Harga sotong seekor RM50 di Sabah, sotongnya manis tapi harganya pahit. Sabah sangat dikenali kerana harga makanan lautnya cukup murah. Dikatakan harga lobster sangat murah seperti ditularkan di media sosial hingga ramai pelancong jadi tertarik mengunjungi negeri di bawah bayu ini.
Tapi satu perkongsian dari seorang pengguna fb atas nama Hussin Tj Abdullah menarik perhatian apabila dirinya berkongsi makanan laut di Sabah tidaklah semurah yang diviralkan selama ini.
Sotong Seekor RM50 Di Sabah
Ini kerana ketika makan di sebuah restoran di pusat bandar Kota Kinabalu, dirinya berkongsi harga seekor sotong manis (tidak pasti besar mana) yang dipanggil sebagai sotong manis berharga RM50 seekor. Memang ianya sotong manis tapi harganya sangat pahit.
Menyertakan resit bayaran sebagai bukti bahawa harga seekor sotong manis itu bernilai RM50 seorang dan jumlah keseluruhan dirinya makan tengahari bernilai RM75, dirinya meminta orang ramai berhati-hati apabila ke sini.
Ads
“Hati-hati kamu kalau makan sini pandai ‘tembak’ harga, bukan saya seorang saja yang kena begini, yang lain pun kena macam saya.
“Kepada yang belum pernah datang sini, kalau boleh janganlah datang. Kosong poket kamu nanti,” tulisnya di Facebook.
“Saya membesar menonton drama abang-abang dan kakak-kakak semua….”.
Sebak dengar perkongsian Zamarul Hisham yang akui membesar dengan menonton lakonan artis-artis veteran yang mana ada sebahagiannya tidak direzekikan memiliki kemewahan di usia tua.
Melancarkan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis, dirinya bersama jiran setaman seperti Syatilla Melvin dan Sam serta Zizan Razak berkongsi rezeki dengan para artis lama berbagi rezeki. Artis veteran ini turut menerima rezeki dari pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, Milla Jirin yang juga pemilik Bizmillah Catering serta lain lagi.
Program Selebriti Dengan Mufti dibuat dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Anak luar nikah lahirkan 6 zuriat tanpa nikah, gara-gara bapa enggan jadi wali perkahwinan. Gara-gara bapa takut malu kerana melahirkan anak luar nikah, seorang anak bertindak mengamalkan gaya hidup bebas hingga melahirkan enam orang anak luar nikah.
Satu pendedahan mengejutkan dan betapa rapuhnya pegangan hidup membuatkan seorang wanita melahirkan enam anak luar nikah gara-gara bapanya enggan menjadi wali perkahwinan. Niatnya berkahwin pada usia 19 tahun tanpa sedar dirinya anak luar nikah dan bapa yang enggan mewalikannya membuat dirinya memilih kehidupan luar jangkaan ini.
Hal ini dikongsikan oleh Ezzya Ezza Ezzyat yang juga founder Rumah Amal Mama Ezzya Baiti Al Jannah yang memfokuskan melindungi mangsa-mangsa sumbang mahram/rogol, menjaga kebajikan anak-anak OKU yang dibuang oleh waris.
Ini perkongsiannya :-
TRAGIS WEIII. KALAU AKU LAH KAT TEMPAT DI, TAKTAU LAH MAMPU HIDUP LAGI KE TAK..!!!
Di usia 19 tahun, nak berkahwin dengan pasangan yang masing-masing berkerja KFC dan sebaya. Dah siap isi borang nikah, sampailah ke bahagian wali. Hubungi bapa minta bagi maklumat wali. Bapa tak mahu bagi wali.
Kemudian hubungi maklah pula, bertanyakan perihal wali dan bertanya kenapa bapa tak nak bagi wali untuk urusan nikah..?
Sekali mak jawap “bapa tak boleh jadi wali sebab mak dengan bapa tak pernah berkahwin, kau kena pakai wali hakim”. Noh, terkejut beruk beliau.
Sambung urusan, minta pandangan pihak agama. Pihak agama pun hubungi mak dan bapa untuk urusan kepastian. Ya benar, pengakuan dari mak dan bapa. Mak dan bapa tidak pernah kerkahwin sehinggalah penamat anak 6 orang. Pening pejabat agama, Kompom ustaz pejabat agama pun nak pitam dengar.
Bila tanya, “tak kahwin , tapi anak anak semua ada bin dan binti, boleh buat ye”?
Mak pun jawap tanpa rasa bersalah “ya, masa tu boleh. Masa tu mudah buat surat beranak”.
Ustaz pejabat agama minta si bapa buat “AKUAN SUMPAH MENGATAKAN YANG BELIAU TIDAK BERKAHWIN DAN NAK GUNA WALI HAKIM UNTUK KAHWINKAN ANAK”.
SEKALI si bapa jawap, mana boleh. Aib saya, maruah saya. M aka pejabat agama pun tak boleh bantu insan ini untuk berkahwin..
Maka dia pun ditingalkanlah oleh si lelaki tersebut. Lelaki manakan mahu beristerikan anak yang tidak tahu asal keturunan, lagi-lagi anak yang telah di manipulate laporan kelahiran dan mengatakan ada bin/binti, hakikat tiada nasab sebenarnya.
Maka si beliau pun bawak diri.
Meronta, protes dengan takdir. Tidak ada yang memujuk dan memberi semangat.
Maka hanyutlah beliau dengan kawan-kawan sekapal dan mulalah terjebak dengan “NAJIS DADAH”.
Dari situlah beliau juga sudah tidak ada pantang larang lagi dah. Duduk bercampur lelaki perempuan tiada had batas.
Sambil menghisab dadah, layan pulak dengan seks-seks bebas. Dari 1 kelahiran berjangkit jangkit jadi 6…
“DAH SAMA LEVEL DGN MAK DN BAPA BIOLOGINYA JUGA”.
Mereka hidup bersama sebumbung hampir 30 tahun sehingga dikurniakan 6 anak…
Secubit pun mereka tak insaf atau kesal dan mahu bernikah. Akhirnya segala natijah kehancuran itu diterima oleh anak anak dan cucu-cucu.
“Innalillawainnahilairojiun”. Salam takziah untuk keluarga ini.
Wanita jika nak kahwin dengan suami orang di Songkhla ibarat menggali lubang kubur sendiri. Jangan biar maruah dan hak kita sebagai wanita diambil mudah begitu sahaja ya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Kami semua tolong cari keadilan untuk hang, pusing-pusing tempat kejadian untuk nak cari rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebagai bukti”.
Tular di media sosial luahan sahabat kepada Allahyarham Mohammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang maut akibat dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh, Jumaat lalu.
Menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun @lpnqis, kelihatan beberapa sahabat Allahyarham berkumpul dan bersama-sama cuba mendapatkan bukti rakaman CCTV ketika kejadian berlaku.
Katanya, ia bagi mendapatkan keadilan buat Mohammad Zaharif yang maut dalam kejadian tragis berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah hari selepas pulang dari sekolah.
Turut dikongsikan juga beberapa keping gambar memaparkan poster yang ditampal di kawasan sekitar beserta gambar Allahyarham ketika masih hidup dengan tanda pagar #JusticeforZaharif.
Sahabatnya juga menyifatkan Allahyarham merupakan insan yang baik kerana sering membantu dirinya ketika dalam kesusahan.
“Hanya Allah je yang tahu betapa rindunya aku dekat hang Zarep. Dialah sahabat susah senang aku. Sebelum ini dialah yang banyak belanja aku makan.
“Banyak nasihatkan aku, selalu ajak aku lepak. Ingat lagi dia pernah ajak duduk bilik sewa dengan dia.
“Tunggu aku dekat ‘sana’ tau. Al-fatihah buat sahabat susah senang, semoga kau tenang disana,” coretnya dalam video tersebut.
Ruangan komen di video tersebut turut dibanjiri sokongan dan semangat serta mendoakan agar pencarian sahabat-sahabat Allahyarham membuahkan hasil.
Terdahulu, Mohammad Zaharif Affendi yang menunggang motosikal dilanggar kereta ketika dalam perjalanan pulang dari sekolahnya di SMK Jati sehingga tular di media sosial.
Susulan itu, seorang pengawai kanan polis dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pagi tadi atas tuduhan membunuh pelajar tingkatan lima itu. Tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mahkamah menetapkan 7 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Terkejut dengan berita anaknya mengalami kemalangan jalan raya, ibu kepada pempengaruh dan ahli perniagaan Siti Jamumall hampir pengsan.
Ibu mana yang tidak terkejut dan sedih melihat anaknya terbaring atas jalan raya apatah lagi kemalangan itu hampir meragut nyawa.
Ditambah apabila Siti Jamumall, 24, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin ketika itu dibiarkan terbaring selama dua jam selepas mendakwa sebuah pusat perubatan swasta tidak mahu menerima kesnya.
Siti Jamumall yang juga ibu tunggal kepada dua cahaya mata berkata, dia berterima kasih kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sudi menghantarkan bantuan.
“Allah masih sayangkan saya. Sejujurnya, saya kesal apa yang berlaku. Tidak sepatutnya pihak berkenaan membiarkan pesakit yang dalam keadaan kecemasan. Saya pun tidak tahu kategori sakit macam mana yang mereka boleh terima.
“Apa pun, terima kasih kepada ambulans KKM yang sudi membantu dan bawa saya ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya.
Menurutnya, dia dipindahkan ke sebuah pusat perubatan lain bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Syukur perkhidmatan di sini sangat laju. Selepas jumpa doktor dan buat ujian imbasan X-Ray, saya dimaklumkan patah jari dan luka-luka biasa.
“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan, menghantar mesej dan datang melawat,” katanya.
Terdahulu, Siti Jamumall dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya selepas motosikal dinaiki hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di Setia Alam, Selangor, pada Ahad.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.