Sejak kebelakangan ini, penggunaan telefon pintar sememangnya mendominasi kehidupan harian setiap individu. Segalanya berada di hujung jari, kepentingan telefon pintar sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.

Siri Galaxy S24, telefon AI pertama Samsung cipta fenomena tersendiri!

Baru-baru ini, team Mingguan Wanita berpeluang mencuba sendiri kehebatan siri Galaxy S24 Ultra, telefon pintar keluaran terbaharu Samsung yang dikuasakan  kecerdasan buatan (AI) pertama daripada Samsung. Siri Galaxy S24 merangkumi model Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra, yang setiap satunya menjanjikan pengalaman mudah alih terunggul dengan Galaxy AI yang akan mengubah cara peranti mudah alih memperkasakan pengguna buat selamanya.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Siri Galaxy S24, telefon AI pertama Samsung cipta fenomena tersendiri!Samsung Galaxy S24 Ultra bukti kegemilangan terbaru dalam dunia teknologi dan ini adalah rumusan pengalaman saya bersama peranti pintar yang luar biasa.

Setelah menggunakan Samsung Galaxy S24 Ultra ini selama hampir sebulan, keyakinan terhadap peranti ini semakin kukuh dan dengan itu, saya ingin berkongsi pengalaman saya melalui ulasan yang jujur dan komprehensif mengenai pengalaman saya bersamanya.

Prestasi Melebihi Jangkaan

Apabila diberi peluang oleh Samsung Malaysia mencuba sendiri telefon pintar ini, penulis kagum dengan reka bentuk dan siluet Galaxy S24 Ultra yang memancarkan aura elegan dan moden apabila berada dalam genggaman. Dicipta dengan bahan premium, ciri kalis air dan habuk yang luar biasa meningkatkan kebolehpercayaannya dengan mudah.

IKLAN

Ia didatangkan dalam lapan pilihan warna yang menarik termasuk Titanium Black, Titanium Yellow, Titanium Gray, Titanium Violet, Titanium Green, Titanium Blue dan Titanium Orange. Warna-warna yang ditawarkan ini memberi ruang untuk pengguna memilih berdasarkan personaliti dan gaya hidup mereka.

Siri Galaxy S24, telefon AI pertama Samsung cipta fenomena tersendiri!

Sebagai pengguna setia jenama ini, saya dapat menyimpulkan bahawa peranti ini telah melebihi tanggapan saya. Baik dari segi reka bentuk, prestasi, hingga kepada kemampuan kamera yang luar biasa, Galaxy S24 Ultra merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang menghargai kecanggihan dalam sebuah telefon pintar.

Apatah lagi dalam kerjaya sebagai Content Creator, mutu kamera yang terbaik merupakan salah satu faktor penting untuk memastikan video yang dihasilkan lebih bermutu tinggi.

IKLAN

Sistem kamera menjadi fokus utama dalam penelitian saya terhadap peranti ini. Dengan susunan tiga lensa yang canggih, termasuk lensa utama dan telefoto, pengalaman fotografi saya menjadi lebih seronok dan mengagumkan.

Saya amat berpuas hati dengan penggunaan mode fotografi yang ditawarkan oleh peranti ini. Dari potret hingga pemandangan malam, setiap mode menyediakan penyesuaian yang sesuai untuk menghasilkan gambar yang menakjubkan. Kualiti kamera depan juga tidak kurang hebat, memberikan hasil yang tajam untuk swafoto atau panggilan video.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :https://www.mingguanwanita.my/2-helikopter-terhempas-ketika-raptai-di-pangkalan-tldm-lumut/

https://www.mingguanwanita.my/kakak-tak-sangka-ikan-masin-telur-goreng-menu-terakhir-permintaan-adik-salah-seorang-mangsa-nahas-helikopter-tldm/

IKLAN

Rakam Momen Indah

Lebih membanggakan, peranti Samsung ini menjadi pilihan utama kami untuk merakam momen-momen indah sekitar majlis LEBARAN KITA “SEMPURNA” — MINAZ x NONA Glam Lebaran Show  dan  Gemersik Raya LeeyanaRahman X Nona baru-baru ini. Memang puas hati kualiti video dan gambar yang dirakamkan untuk majlis berkenaan menepati standard kualiti kami!

Selain itu, segala kemudahan yang ada dipermudahkan dengan kuasa Galaxy AI yang akan menunjukkan cara baharu berkomunikasi, bercipta dan bermain serta membuka potensi serta kemungkinan tak terbatas – di tapak tangan anda. Siri Galaxy S24 merangkumi model Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra, yang setiap satunya menjanjikan pengalaman mudah alih terunggul dengan Galaxy AI yang akan mengubah cara peranti mudah alih memperkasakan pengguna buat selamanya.

AI memperkasa hampir setiap pengalaman dalam Siri Galaxy S24, dari membolehkan komunikasi tanpa batasan menerusi terjemahan teks dan panggilan secara pintar, kepada memaksimumkan kebebasan kreatif dalam pengambilan serta penyuntingan gambar dan video.

Meskipun ‘tanda harga’ yang ditawarkan untuk varian asas dengan 256GB penyimpanan, adalah RM6,299, tidak dinafikan ia merupakan nilai yang baik jika anda mempertimbangkan ciri-ciri dan prestasi yang ditawarkan oleh telefon ini.

Bagi mereka yang memerlukan lebih banyak ruang, versi 512GB boleh didapati dengan harga RM6,799. Meskipun harga sedikit ‘keras’,  peningkatan kapasiti penyimpanan ini adalah nilai tambah yang baik untuk pengguna yang mempunyai keperluan penyimpanan yang lebih besar.

Dan bagi mereka yang menghargai ruang penyimpanan yang sangat luas, terdapat juga pilihan 1TB penyimpanan dengan harga RM7,299, yang merupakan pilihan berbaloi untuk keperluan penyimpanan yang besar. Berbaloi bukan!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI