Ruhil Amani rupanya sudah 4 tahun bergelar ibu tunggal. Agak mengejutkan apabila penyanyi senior Ruhil Amani Hussein mengumumkan dirinya sudah bergelar ibu Tunggal sejak 4 tahun lalu.

Ibu kepada dua orang anak itu mengesahkan dirinya sudah berpisah dengan suami sejak Mei, 2019.

Ruhil Amani Rupanya Sudah 4 Tahun Bergelar Ibu Tunggal

Untuk rekod Ruhil berkahwin dengan Jamil Wilson yang merupakan seorang pemuzik pada 2003 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ruhil Ariana Wilson, 19 dan Raayan Alexander Wildon, 12 tahun.

“Bismillahirrahmanirrahim,

“Assalamualaikum buat kawan semua. Di sini saya ingin memaklumkan dan mengesahkan yang saya dan juga bekas suami saya sudah bercerai pada tanggal Mei, 2019.

“Sebelum ini saya mengambil keputusan untuk tidak memaklumkan pada kawan semua kerana sebagai seorang ibu, tanggungjawab dan keutamaan saya adalah untuk melindungi anak saya Ariana yang pada ketika itu berusia 15 tahun dan akan menduduki peperiksaan penting IGCSE dan anak saya Raayan yang baru sahaja berusia lebih kurang 8 tahun. Tumpuan saya adalah untuk memastikan mereka berdua dapat menyesuaikan diri dengan situasi kehidupan yang baru kerana perceraian buat sesiapa saja, tidak akan pernah adil buat anak-anak.

Elak Sebarang Tanda Tanya & Salah Faham

IKLAN

“Memandangkan semakin ramai yang bertanya tentang situasi rumahtangga saya, dan setelah berbincang dengan anak-anak kerana situasi ini melibatkan kehidupan mereka juga, tujuan saya  memberi kenyataan pada hari ini kerana untuk mengelakkan sebarang tanda tanya dan salah faham yang boleh menimbulkan fitnah.

“Saya sentiasa sedar sebagai anak seni, dari dahulu sehingga sekarang, tidak mungkin saya akan dapat berdiri sendiri tanpa sokongan pelbagai pihak yang percaya pada saya, prihatin dan sentiasa mendoakan saya selama ini. Sejujurnya, dari awal penglibatan saya sebagai anak seni sehingga sekarang, saya lebih selesa memilih untuk berkongsi perjalanan hidup saya sebagai anak seni daripada berkongsi cerita tentang kehidupan peribadi saya.

“Punca penceraian tidak perlu saya nyatakan disini. Kalau boleh cukuplah sekadar famili, teman rapat dan mereka yang tahu, tahu puncanya. Perkara ini sudah lama berlalu. Sudah takdir, setakat itu saja jodoh kami.

“Saya dan anak-anak redha dengan percaturan Allah SWT. Dan alhamdulillah, berkat doa dan sokongan famili dan teman rapat, saya dan anak-anak dapat menyesuaikan diri, meneruskan kehidupan dan bahagia dengan fasa kehidupan kami yang baru. Saya juga sangat bersyukur kerana dianugerahkan oleh Allah SWT anak-anak yang baik, kuat dan matang dari usia mereka.

“Di sini juga saya ingin mengucapkan rasa terharu, terima kasih dan penghargaan pada teman media yang saya hormati kerana memberi ruang buat saya dan anak-anak, memahami perasaan dan tujuan saya untuk melindungi Ariana dan Raayan dan tidak menulis atau memaklumkan di ruang media masing-masing, walaupun sudah bertahun-tahun sebenarnya mereka maklum tentang perceraian saya.

IKLAN

“Saya juga ingin mengucapkan rasa terima kasih buat kawan semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan saya dan anak-anak selama ini. Kami hargai sangat. Kiriman doa kawan semua sentiasa memberi kekuatan buat kami sekeluarga.

“Buat teman media dan kawan semua, kami doakan semoga kalian semua sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah SWT. Budi dan kebaikan kalian semua tak akan kami lupakan dan hanya Allah jua yang dapat membalasnya.

“Anak-anak adalah anugerah yang paling indah dan tak ternilai buat saya. Semenjak bergelar seorang ibu, saya sentiasa berdoa yang saya dapat memberikan yang terbaik buat Ariana dan Raayan. Segala keputusan yang saya ambil semenjak mereka dilahirkan, saya mencuba sedaya upaya saya dan sebaik yang mungkin untuk mengutamakan kepentingan mereka, memayungi mereka dan untuk tidak mengecewakan mereka. Harapan saya dan saya sangat hargai jika makluman ini tidak dipanjangkan lagi,” luah Ruhil.

Ruhil Amani Rupanya Sudah 4 Tahun Bergelar Ibu Tunggal “Sedaya Upaya Memayungi, Tidak Kecewakan Anak-Anak”

IKLAN

Mingguan Wanita: Allahu rupanya lama dah Ruhil bergelar ibu tunggal ya. Semoga Ruhil terus tabah hadapi hari mendatang bersama anak-anak. 

Mesti Baca: 11 Tahun Usia Perkahwinan, Diana Danielle & Farid Kamil Sah Bercerai Talak Satu
Baca Lagi Di Sini: “Tiada Siapa Yang Nak Berkahwin Untuk Bercerai,” Noor Nabila Sahkan Bakal Berpisah
Artikel Menarik: Ustaz Ceraikan Bini Kerana Terpikat Isteri Orang, Beri Alasan Orang Rumah Garang & Tak Manja

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber Kredit :  Facebook Ruhil Amani

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI