Genap setahun Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali Abam Bocey meninggalkan para peminatnya di dunia yang fana ini. Dalam mengenang kembali kisah persahabatan kumpulan Bocey yang terjalin antara suaminya, Achey, Fad dan Allahyarham.
Isteri Achey, Nor Hasanah Yahaya yang lebih mesra dengan panggilan Anne akui dirinya adakalanya berasa cemburu dengan keakraban tiga sahabat pelawak terkenal ini.
Keakraban yang terjalin antara ketiga-tiga sahabat ini bukan sekadar sayang pada sesama mereka sahaja, namun sayang dengan seluruh yang berkaitan dengan mereka.
Baik Fad mahupun Achey sudah membuktikan betapa mereka cukup menyayangi Allahyarham sehingga ke akhir nafasnya dan sampai bila-bila.
Perkongsian Anne menyebut,
Al-fatihah bam..
Jarang aku mengarang cerita. Nak di cerita perjalanan Bocey… aku salah seorang saksi kepayahan, cabaran, liku-liku perjuangan serta persahabatan mereka.
Ingat lagi awal kemunculan diorang berangan-angan nak berada di hati peminat.. syukurnya Fad dan Abam dapat terima Achey walaupun statusnya sudah berkahwin… yela keselesaan diorang masa tu mungkin berkawan dengan yang bujang… aku silap bila sillaturrahim Allah wujudkan dalam hati diorang sangat kuat.
Diorang berdua layan aku macam adik beradik diorang.
Maharaja lawak mega pertama minggu yang pertama.. aku ingat lagi… menggigilnya diorang nak berada di pentas besar… masa tu aku ngan @aliputeh_official @angah_rosdi je penyokong diorang.
Aku ngan Ali redahhh je untuk menjadi penyokong diorang walaupun kerusi penyokong Bocey banyak yang kosong!.. kami tak peduli pun .. aku ngan Ali akan menjerit tak tentu hala untuk semangat mereka.
Tapi aku silap… setiap lemparan komedi mereka pada malam itu menjadi air mata gembira buat aku. Sebab setiap punch line diorang bergemuruhhhh satu MBSA !! Semua orang suka Bocey sehingga lah penuhhh sekarang orang nak menyaksikan mereka.
Dari situ aku mula nampak yang mereka meletakkan sillaturrahim yang hebat antara mereka untuk bersama di mana sahaja. Dengan membawa semangat mencari rezeki di paras yang tertinggi mereka mahukan.
Aku kadang-kadang sebagai isteri achey CEMBURU tengok rapatnyaa diorang ni… tapi aku tau mereka ni bukan sayang antara mereka. Tapi mereka sayang seluruhnya yang berkaitan dengan mereka.
Perkongsian Anne ini kemudiannya mendapat respons daripada suaminya yang memaklumkan dapat merasai apa yang sedang dirasai oleh isterinya itu. “I fell u mama!!” Tulis Achey.
Sewaktu hayat Allahyarham bukan sekadar menghiburkan para peminatnya, malah banyak membuat kerja-kerja amal dan kebajikan sehingga namanya meniti di bibir para ustaz-ustaz yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham.
MW : Al Fatihah.. semoga Allah mengampunkan dosa Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Dikurniakan peluang hamil pada usia 42 dianggap sebagai rezeki tak terduga oleh bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim.
Berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang kini berbadan dua, Azrinaz berasa sangat bersyukur diberi kesempatan miliki seorang lagi zuriat.
Tambah Azrinaz, dia sama sekali tidak menyangka akan dikurniakan seorang lagi cahaya mata selepas melahirkan anak ketiga, Areesya Malaykha pada 15 September 2019.
Menerusi perkahwinan kedua bersama Fairos, Azrinaz dan suami dikurniakan Areesya yang kini berusia 17 bulan.
Azrinaz dan Fairos Khan Abdul Hamid mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2018.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Azrinaz mengakui kandungannya kini sudah memasuki usia 7 bulan atau 30 minggu dan dia bersyukur.
“Ini bukan throwback, Apa yang ada lihat sedang berlaku sekarang. Merah jambu atau biru, apa yang harus dipuja, ini adalah anak keempat saya.
“Alhamdulillah syukur. ALLAH merahmati saya dan suami dengan memberi kesempatan untuk memiliki seorang lagi zuriat pada usia begini,” tulisnya menerusi Instagram miliknya.
Untuk rekod, sebelum ini, Azrinaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan dikurniakan dua cahaya mata, Pengirah Muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah 13 tahun.
Trend hamil pada lewat usia kian menunjukkan angka peningkatan setiap tahun di negara-negara maju terutamanya di negara-negara di Eropah Barat, Australia, New Zealand, Kanada dan di Amerika Syarikat. Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan sebanyak 165% dari tahun 2000 hingga tahun 2013 bagi kelahiran dari para ibu yang berusia 50 hingga 54 tahun! Malaysia juga tidak ketinggalan walaupun jumlah wanita hamil pada lewat usia adalah sangat kurang berbanding negara-negara tersebut.
Ikuti tip hamil lewat usia bersama Dr. Maiza Tusimin, Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi, UPM, juga merupakan Pakar Kesuburan.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim
Ibu tunggal yang kuat bekerja juga penyampai radio terkenal Suria FM, DJ Lin mendedahkan berat badannya kini menyusut sehingga empat kg semenjak di masukkan ke hospital akibat alahan seminggu lalu.
Dek kerana alahan serius yang dialaminya lebih dua minggu lalu itu menyebabkan dia hilang selera makan dan sukar bernafas.
Wanita yang terkenal dengan segmen Suria Cinta di Suria FM itu, juga memberitahu menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, dia mengalami alahan serius sejak lebih dua minggu lalu sehingga menyebabkan dia hilang selera makan dan sukar bernafas.
“Sudah tujuh hari saya duduk di wad KPJ Damansara. Berat badan sudah 4kg turun.
“Terus doakan saya semoga kuat, segera diberi kesembuhan dan pulih sepenuhnya,” tulisnya.
Malah menerusi entri terdahulu, wanita yang terkenal dengan sikapnya yang suka bekerja ini memaklumkan alahan tersebut juga menyebabkan saluran pernafasannya menjadi sempit sehingga sukar untuk bernafas.
“Keadaan jadi teruk sebab makin banyak alahan yang keluar satu badan hingga saluran pernafasan mula sempit dan sukar bernafas.
“Doktor terpaksa gunakan alat bantuan pernafasan (oksigen),” kongsinya.
Dek kerana kesihatannya terganggu, DJ Lin turut merakamkan ucapan terima kasih buat rakan-rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan kesihatannya dan mengakui rindu untuk kembali ke udara.
“Rindu sangat dah ni nak ke udara untuk Suria Cinta di Suria FM,” ujarnya yang masih dipantau oleh doktor.
Menerusi komen pengikutnya, salah seorang peminat DJ Lin menerusi akaun ashaarimzj menerangkan dia berasa rindu mendengar suara wanita itu di corong radio.
“Rindu nak dengar DJ Lin bersiaran pada waktu malam. Saya mula dengar dan ikuti DJ Lin sejak tahun 2012. Masa tu tengah belajar. Bila malam buat asigment hari-hari saya akan dengar Suri Cinta. Kadangkala terhibur dengar kisah-kisah orang bercinta, tapi itu bukan tujuan saya. Tujuan saya sebab ternanti-nanti lagu-lagu yang DJ Lin putarkan. Semua best dan majoriti lagu-lagu popular tahun 80 dan 90an. Memang terbaik,” ujarnya.