Selama tiga malam tidak putus doa orang ramai mahu melihat Siti Sarah Raisuddin kembali sedar. Takdir tuhan tetap menginginkan ibu anak empat ini kembali ke pangkuanNya. Melihatkan kasih sayang sebegitu untuk Allahyarham Siti Sarah menginsafkan banyak jiwa.
Sewaktu hayat Sarah, di sebalik aktifnya berniaga, terselit jiwa yang dekat dengan amal kebajikan. Menerusi insta story yang dikongsikan, Ustaz Ebit Lew, menulis akan pekerti baik yang pernah Sarah lakukan semasa hayatnya.
Banyak Kali Allahyarham Siti Sarah Nak Bayarkan Sewa Rumah Orang Miskin
Berkali-kali Sarah bertanyakan padanya untuk membayarkan rumah sewa orang miskin dan anak yatim yang pernah dibantu sebelum ini.
“Ya Allah sedihnya rasa. InsyaAllah @Shuibsepahtu @sitisarahraisuddin dan anak-anak semuanya akan bersama kembali dalam syurga Firdaus.
@sitisarahraisuddin banyak kali tanya pada saya ingin bayarkan sewa beberapa rumah orang miskin yang saya uruskan dan anak yatim yang saya bantu sekolahkan.. semoha Allah beri syurga Firdaus padanya.
Ads
Sabar ya @shuibsepahtu Allah sayang.. insyaAllah.”
Ads
Tepat jam 5.13 pagi tadi, Siti Sarah Raisuddin, 37 telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
Allahyarham Siti Sarah meninggalkan suaminya, Shuib Sepahtu dan empat orang anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, bayinya yang baru dilahirkan secara pembedahan.
Mingguan Wanita : Al-Fatihah.. Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, kurniakanlah kesejahteraan untuknya dan ampunkanlah dia. Salam takziah buat Shuib sekeluarga.
Allahuakbar. Seorang gadis penghantar makanan telah disamun, tangan kanan tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong.
Berat sungguh ujian gadis ini, bukan sahaja disamun, malahan turut kehilangan tangan kanan kerana kecederaan yang dialaminya teruk.
Tangan kanan seorang gadis berusia 17 tahun yang menjadi mangsa samun di Jalan Kuching menghala pusat bandar Khamis lalu terpaksa dipotong sehingga paras bahu kerana cedera parah dan mulai membiru.
Ketika kejadian, Siti Nur Azizah Syafriadi bersama teman lelakinya menaiki motosikal Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang telah dikejar oleh tiga orang lelaki menaiki dua motosikal kira-kira pukul 12.10 tengah malam.
Tiga lelaki terbabit menendang sebuah motosikal dinaiki pasangan itu sebelum menyamun mereka. Nur Azizah cedera di bahu kanan, manakala teman lelakinya cedera di muka dan badan dipercayai dipukul oleh suspek.
Menurut ahli keluarga Nur Azizah, doktor tidak dapat dapat menyelamatkan tangan kanannya yang sudah tidak boleh lagi berfungsi walaupun saluran darah utama sudah dijahit.
“Doktor buang tangan kanan dia (Nur Azizah) sampai paras bahu, masa masuk kecemasan doktor sudah jahit saluran darah utama.
“Tetapi pagi semalam (Jumaat) doktor tengok tangan dia dah membiru, sudah tidak boleh berfungsi jadi doktor telefon waris nak minta kebenaran potong tangan,” jelas abang saudara mangsa.
Nur Azizah yang kini masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) merupakan anak sulung kepada lima orang adik beradik.
Menurut abang saudara mangsa, selepas bapanya meninggal dunia, Nur Azizah yang tinggal di PPR Beringin Jinjang mengambil tanggungjawab membantu menambah pendapatan keluarga dengan menjual dan membuat perkhidmatan menghantar makanan.
“Dia anak sulung cari rezeki siang malam hantar makanan, tapi dia dianiaya sampai kudung tangannya, dia merupakan anak yatim dan dia disamun ketika sedang keluar cari rezeki,” katanya.
Tambahnya lagi, selaku abang saudara mangsa, dia sangat berharap agar tiga suspek berkenaan berjaya ditangkap dan mendapat hukuman setimpal dengan perbuatan mereka. “Kepada penyamun ingat ya… dia ada abang saudara yang masih hidup, mak saudara yang masih hidup, kami akan pastikan ketiga-tiga suspek mendapat hukuman setimpal dengan undang undang di Malaysia,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata, Polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan.
Beh meminta agar saksi kejadian atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206.
Mingguan Wanita : Semoga gadis ini mendapat pembelaan yang sewajarnya dan pesalah dapat ditangkap secepat mungkin serta mendapat balasan yang setimpal.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
12 ahli keluarga ibu ayah Yana Samsudin Positif Covid-19. Berita yang dikongsi oleh ibu kepada dua cahaya mata ini begitu sedih.
Seperti yang diluahkan menerusi entri di akaun Instagramnya, Yana menerangkan ibu dan ayahnya di Yong Peng, Johor juga dijangkiti. Walaupun berita tersebut memberi kegusaran di hati isteri kepada Fadzil Zahari ini namun dia kekal positif mengenangkan keluarga di kampung.
“Keputusan (ujian calitan) keluar hari ini. Semua ahli keluarga di Yong Peng, Johor positif Covid-19,” kongsi Yana di Instagram miliknya.
“Allah Maha Besar Maha Mengetahui segalanya. Mak, Abah dan semuanya, tolong kuat ya. Kami jauh,” tulisnya.
Malah Yana juga akui dia cuba untuk kekal positif menerima berita yang tersebut dan memohon orang ramai agar terus mendoakan kesejahteraannya buat keluarganya.
“Alhamdulillah, terima kasih yang mendoakan. Insya-ALLAH kami semua akan kekal positif. semoga mereka kuat kat sana. Begitu jugak dengan mak dan abah mertua. Semoga sihat-sihat juga,” luahnya.
Malah Yana juga akui dia cuba untuk kekal positif menerima berita yang tersebut dan memohon orang ramai agar terus mendoakan kesejahteraannya buat keluarganya.
“Alhamdulillah, terima kasih yang mendoakan. Insya-ALLAH kami semua akan kekal positif. semoga mereka kuat kat sana. Begitu jugak dengan mak dan abah mertua. Semoga sihat-sihat juga,” luahnya.
Yana pada masa yang sama juga menitipkan pesan agar masing-masing saling bertanya khabar mereka yang berada di sekeliling dalam keadaan pandemik yang tidak dijangka ini.
“Keadaan berjauhan dengan orang tua, kita faham sangat macam mana rasanya. Ibu bapa kita, bapa mertua, mak mertua atau pakcik makcik ada yang tinggal berdua sahaja atau berseorangan kat rumah.
“Jiran jiran rajinlah tanya khabar. Tolong-tolong tengok kan. Anda sendiri kena aktif update keadaan diri sendiri. Sejam sekali atau dua jam sekali kat group komuniti.
“Semoga kalian yang sedang menerima dugaan ini juga diberikan kekuatan dan di mudahkan segala urusan dunia akhirat,” pesan Yana ibu kepada Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.
Mingguan Wanita : Semoga ibu, ayah dan ahli keluarga Yana Samsudin diberi kesembuhan dari wabak Covid-19.
Sekitar jam 12 tengah hari ini, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak.
Di situ juga merupakan tempat persemadian, arwah ibu Siti Sarah. Sebagaimana yang dikongsikan suaminya, Shuib Sepahtu. Arwah isterinya itu akan dikebumikan bersebelahan kubur arwah ibunya.
Kerana itulah permintaan arwah Siti Sarah sewaktu hayatnya masih ada.
“Selama ini kalau bersembang hal kematian, memang dia ada menyebut keinginan untuk disemadikan di sebelah kubur arwah ibunya.” Ungkap Shuib yang kelihatan tenang.
Di kawasan tanah perkuburan itu jugalah jenazah Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey dikebumikan.
Kira-kira jam 10 pagi, arwah Siti Sarah akan ditayamum dan disolat jenazah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM)
Pemergian Allahyarham Siti Sarah jam 5.13 pagi tadi meninggalkan empat orang cahaya mata. Termasuk seorang bayi bernama Ayash Affan yang dilahirkan secara pembedahan pada Jumaat lalu.
“Arwah sempat hadiahkan saya dan anak menerusi kehadiran Ayash Affan yang dilahirkan pada 6 Ogos lalu. Arwah bergelut untuk menyelamatkan anak kami. Ternyata Allah lebih menyayanginya.
Nama Ayash Affan itu sendiri dipilihnya kerana menurut pembacaan arwah, nama berkenaan mengenai seorang pejuang di Gaza.”
Begitu juga dengan perkongsian Ustaz Ebit Lew yang memaklumkan Allahyarham mahu membayar rumah sewa orang miskin yang pernah dibantunya.
Shuib yang reda dengan pemergian isteri mengakui tidak mudah untuknya memaklumkan kepada tiga orang anaknya yang masih kecil
Kali terakhir Shuib dan anak-anak; Uwais Alwarni,10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6 dapat melihat arwah menerusi panggilan video.
“Dengan bantuan jururawat dan doktor, saya membuat panggilan video untuk anak. Waktu itu juga air mata berlinangan di pipinya. Seolah-olah memahami apa yang saya dan anak sembang mengenainya.”
Malam tadi, Shuib sempat datang ke hospital namun tidak dibenarkan masuk bertemu isterinya.
Jumaat lalu, paras oksigen Siti Sarah jatuh sehingga 40 peratus. Kemudian meningkat 77 peratus sekitar 2 pagi. Selepas itu menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus.
Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19. Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.