Jangkitan Covid-19 cukup memberi keinsafan bagi yang pernah mengalaminya. Apabila nyawa berada di penghujung, berharap terus berjuang agar diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan. Sehinggakan ada juga yang merayu dengan petugas barisan hadapan agar dapat diselamatkan supaya boleh kembali sihat bagi menunaikan kewajipan yang terleka mahupun tanggungjawab yang tertunda.

Memang ada benarnya, Covid ini juga memberi TARBIAH kepada semua umat manusia supaya insaf dan jangan leka tentang kematian. Bersyukurlah selagi diberi nikmat masa dan rezeki kesihatan yang pastinya tak dapat dijual beli.

Untuk faham lebih lanjut, baca perkongsian dan pengalaman daripada Pakar Perubatan Dr Arman Shah ini yang berdepan dengan pesakit dan menyaksikan kematian setiap hari akibat Covid-19.

Sedih tengok setiap hari saudara-saudara seIslam ramai yang meninggal dunia akibat covid. Sampai ada yang merayu untuk diselamatkan supaya dia boleh kembali sihat.

Mana tak merayu, tengok katil sebelah kiri kanan depan meninggal dunia.Lepas tu ganti dengan orang lain, meninggal lagi.Sampaikan bila mesin dekat sebelah katil berbunyi, terus menguncap ingat dia dah nak MATI…!!!

Ramai yang saya jumpa time ni minta nak SOLAT sebab sudah lebih 40 TAHUN tak pernah solat.!!

Ramai juga minta AL-QURAN sebab dah lama tak sentuh dan pegang AL-QURAN..!!

Ada yang minta untuk dihantar balik ke kampung untuk dia minta ampun dekat mak dan ayah dia…!!

Ada yang minta nak keluar pergi BANK sebab nak bayar semua hutang dekat saudara mara, kawan sebab selama ni tak pernah bayar.Takut tak sempat!!

Ramai Meninggal Akibat Covid, Sampai Ada Merayu Diselamatkan Supaya Boleh Kembali Sihat

Tarbiah Supaya Manusia Insaf

Covid ni pada saya BUKAN KONSPIRASI semata-mata tuan-tuan.Jikalau dicipta oleh manusia sekali pun, ia adalah dengan KEIZINAN allah swt untuk memberi TARBIAH kepada semua umat manusia supaya INSAF dan JANGAN LEKA tentang KEMATIAN.

IKLAN

Sudah hampir 1 tahun lebih saya antara barisan hadapan yang melawan virus Covid ini dari tahun lepas, apa saya boleh katakan untuk Variant yang terbaru kali ni memang lain macam dan sangat-sangat BAHAYA!! Sangat senang menjangkiti dan senang sangat meragut nyawa!!Disahkan POSITIF pagi,tengah hari TENAT, petang MENINGGAL DUNIA..!!

Sebab tu semalam (2 Ogos) kita mencatat angka kematian PALING TINGGI 219 kematian. Jumlah kematian di Malaysia sudah melebihi 9 ribu.Kes Brought In Dead setiap hari WAJIB ada.Mati tepi jalan,dalam kereta,dalam rumah,dalam bilik air.

Banyak Lakukan Amal Kebaikan Sebelum Terlambat

Kepada anda yang masih sihat dan masih mempunyai masa, gunalah sebaik-baiknya dengan banyakkan melakukkan kebaikan dan amal sebelum terlambat.Ini bukan cerita dari kawan kepada kawan saya punya mak kerja di hospital punya cerita, tapi ini cerita dari saya sendiri yang meyaksikan kematian setiap hari.

Bukan nak tunjuk baik tetapi sekadar memberi ingatan sesama kita yang masih diberikan rezeki kesihatan dan rezeki masa.Jadi gunakanlah sebaik-baiknya sebelum terlambat.

INGAT 5 PERKARA,SEBELUM 5 PERKARA.

Sekian Peringatan.
DR ARMAN SHAH
(Setiap Jam Melihat Orang Mati Didepan Mata)

IKLAN

Info Ekstra!

  • Semalam 4 Ogos merekodkan kes jangkitan tertinggi COVID-19 dalam negara iaitu sebanyak 19,819 kes baharu dan 257 kes kematian. Ternyata ia cukup membimbangkan apatah lagi varian terbaru iaitu Varian Delta dikatakan sangat-sangat berbahaya.
    Antara tanda-tanda bagi Varian Delta seperti sakit kepala berpanjangan, keletihan dan kelesuan, hidung berair/tersumbat dan muntah.

Baca Lagi Di Sini :
Dikejarkan Ke HUKM, Tahap Oksigen Menurun, “Doakan Sarah, Bayi Dalam Kandungan Dipermudahkan Segalanya” Shuib

Dayah Sedih, Tak Keruan “Pohon Doakan Kesembuhan Abah Di ICU, Mak Juga Positif Covid”

‘Saya Tak Kuat Dah!’ Ibu Meninggal Kerana Covid-19, Diikuti Abang, Kakak Pula Sedang Koma

“Siapkan, Mandikan Kasi Wangi-Wangi, Solat Jenazah” Nabila Berbakti Kali Terakhir Buat Tok Mah

‘Dari Urusan Kematian, Mandi Jenazah, Solat & Pengebumian Semua KKM Uruskan.” Hargailah Pengorbanan Frontliner

IKLAN

Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya Covid-19 mengingatkan kita tentang kematian yang cukup dekat dengan kita. Selagi mempunyai rezeki kesihatan dan rezeki masa hargailah sebaiknya.

Sumber : Dr Arman Shah

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI