Ekin Mawi terkejut harga makanan dicaj RM1260, makcik kedai makan tampil beri penjelasan menu untuk 20 orang.  Sejak semalam, tular di media sosial apabila luahan dan pertanyaan dari Ekin Rahmat mengenai harga makanan cekik darah di sebuah medan selera Johor Bharu mencecah hingga RM1260 dan dianggap terlalu mahal baginya.

Jelas Ekin atau nama penuhnya Nora’ Asikin Rahmat, sebagai anak jati Johor Bahru, dia biasa makan di lokasi berkenaan namun kedai berbeza.

Ekin Mawi Terkejut Harga Makanan Dicaj RM1260

“Saya orang JB, jadi selalu balik JB dan akan cari makanan yang kami teringin nak makan. Kami selalu makan di kedai JDT di sebelah, tetapi pada hari kejadian ikan di kedai tersebut sudah habis,” jelasnya.

Tambah Ekin, bukan semua kedai di medan selera terbabit mengenakan caj yang mahal dan ini merupakan pengalaman pertama kali dia serta keluarga menjamu selera di kedai tersebut.

Ekin Mawi Terkejut Harga Makanan Dicaj  RM1260, Makcik Kedai Makan Tampil Beri Perjelasan Menu  Untuk 20 Orang

Dalam hantaran di akaun Instagramnya Ekin turut berkongsi gambar resit dan jumlah caj yang dikenakan.

IKLAN

“Paling best resit dia baca 100 kali pun tak faham macam tulisan doktor ya,” tulisnya yang turut menandakan akaun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Tambahnya lagi, saya tiada niat nak post video kedai makan ni untuk menjatuhkan perniagaan orang. Cuma nak minta pendapat korang pernah ke makan dekat sini dengan harga sebegitu

Tapi rata-rata semua yang komen dah terkena. Jadi apa perlu kita buat untuk memperbetulkan keadaan. Supaya peniaga-peniaga ni semua jujur dan tulus agar orang lain tak terkena benda sama, “ tulisnya.

Makcik Kedai Makan Tampil Beri Perjelasan Menu Untuk 20 Orang

Dalam pada itu, makcik Wati yang merupakan tokey kedai makan tersebut tampil dengan rakaman video memaklumkan kenapa menu dicaj pada harga RM1260.

IKLAN

“Ia untuk makan 20 orang, ikan yang dipesan juga bukan dua ekor tetapi ada banyak lagi termasuk udang, sotong dan lain lagi,” katanya yang menyenaraikan setiap satu harga bagi menu dipesan pasangan ini untuk mengelak salah faham.

Masa yang sama, anaknya yang memuat naik hantaran ini di fbnya memaklumkan, jika Ekin dan Mawi ada pertanyaan lanjut mengenai harga yang dicaj boleh menemui mereka semula di kedai.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Kos Orang Gaji Cecah RM30,000, Duta Besar Indonesia Ingatkan “Kalau Mahal Jangan Ambil, Guna Negara Lain”

IKLAN

8 tahun Jadi Artis Sendu, Hati Tak Tenang & Jiwa Kosong, Hidayah Allah Sangat Mahal 

Tak Guna Kos Mahal Pun Nak Hilangkan Penat, Amalkan Zikir Fatimah Dah Lebih Dari Cukup!

“Jangan Jual Mahal, Orang Tak Beli”, Pesan Mak Jangan Lokek, Nanti Murah Rezeki Berniaga

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Terima Kasih Terima Saya Seadanya…”
Walaupun berlainan bangsa dan agama, layanan mak mentua tak pernah berubah. Dia tidak kekok untuk masak dan jaga cucu-cucunya. Cuma, masalah utama kami adalah bahasa. Tapi lama-kelamaan masing-masing boleh terima dan faham. Terima kasih mak..

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI