Shuib tidak teragak-agak lepaskan tanggungjawab sebagai duta KK Mart. Itulah antara luahan selebriti dan juga usahawan terkenal, Shuib apabila mengulas jika kedai serbaneka itu terbukti bersalah dalam kontroversi penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’ dalam tulisan rumi dan jawi.
Seperti yang diketahui umum, baru-baru ini telah tular dalam media sosial stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna. Berikutan itu, timbul gesaan agar rangkaian kedai serbaneka itu diboikot.
KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dilaporkan telah memohon maaf berhubung video dan gambar tular berkaitan penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu. Malah dilaporkan juga jualan stoking berkenaan dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal. Dek kerana isu itu, pengendali rangkaian kedai serbaneka terbabit turut meminta supaya tidak memboikot perniagaan mereka.
Untuk pengetahuan, Shuib merupakan Duta KK Mart sejak empat tahu lalu dan baru memperbaharui kontraknya.
Shuib Tidak Teragak-Agak Lepaskan Tanggungjawab
Seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online, Shuib menerangkan penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’ tidak sepatutnya berlaku.
“Saya sentiasa percaya kepada rezeki. Kalau memang tiada rezeki saya, maka tiadalah. Kalau ada rezeki saya, adalah.
“Tetapi macam mana pun, saya tetap kena letak pendirian bahawa saya adalah seorang Islam,” ujar Shuib tegas.
Ads
Sangat Terkesan
Bapa kepada empat orang anak itu juga menganggap, tindakan menjual stoking tertera kalimah ‘Allah’ sebagai keji.
“Apa yang berlaku itu sangat keji . Sebagai umat Islam, saya sangat terkesan dan ia tidak sepatutnya berlaku dalam perniagaan atau apa juga situasi.
“Kita akan marah kerana isu kalimah Allah ini sangat besar,” luahnya lagi.
Sebagai Duta KK Mart dirinya perlu menunggu hingga siasatan selesai sebelum membuat tindakan lanjut berhubung kontrak sebagai duta.
“Kalau benar, saya tidak akan sokong, saya tidak akan mengiyakan langsung. Ini tanggungjawab saya sebagai seorang umat Islam.
Ads
“Perkara ini masih belum selesai dan siasatan sedang dilakukan. Jadi, saya tidak boleh hendak ulas lanjut kerana ini melibatkan perniagaan dan sensitiviti masyarakat.
“Saya akan berdiri sebagai seorang umat Islam di mana apabila perkara itu tidak betul, salah, dan melanggar peraturan, saya tidak akan sokong,” sambungnya.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kecewa Enggan Pakai Baju Warna Sedondon Yang Dijahit, Isteri Bakar Baju Raya Suami! Emosi dan tindakan isteri adakalanya diluar batasan. Jangan sesekali bermain dengan emosi mereka, lebih-lebih lagi apabila ia hasil usaha sendiri.
Bakar Baju Raya Yang Dijahit Sendiri
Seorang wanita bertindak membakar baju raya yang dijahit sendiri untuk suaminya kerana kecewa lelaki itu enggan memakai pakaian berwarna sedondon, lapor portal berita Wolipop semalam.
Berdasarkan klip video tular di media sosial Indonesia, wanita tersebut dilihat membakar baju berwarna hijau yang sepatutnya dipakai suaminya.
“Baju ini saya jahit dengan penuh kasih sayang dan berharap agar lebaran kali ini kami dapat memakai pakaian sedondon,” demikian menurut keterangan video tersebut.
Suami Malu Pakai Sedondon
Tambah wanita berkenaan, dia akhirnya kecewa kerana suaminya enggan memakai baju itu.
“Suami tidak mahu memakainya dengan alasan malu untuk pakai warna sedondon bersama isteri.
“Walaupun sudah memaafkan, ia tidak bermaksud kekecewaan yang saya rasai ini terubat,” tambahnya.
Bersengkang Mata Jahit Baju Suami
Katanya lagi, dia sanggup bersengkang mata menjahit baju raya untuk suaminya di tengah-tengah kesibukan menyiapkan tempahan baju daripada pelanggan sebelum Hari Raya Aidilfitri.
“Saya memaksa suami memakai baju ini tetapi dia marah-marah sehinggakan kami bertengkar. Namun, dia telah pun meminta maaf,” ujarnya.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Membuat isteri berasa bahagia itu amat mudah sebenarnya. Namun, kadang kala suami tidak sedar semua itu,” kata seorang netizen.
“Sebab itu amat penting untuk saling memahami dalam rumah tangga kerana masalah kecil seperti ini boleh menjadi masalah besar,” kata pengguna lain.
Mesti Baca:Demi Anak, Tak Sampai Hati Tengok Mereka Beraya Tanpa Baju Raya, Struggle Orang Berbeza
Baca Lagi Di Sini:Sempat Pakaikan Baju Raya, Kenangan Terakhir Sebelum Anak Meninggal
Artikel Menarik:‘Ditakdirkan Kakak Diambil Allah..’ Pakaikan Baju Raya Awal, Sekurangnya Ada Kenangan Bersama
Mingguan Wanita: Akhirnya baju yang menjadi ‘mangsa’. Jangan sesekali dibuat main dengan emosi isteri yang dah bersusah payah demi suami. Buruk padahnya nanti.
Dalam kemalangan semalam, tiga nyawa anaknya terkorban dalam nahas jalanraya. Namun hingga ke saat ini, sang ibu belum mengetahui status anak-anaknya.
Ibu kini yang masih di ICU (Unit Rawatan Rapi), sebaknya ternyata dia belum tahu tiga anaknya sudah tiada lagi. Semoga ibunya kuat menerima kenyataan yang begitu pahit ini. Insyallah.
Ibu Masih Di ICU
Wanita yang terselamat dalam kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gunung Lang, di sini pada Rabu belum mengetahui ketiga-tiga anaknya telah meninggal dunia.
Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, yang kritikal dalam kejadian itu masih belum sedarkan diri selepas menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Mangsa dilaporkan mengalami pendarahan dalaman akibat tersepit selepas kereta jenis Perodua Axia dinaiki bersama tiga anak lelakinya itu hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang sebuah lori yang berada di lorong kecemasan.
Abang mangsa, Muhd Jazli Aiman, 31, berkata, Nur Aimi telah dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) pagi tadi dan keadaan kesihatannya semakin stabil.
“Kami masih belum berkesempatan jumpa adik di ICU, namun doktor yang merawatnya ada memaklumkan keadaannya semakin baik,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HRPB di sini hari ini.
Menurutnya, Nur Aimi yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang tinggal berasingan dengan suaminya kerana tuntutan kerja.
“Ketika kejadian, dia dan tiga anaknya dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang selepas menghabiskan masa bercuti di kampung kami di Melaka,” katanya.
Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, tiga anak lelaki Nur Aimi, Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafiz, 7, Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy berusia setahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Muhd Jazli berkata, mayat ketiga-tiga anak saudaranya itu akan dibawa ke kampung mereka di Sungai Putat, Melaka untuk urusan pengebumian.
“Bedah siasat akan dijalankan petang ini dan Insya -ALLAH pengebumian akan dilakukan malam ini,” katanya.
MW: Semoga Nur Aimi Nadiah Kembali sihat dan urusan pengebumian ketiga-tiga anak lelakinya dipermudahkan. Insyallah.
Suami fail cerai kerana ada HIV, peguam nasihat isteri sila jadi cerdik “tak semua cerita laki kena percaya. Suami ada hiv dan mengaku dapat penyakit itu lepas dirinya dirogol bergilir-gilir. Disebabkan penyakitnya yang tiada ubat, maka suami ini telah memfailkan perceraian terhadap isterinya.
Namun apa yang menariknya seperti dikongsi oleh Suzana Ghazali yang merupakan Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie di facebooknya, dalam satu sesi bersemuka dirinya telah didatangi seorang isteri yang agak naif mempercayai semua cerita suami tanpa menyiasat sendiri habit suami di belakang.
Suami Fail Cerai Kerana Ada HIV Lepas Dirogol
Dalam kes ini, suami telah memfailkan tuntutan cerai atas alasan isteri nusyuz tetapi masa yang sama ada HIV pernah bekerja di sebuah hotel dahulu sebelum dibuang kerja. Sebaiknya, jadilah isteri yang cerdik agar tidak mudah mempercayai apa saja cerita dari suami tanpa check perubahan sikapnya semasa dalam perkahwinan.
Peguam Nasihat Isteri Sila Jadi Cerdik “Tak Semua Cerita Laki Kena Percaya…”
Berikut adalah kisah temubual tersebut:-
Cerita dalam sesi bersemuka terakhir bagi bulan Jun 2024:
Saya: Dah cerai Ogos 2023. Kenapa cerai?
Klien: Suami yg fail cerai.
Saya: Alasan?
Klien: Dia kata saya nusyuz.
Saya: Kenapa nusyuz?
Klien: Masa tu saya alami kemurungan. Saya tak tau saya kemurungan sampai la saya dapat surat mahkamah tu…
Saya: Apa berlaku sebelum awak kemurungan tu?
Klien: Lepas PKP tu, dia pindah balik kampung sebab dah kena buang kerja kat sini.
Saya: Dia kerja apa?
Klien: Kerja kat hotel.
Saya: Baik…apa jadi dah balik tu?
Klien: Saya ngan anak2 tak balik sebab anak yg besar nak ambik SPM. Dia tak nak pindah sekolah. Dia je yg balik, buka kedai makan kat kampung. Alhamdulillah bisnes dia berjaya la. Sampai la tak lama lepas raya tahun 2022, dia sakit teruk. Bisnes pun jatuh. Dia jadi kurus, tak larat.
Saya: Sakit apa?
Klien: Saya bawak pegi hospital, doktor cakap dia kena HIV
Saya: Oohh…
Klien: Saya buat rawatan dengan ustaz jugak. Ustaz kata ada ja sihir yg antar HIV
Saya: Yer ker??? Macam tak betul ja..!
Klien: Saya tak tau puan…kat doktor, suami cakap dia kena rogol bergilir2 dan dia tak sedar pun masa kena rogol bergilir2 tu.
Saya: Kalau tak sedar, camana dia tau dia kena rogol bergilir2? Suami awak tu lelaki!!
—————————–
Realiti dunia hari ni: terlalu ramai yang bodoh tapi rasa pandai bila dia boleh membodohkan orang lain..!!
Tak pe…kita kasi dia betul2 pandai lepas dapat surat Mahkamah Syariah infom bekas isteri tuntut mut’ah 6 angka sebab klien ada surat doktor akui bekas suami hidap HIV.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.