Gadis 15 tahun diberi vape khayal, lelaki mengaku perkosa remaja bawah umur lepas beri rokok elektronik. Berhati-hati dengan lelaki yang baru dikenali kerana kesannya amat buruk apatah lagi melibatkan masa depan.
Nasib remaja perempuan berusia 15 tahun ini malang apabila mengenali lelaki berniat jahat yang telah memperkosanya hanya selepas diberikan rokok elektronik yang mengandungi bahan khayal.
Gadis 15 Tahun Diberi Vape Khayal
Memetik laporan Buletin TV3, seorang lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan merogol kenalan selepas memberikannya rokok elektrik yang disyaki mengandungi bahan mengkhayalkan di sebuah hotel bajet, Jalan Sultanah, Batu Pahat, bulan lalu.
Tertuduh yang juga pekerja kedai makan, Muhamad Raffie Md Elias ,19, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Sebelum itu, mahkamah terpaksa menangguhkan seketika selepas tertuduh hanya berdiam diri walaupun beberapa kali ditanya sama ada mahu mengaku bersalah atau tidak terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Lelaki Mengaku Perkosa Remaja Bawah Umur Lepas Beri Rokok Elektronik
Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol kenalan berusia 15 tahun lima bulan di hotel bajet, pada jam 1.30 pagi, 23 Mac lalu.
Hukuman bagi kesalahan ini ialah tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga dikenakan sebatan.
Ads
Berdasarkan laporan polis, mangsa dibawa tertuduh menaiki motosikal sebelum singgah di hotel terbabit.
Ketika berada dalam bilik hotel, mangsa diberikan rokok elektronik yang disyaki mengandungi bahan mengkhayalkan menyebabkan dia separuh sedar.
Kesempatan itu diambil tertuduh melakukan perbuatan terbabit, dan satu laporan polis dibuat sebaik mangsa menceritakan kejadian itu kepada rakannya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh memandangkan kes ini amat serius.
Ads
Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menetapkan 5 Mei ini untuk sebutan semula kes, laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), fakta dan juga hukuman terhadap tertuduh.
Mahkamah juga memutuskan tiada tawaran jaminan diberikan dan ini bermakna tertuduh ada dimasukkan ke Pusat Koreksional Muar sementara menunggu hukuman.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ketika sebahagian besar daripada kita bergembira menyambut Aidilfitri bersama insan tersayang, lain pula nasib seorang ibu tunggal bersama empat orang anak. Kehilangan suami tercinta memberi impak yang sangat besar buat Siti Rafizah Mohd Razali, 39. Malah susana suram menyelubungi Siti Rafizah dan empat orang anak-anak terutamanya ketika meraikan lebaran.
Selepas pemergian suami tercinta dek kerana demam Chikungunya pada tahun 2020, Siti Rafizah terpaksa meneruskan kehidupan sebagai tonggak keluarga. Wanita tabah itu meneruskan perniagaan suaminya yang menjual air balang di beberapa pasar malam sekitar Pulau Pinang.
Namun pada bulan Ramadan pula dirinya mencari nafkah di pasar Ramadan kawasan flat kediamannya yang terletak di Flat Kg Melayu, Gelugor. Walau pendapatan tidak seberapa, namun Siti Rafizah tetap meneruskan perniagaannya tanpa mengeluh. Semuanya demi mencari sesuap nasi buat anak-anak kesayangannya.
“Sejak ketiadaan suami saya terpaksa membanting tulang mencari rezeki. Anak-anak keutamaan dan saya akan pastikan mereka dahulukan pelajaran walaupun kehidupan kami sangat susah. Saya turut bersyukur kerana mendapat bantuan dari zakat untuk membantu membayar rumah sewa kami,” luah Siti Rafizah membuka bicara.
Bebanan yang ditanggung bertambah berat apabila anak ketiganya mengalami masalah berkaitan jantung.
“Pada awalnya saya agak terkejut dengan penyakit berkaitan jantung yang dialami anak ketiga, Namun pasrah dengan ujian dari Allah. Saya percaya Allah tak akan uji hambanya melebihi kemampuan kita sendiri. Sebagai ibu saya perlu kuat dan terus berusaha gigih mencari nafkah demi anak-anak tercinta,” tambah anak jati Pulau Pinang ini.
Sejak ketiadaan suami, Siti Rafizah hanya memikirkan masa depan anak-anak. Tak kenal erti lelah, wanita ini sentiasa mahu memastikan anak-anak menimba pelajaran.
“Saya sentiasa pastikan anak-anak ke sekolah dan keperluan pembelajaran mereka lengkap. Walau hidup susah namun anak-anak wajib ke sekolah menimba ilmu demi masa depan mereka.
“Ada kalanya semasa berbual dengan anak-anak saya pernah berjanji dengan mereka kalau mak ada duit satu hari nanti mak nak bawa kamu pergi hotel.
“Tak sangka pula selepas mendapat panggilan dari pihak Mingguan Wanita dan melihat jadual program PTPTN Sempurnakan Raya yang mereka berikan, saya berasa sangat bersyukur hajat untuk menginap di hotel dengan anak-anak termakbul. Apatah lagi pihak PTPTN juga sudi mengajak kami berbuka puasa di hotel,” ungkap Siti Rafizah sambil mengesat air mata kerana tidak menahan sebak.
Rezeki yang hadir tidak diduga, Siti Rafizah juga berasa gembira apabila keluarganya terpilih untuk program Sempurnakan Raya PTPTN X Mingguan Wanita. Ibu tunggal dan empat orang anaknya itu bukan sahaja berpeluang membeli belah pakaian raya malah menikmati jamuan berbuka puasa di hotel, hamper raya dan menerima duit raya dalam bentuk pembukaan akaun Simpan SSPN Prime.
Paling Istimewa untuk musim keempat, PTPTN menyempurnakan lagi kemeriahan sambutan Aildilfitri mereka dengan merias indah dekorasi kediaman keluarga asnaf serta pemberian kotak makanan.
Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berharap sumbangan dari PTPTN dapat memeriahkan sambutan Aidilfitri Puan Siti Rafizah tahun ini.
“Alhamdulillah, saya mewakili PTPTN berharap sedikit sumbangan dari kami untuk Puan Siti dan anak-anak dapat menyambut Aidilfri dengan meriah. Saya juga doakan supaya anak-anak dapat belajar dengan cemerlang dan dapat mengubah masa depan Puan Siti sekeluarga.
“Kita beri sumbangan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime kepada kesemua anak Puan Siti sebanyak RM200 seorang. Saya faham kehidupan agak sukar, kalau boleh simpanlah sikit-sikit dan tambahlah simpanan setiap bulan.
“Raya ini pasti ramai yang memberi sumbangan, jadi ketepikan sedikit ke akaun simpanan anak-anak. Supaya apabila sampai masa mereka melanjutkan pengajian ketika usia 18 tahun nanti, wang simpanan sudah cukup dan tak payah ambil pinjaman atau bantuan sebab sudah ada simpan dari awal. Paling penting sambung belajar,” ujar Datuk Norliza.
Menurut Datuk Norliza lagi PTPTN juga ada menyediakan Geran Sepadan untuk golongan B40.
“Memandangkan Puan Siti ada anak tingkatan lima, jika dapat melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi tak payah nak risau cari duit. PTPTN ada menyediakan Geran Sepadan untuk golongan B40 sehingga RM10,000, jika ada akaun Simpan SSPN Prime.
Simpan SSPN juga menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada masyarakat Malaysia seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, dividen yang kompetitif, patuh syariah dan simpanan dijamin Kerajaan
“Selain itu, Puan Siti mungkin perlu menyediakan kelengkapan awal ketika mendaftar anak ke IPT, PTPTN ada menyediakan wang pendahuluan pinjaman sebanyak RM,1500 yang boleh dipohon. Paling penting belajar dan pastikan anak sulung mendapat keputusan yang terbaik.
“Harapan PTPTN agar anak sulung Puan Siti dapat melanjutkan pelajaran dan dapat kerja yang baik serta menaikkan taraf kehidupan Puan Siti kelak,” kongsi Datuk Norliza.
Selebriti terkenal Faezah Elai juga turut sama dijemput untuk memeriahkan program Sempurnakan Raya PTPTN X Mingguan Wanita kali ini. Faezah akui begitu terharu melihat kekuatan Puan Siti dalam membesarkan empat orang anak. Walau Nampak ceria namun sayu melihat kehidupan keluarga asnaf itu.
“Secara jujurnya ini pertama kali saya sertai aktiviti golongan asnaf. Saya rasa sangat sedih bila melihat dengan mata sendiri kepayahan yang dialami Puan Siti. Sebenarnya di Malaysia ini masih ramai keluarga yang perlu dibantu terutama ibu tunggal.
“Ada dikalangan keluarga asnaf disebabkan kengkangan dari segi kewangan, anak-anak terpaksa melupakan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran. Kita kena tengok benda ni dan pastikan anak-anak Puan Siti teruskan pelajaran masa depan. Saya sangat berharap dengan pertolongan dari PTPTN, anak-anak Puan Siti akan berusaha dan faham pengorbanan maknya. Puan Siti sudah sehabis cuba untuk besarkan anak-anak. Ibu tunggal ini sentiasa tersenyum hadapai ujian Allah SWT. Kuat sungguh Puan Siti walau susah namun tetap kuat. Saya berharap anak-anak dapat mengubah kehiduapan Puan Siti kelak,” ungkap Faezah Elai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Anak 5 tahun mengadu ayah masukkan “benda aneh” satu malam 4 kali, isteri dedah perilaku buruk bekas suami. Haruan makan anak. Seorang bapa yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak ternyata menjadi orang yang merosakkan masa depan anak sendiri.
Bekerja sebagai anggota keselamatan, bapa ini tergamak melampiaskan nafsu kepada anak kecilnya dan hal ini didedahkan oleh bekas isteri di instagramnya beberapa hari lalu.
Kata isteri ini, Priska dia dan bekas suami sudah berpisah lama sejak 2020 lagi dan bekas suaminya tidak pernah mengambil berat akan hal anak mereka ketika itu.
Namun baru ini dirinya datang ke rumah dan kata mahu membawa anak kecil mereka bermalam di rumahnya. Memikirkan hubungan anak dan ayah perlu dirapatkan, dia membenarkan bekas suaminya membawa anak kecil mereka yang disapa Sea.
Dalam rakaman perbualan yang tular antara Sea dan ibunya, anak kecil ini memaklumkan bahagian bawahnya terasa sakit saat ibunya mahu menukar lampin dipakainya.
Selepas diperiksan ibu ini amat terkejut melihat ada kesan merah dan robekan di bahagian alat sulit anaknya.
Bila dirinya menyoal anak kecilnya ini ternyata kanak-kanak itu berkongsi bahawa ayahnya ada memasukkan sesuatu.
Sea mendedahkan bagaimana ayahnya memasukkan satu objek aneh (bentuk bulat, bermata & berambut) ke dalam ‘organ bawahnya’ sebanyak 4 kali.
“Ayah masukkan benda aneh. Ada benda bulat, ada rambutnya dan ada mata,” kata Sea yang saat ditanya kenapa tidak menangis, anak kecil itu berkata saat dia menangis, tapi kemudian ayah langsung tidur.
Ditanya bagaimana “benda aneh” itu masuk, Sea mengakui takut. Lepas memasukkan benda ada rambut itu, ayah terus tinggalkan aku di bilik,” katanya yang menceritakan detik hitam itu.
Priska turut mendedahkan anaknya hilang selera makan dan takut untuk makan minum kerana khuatir proses buang air kecil sangat menyakitkan.
Apa yang disebutnya adalah “ayah jahat sama Sea..” cerita Priska yang telah melaporkan hal ini ke pihak berkuasa.
Dalam pada itu, bekas suaminya membuat penafian dan mengatakan dirinya menyayangi si anak dan tak mungkin akan berbuat sesuatu yang jahat terhadap anak sendiri.
Baju sekolah Zuhal dan Marikh jadi pengubat rindu. Ibu mimpi anak datang cium, minta maaf sambil senyum. Baju sekolah milik Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan Ahmad Marikh, 13, menjadi peneman Norzalifa Mohd Yusof, 35, setiap kali teringatkan anak kesayangannya.
“Baju ini kami bawa balik dan kesan darah itu kami basuh pagi tadi. Inilah pakaian yang menjadi kenangan buat kami.
“Tidak sangka mereka berdua sudah tiada. Rindu sangat dengan keletah mereka, senyuman terakhir mereka terutama adik yang suka buat memek muka sebelum keluar bekerja semalam.
Memetik laporan Sinar Harian, dek kerana terlalu rindu kepada dua orang anaknya, ibu ini sampai termimpi anak-anaknya datang cium dan minta maaf sambil senyum. Kemudian terasa tangan ditepuk-tepuk sebelum terjaga.
Mengulas mengenai individu yang ditangkap berkaitan kes kemalangan dua anaknya, Norzalifa berkata, dia mengharapkan hukuman setimpal dikenakan terhadap lelaki terlibat.
“Saya tidak mahu tengok muka dia, geram kerana dia nyawa kedua-dua anak saya melayang. Keadaan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima, dia mesti bertanggungjawablah.
“Hendak menangis pun saya tetap reda kerana mereka pergi dalam bulan yang baik, Jumaat terakhir di bulan Ramadan,” katanya.
Norzalifa mengakui sambutan Syawal terasa hambar tanpa kehadiran kedua-dua anaknya itu.
“Kalau ada rakan-rakan yang hadir, kami jamu seadanya tetapi tidak pergi mana-mana pun untuk beraya.
“Memang tidak boleh lupalah permintaan adik yang mahu baju raya dan dia ada minta buat kuih kerana nak makan banyak-banyak,” katanya.
Terdahulu, Norzalifa dan suami, Norazlan Tajuddin, 37, menerima kunjungan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah yang menyampaikan sumbangan mewakili kerajaan negeri.
Turut hadir menyantuni keluarga berkenaan ialah Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin.
Dalam kejadian jam 7.12 pagi Jumaat, 5 April, Ahmad Zuhal dan Ahmad Marikh menaiki motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru.
Dua beradik ini telah terlibat dalam nahas langgar lari yang meragut nyawa mereka di Kilometer 38 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Taman Desa Salak.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Terkejut dengan kes pelajar perempuan meninggal jatuh bangunan sekolah semalam, ramai zahir rasa simpati dan ingin tahu punca kejadian yang berlaku. Nak-nak pula apabila tahu kes berlaku waktu pagi.