Jika sudah tertulis ketentuan jodoh dengan cikgu sendiri, tiada siapa yang mampu menidakkannya.Malah cinta memang tidak mengenal usia dan buktinya Akmal Yusof, 22 memilih bekas gurunya sendiri, Suzana Isa yang berusia 47 tahun sebagai pasangan hidup.
Akmal yang menetap di Taman Medan Indah di sini berkata, dia dan Suzana selamat diijabkabulkan pada akhir November lalu di Pejabat Agama Kota Tinggi.
Isteri Guru Kegemaran
Berkongsi kisah perkenalan mereka, Akmal yang juga seorang pengurus dan pengasas sebuah kafe berkata, Suzana mengajar mata pelajaran Sains Sukan ketika dia di Tingkatan Lima dam ketika itu hubungan mereka tidak lebih daripada seorang guru dan pelajar.
“Isteri adalah guru kegemaran saya ketika di sekolah dan dia disayangi pelajar kerana sikapnya yang mesra. Itu membuatkan saya sukakannya tetapi tidak sampai ke tahap ada perasaan cinta.
“Tamat persekolahan, saya terputus hubungan dengan beliau selama beberapa bulan tetapi berhubung semula selepas itu atas dasar kerja urusan perniagaan yang dijalankan bersama,” katanya ketika dihubungi.
Gambar kenangan Akmal bersama isterinya, Suzana ketika di sekolah Foto Ihsan Akmal Yusof
Mulakan Langkah Pertama
Lama kelamaan kata Akmal, timbul rasa cinta antara mereka berdua sehingga menjalin hubungan lebih serius.
“Februari tahun lalu, saya mulakan langkah pertama dengan menghadiahkan cincin ketika ulang tahun kelahirannya.
“Saya beranikan diri luahkan perasaan dan tak sangka, dia terima jadi kami sepakat menghalalkan hubungan dengan berumah tangga.
“Alhamdulillah, keluarga kedua-dua pihak menyambut baik hasrat kami untuk berkahwin walaupun jurang umur yang jauh antara kami,” katanya.
Sikap Penyayang & Ambil Berat
Bercerita lanjut, Akmal berkata dia tertarik dengan Suzana kerana isterinya itu seorang yang penyayang dan mengambil berat tentang dirinya.
Ads
“Sebelum berkahwin hingga kini, isteri tetap sama iaitu sentiasa ambil berat mengenai saya. Itu yang menguatkan lagi cinta dan keserasian antara kami.
“Saya bersyukur dijodohkan dengan wanita sepertinya malah tidak anggap umur sebagai penghalang sebaliknya percaya ajal maut dan jodoh pertemuan sudah diatur sebaiknya oleh Allah SWT,” katanya.
Sementara itu, Suzana mengakui keluarga pada mulanya agak ragu ketika dia menyuarakan hasrat berkahwin dengan Akmal yang juga bekas anak muridnya.
Jarak usia 25 tahun tidak menghalang Akmal dan Suzana mendirikan perkahwinan. Foto Ihsan Akmal Yusof
Ketentuan Takdir
Bagaimanapun Suzana berkata, dia cuba yakinkan keluarga yang akhirnya menerima pilihannya malah menganggapnya sebagai takdir.
“Mulanya rasa janggal juga kerana saya lebih berusia daripadanya (suami) jadi tahap kematangan kami tentunya berbeza.
“Namun saya cuba tetapkan dalam minda setiap hari yang dia (Akmal) adalah suami dan saya pula isteri jadi perlu belajar mengawal ego.
Ads
“Jika ada masalah, kami akan cuba berbincang dan saya terpikat dengan suami kerana dia pandai mengambil hati, bijak memujuk jika saya merajuk serta suka beralah,” katanya yang masih bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di sini.
Mingguan Wanita : Jika sudah tertulis ketentuan jodoh dengan cikgu sendiri, jarak usia bukanlah satu halangan. Tahniah buat pasangan ini, selamat berbahagia dan semoga perkahwinan dibina berkekalan hingga ke syurga.
Kejadian yang Mingguan Wanita paparkan ini berlaku pada hari para pelajar darjah 6 menghadapi kertas peperiksaan Sains, UPSR. Yang mana, pelajar bernama Ameruddin ini tidak sedarkan diri sebaik saja selesai menjawab kertas peperiksaan tersebut.
Diana Azmar berkongsi kisah duka ini di laman facebooknya semalam. Anak murid jirannya itu disahkan alami sakit bengkak otak. Sungguh dalam kepayahan anak ini meneruskan jua ujian UPSR.
Kehidupan anak ini juga begitu menyayat hati apabila ibunya cuma seorang ibu tunggal membesarkan lima orang anak sendirian. Pembaca yang budiman, bacalah kisah Ameruddin dan bantulah keluarganya.
Di akhir perkongsian ini, disertakan nombor akaun untuk tujuan sumbangan ikhlas daripada pembaca Mingguan Wanita yang prihatin.
Catatan Semalam, Jumaat 28 September 2018
BISMILLAH…
“Saya nak share kisah semalam yang dikongsi oleh seorang guru yang tinggal di kejiranan saya.”
“Murid di dalam gambar ni adalah adik Mohd Ameruddin Bin Harli Azman, anak murid beliau, pelajar tahun 6 di SK Taman Bukit Subang.”
“Semalam, 27 September 2018 hari terakhir peperiksaan UPSR. Di saat anak-anak kita termasuk kita sendiri menarik nafas lega dan meraikan ‘kemerdekaan kecil’ anak-anak kita, adik Ameruddin sebaliknya sengsara menanggung sakit bengkak otak akibat jangkitan kuman yang dialaminya. Dia terus tak sedarkan diri sebaik tamat paper Sains semalam.”
Selepas kejadian adik Ameruddin pengsan, dia segera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Sekarang adik Ameruddin berada di HUKM untuk rawatan. Dia hanya tinggal bersama ibu dan 5 adik-beradiknya sejak kedua ibubapa mereka berpisah.”
Screenshot wasap dari guru tersebut sangat menyentuh hati.
Bantulah Adik Ameruddin Dan Keluarganya
“Mohon sesiapa yang sudi nak bagi sumbangan kepada keluarga ni, saya sertakan nombor akaun ibu kepada adik Ameruddin. Sesiapa yang nak hubungi sendiri keluarga beliau boleh pm saya untuk saya berikan contact number.”
Diizinkan share dan war-warkan kepada yang lain. Harap usaha kecil kita dapat membantu meringankan beban mereka. Budi baik kalian diucapkan ribuan terima kasih.
BSN 10100-29-00061635-2 Rosliza Abd Kadir
Ibu kepada adik Ameruddin Harli Azman
ATAU
BANK RAKYAT 11-038-100229-2
(Persatuan Ibubapa Dan Guru SK Taman Bukit Subang)
*Sila remarks sumbangan kepada adik Ameruddin
Memang satu saranan dan cadangan yang baik daripada Kementerian Pengangkutan apabila bakal mewajibkan pemasangan (baby car seat) atau kerusi keselamatan bayi dalam setiap kereta. Ini kerana bab keselamatan bayi dan anak-anak seharusnya dititik beratkan dan tidak ambil sambil lewa.
Banyak kes yang berlaku, anak-anak mahupun bayi tercampak dari kereta, terhentak serta mengalami kecederaan yang teruk akibat tidak menggunakan kerusi keselamatan yang seharusnya dipakai ketika dalam perjalanan.
Diwajibkan Tahun 2020
Terbaru, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menerusi laporan Bernama berkata kerajaan akan mewajibkan peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi dalam setiap kereta persendirian pada tahun 2020.
Beliau berkata sebelum ia dilaksanakan secara mandatori, pihaknya akan menjalankan beberapa program kesedaran tentang kepentingan kerusi keselamatan bayi kepada orang ramai sepanjang tahun 2019.
“Sepatutnya, perancangan untuk mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan bayi adalah pada tahun ini tetapi selepas perbincangan dengan Miros (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia), kami dapati industri ini belum bersedia (dari segi ) tidak cukup bekalan, tidak cukup stok dan kami juga mahu memastikan kos (kerusi bayi) lebih mampu (untuk pembeli),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) ke-59, di sini, baru-baru ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook
Cadang Tidak Kenakan SST
Katanya pihaknya telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan (MOF) agar tidak mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap pembelian kerusi keselamatan bayi supaya harganya lebih murah.
“Diharapkan MOF menerima cadangan kami dan sekiranya terdapat sebarang pengumuman positif, kami berharap ia akan diumumkan Jumaat ini,” kata Loke.
Sementara itu, MAT MKJR ke-59 merupakan platform bagi anggota jawatankuasa untuk mengetahui dan menilai pengurusan keselamatan jalan raya pada setiap tahun serta membentangkan cadangan meningkatkan keselamatan jalan raya melalui forum dan sidang pleno.
Antara anggota MKJR yang terlibat ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Mingguan Wanita bersetuju sangat dengan cadangan yang diwajibkan ini. Bukan apa banyak kes kematian bayi dan kanak-kanak berlaku akibat kemalangan sebab sikap sambil lewa mak ayah yang tidak mementingkan penggunaan kerusi keselamatan ini. Sedangkan risiko kecederaan parah dan kematian ini boleh dielakkan mahupun dikurangkan.Jadi buat mak ayah dah bolehlah siap sedia beli, pasang dan gunakan kerusi keselamatan bayi untuk anak-anak ini dari sekarang.
Sabda Kekasih, sebuah filem romantik Islamik baru saja ditayangkan 24 Jun lalu. Setelah sekian lama, pelakon Wawa Zainal dan suami, Aeril Zafril tidak bergandingan dalam lakonan. Kali ini, pasangan suami isteri ini bersatu dalam filem yang kini trending.
Menerusi instagramnya, Wawa memaklumkan sudah 5 tahun tak berlakon malah dia kekok bila digandingkan dengan pelakon-pelakon hebat. Ternyata pilihannya untuk kembali berlakon adalah tepat.
Bila masa, ‘Sabda Kekasih’ berjaya menjentik hati para penontonnya. Malah, penonton cilik seusia 10 tahun juga merasai ‘feel’ kesedihan cerita itu.
Non Stop Menangis Tengok Sabda Kekasih
Kongsinya, “Weh sumpah tak dera budak ni. Non stop nangis tengok sabda kekasih. Budak 10 tahun memang dah ada feel macam ni ke?”
Daripada perkongsian video itu, anak kecil itu berasa sedih bila mana babak yang mencuit emosinya membuatkan anak kecil itu tergambarkan kesedihan ‘seandainya ibunya pergi dulu.’
Malah, tangisannya tak berhenti dan berpanjangan biarpun sudah menikmati durian yang enak itu. Tentunya gelagat ini mencuit hati Wawa dan followernya.
Wawa dan Aeril bahagia di kelilingi anak-anak.
Lima Tahun Tak Berlakon
Sebelumnya, Wawa berkongsi, “5 years tak berlakon. Kekok sangat digandingkan dengan pelakon hebat @aeril_zafrel @fauziahnawi @sabriyunus Alhamdulillah, semua sangat membantu Wawa dapatkan tune balik. Almaklumlah dah ‘shy shy cat’ nampak camera.
Lepas tu pelakon baru @sharifahhusnaofficial yang sangat talented. I can feel Husna boleh pergi jauh dalam industri dengan wajah yang cantik dan lakonan pun menjadi.
I just cant wait untuk uall layan #sabdakekasih ni . Promise tak rugi sejam 20 minit uall .. yang penting sediakan tisu kat sebelah ok.
#sabdakekasih akan ditayangkan 24 JUN ini di @astrofirst.official
Di hari pertunangan, Kasih Murni (Wawa Zainal) telah ditinggalkan oleh bakal suaminya, Sabda Bukhary (Aeril Zafrel).
Sabda merupakan seorang pemuzik jalanan yang berpura-pura cacat penglihatan.
Namun, selepas mengenali Alya Sufiah (Sharifah Husna), gadis yang baru pulang dari pengajian di Mesir, Sabda mula berubah menjadi lelaki yang lebih baik, dengan bimbingan daripada bapanya.
Di luar pengetahuan Sabda, Alya yang bakal dikahwininya itu rupanya adalah sepupu kepada Kasih.
Tarif elektrik dah naik, mak-mak jangan seterika baju & buka aircon waktu pantang ini. Menangis bil melambung.kena tahu bila tarif elektrik naik mulai 1...