Bagi seorang suami sama ada ibu mahupun isterinya, kedua-dua wanita ini merupakan insan penting dalam hidupnya. Yang seorang melahirkan dirinya dan seorang lagi melahirkan zuriatnya.

Bagaimanapun masih ramai kaum isteri yang tak sebulu dengan ibu mentua. Puncanya pun tak akan sama. Selalu yang berasa tersempit, tetap golongan lelaki. Nak dengar sebelah ibu mentua atau isterinya?

Ibu Melahirkan, Isteri Lahirkan Zuriat

Setiap pasangan suami isteri boleh renungkan perkongsian Puan Intan Dzulkefli ini. Jangan sampai dua hati wanita kesayangan ini terluka dalam tak sedar.

Ibu Melahirkan, Isteri Lahirkan Zuriat, Dua Wanita Ini Sama-sama Penting Buat Lelaki

Hak Ibu Mentua

Bila seorang lelaki jaga dua hati wanita, InsyaAllah hidupnya akan beroleh kejayaan dunia akhirat, insyaAllah.

Wanita itu adalah ibunya dan isterinya.

IKLAN

Lelaki yang bijak dan berilmu, dia akan sedaya upaya menjaga hati kedua hati ini. Tanpa menidakkan doa mustajab ibu, serta kelapangan hati isteri yang akan melancarkan segala urusannya.

Sebab itu kita lihat, ramai lelaki yang diberikan kejayaan kerana berjaya menjaga kedua hati wanita ini. Lihat sahaja bagaimana santunnya Rasulullah SAW pada ibu susuannya bila datang berziarah, baginda akan membentangkan kain untuk ibunya duduk. Lihatlah bagaimana akhlak Nabi.

 Dua Wanita Ini Sama-sama Penting Buat Lelaki

Lihat juga akhlak Rasulullah SAW terhadap isteri-isteri baginda yang santun lagi memuliakan mereka. Nak berjaya, ikutlah cara Rasulullah SAW. InsyaAllah.

Walau ibu kita tidak mewariskan kemewahan, ibu kita tidak berkelulusan tinggi, namun jangan sesekali kita lupa, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu.

IKLAN

Ibu Melahirkan, Isteri Lahirkan Zuriat, Dua Wanita Ini Sama-sama Penting Buat Lelaki

Kita kecilkan hati ibu, di dunia lagi Allah akan tunjukkan, mungkin masa kita masih hidup, atau semasa kita nazak. Tanpa doa dan redha ibu, susahnya kita mahu menongkah ujian hidup, ibarat melangkah di dalam selut.

Ibu melahirkan kita, tetapi isteri kita melahirkan zuriat buat kita. Kedua-dua mempunyai parut kekal di tubuhnya yang menjadi saksi bahawa mereka telah berjihad melahirkan khalifah atas muka bumi ini.

Biarpun isteri kita kadangkala mencabar kesabaran, serta pelbagai hal lagi yang membuatkan hati kita tidak senang, sentiasa tajdid niat, “inilah penghulu bidadariku di syurga.” Supaya kita ingat, betapa besarnya tugas kita untuk membimbingnya.

IKLAN

Ibu Mentua Bukan Pesaing

Isteri yang solehah pula takkan sesekali menganggap ibu mertuanya pesaing untuk beroleh cinta suami kerana dia mengerti, ibu itu pemegang kunci syurga suaminya. Sekiranya isteri menggalakkan suami berkhidmat kepada ibubapa, semoga rahmat Allah akan memayungi rumah tangga mereka juga, insyaAllah.

Ibu Melahirkan, Isteri Lahirkan Zuriat, Dua Wanita Ini Sama-sama Penting Buat Lelaki

Begitupun, isteri tetap mempunyai hak dari suaminya yang perlu dipenuhi, seperti hal nafkah zahir dan batin, didikan, perlindungan, kasih sayang dan menghormatinya. Tidak boleh suami menganiaya isteri, tidak menunaikan hak nafkah, memalukan serta menyakiti emosi dan fizikal isteri semata-mata kononnya untuk meraih reda ibu.

Ibu yang solehah juga akan sentiasa mengingatkan anak lelakinya agar menyantuni isteri. Isteri lubuk pahala, isteri anugerah dan amanah. Layani isteri sebaiknya sebagaimana si suami mahu bapanya menyayangi ibunya.

Jagalah hati kedua wanita ini kerana Allah. Sesungguhnya semoga kamu akan menjadi lelaki yang beruntung, berjaya dan bermanfaat di dunia dan akhirat.

Sumber: Puan Intan Dzulkefli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI