang saya biasa lakukan.
“Tapi sebagai pengacara kita lakukan saja cabaran diberi dan tak sangka pula (video) akan tular kerana biasalah, bila siaran langsung ada yang menjadi, kadang tak reti buat,” ungkapnya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Malah wanita berketurunan India ini juga menerangkan dirinya dan Syira yang juga rakan pengacara, tidak mudah melatah dengan respons netizen.
“Saya tiada TikTok dan Twitter (merujuk aplikasi X), hanya IG (Instagram) saja dan tahu video itu tular pun selepas diberitahu rakan.
“Saya ada baca beberapa komen cuma yang kurang menyenangkan apabila ada mengaitkan wanita dengan menyiang ikan sedangkan ia bukan penentu wanita itu hebat atau tidak kerana ada dalam kalangan mereka dibantu ayah atau suami.
“Jadi bagi saya, jangan stereotaip kerana kalau tak tahu, boleh belajar dan jika ada kelemahan jangan burukkan mereka (wanita),” sambungnya.