Isteri tuntut cerai sebab suami malas mandi & gosok gigi, mahkamah beri pampasan RM78,000. Susah jika dapat pasangan pengotor dan tak menjaga kebersihan diri.

Akibat tidak tahan bau busuk dan suami yang tidak menjaga kebersihan diri, di Turki seorang isteri dikenali sebagai A.Y memfailkan permohonan tuntutan cerai terhadap suaminya C.Y atas alasan lelaki itu tidak menjaga kebersihan diri yang membuatkan dirinya berasa geli.

Isteri Tuntut Cerai Sebab Suami Malas Mandi & Gosok Gigi

Dalam permohonan cerai yang dikemukakan, isteri ini memaklumkan suaminya  hanya mandi sekali dalam tempoh 7 hingga 10 hari. Malah suaminya juga hanya menggosok gigi sekali atau dua kali seminggu yang menyebabkan nafasnya berbau.

Dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Keluarga ke-19 di Ankara, peguam plaintif, Senem Yilmazel memaklumkan defendan sering memakai pakaian yang sama sekurang-kurangnya lima hari berturut-turut, jarang mandi dan badannya selalu berbau peluh.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Suami Isteri Golongan Berusia Bercerai Angkara Orang Ketiga, Sedih Tapi Realiti

Suami Bila Sakit Isteri Layan Macam Raja, Diri Sendiri Tak Sihat Buat-buat ‘Gagah’

IKLAN

Ustaz Abdul Somad Beri Pesanan Kepada Suami – “Jangan Kentut Di Hadapan Isteri”

Isteri Baru Bersalin 4 Bulan Ditalak Suami, Gara-Gara Mak Mentua Tidak Suka

Isteri Tuntut Cerai Sebab Suami Malas Mandi & Gosok Gigi, Mahkamah Beri Pampasan RM78,000

Mahkamah Beri Pampasan RM78,000

Beberapa rakan sekerja lelaki  yang dipanggil menjadi saksi  di mahkamah juga mengesahkan dakwaan tersebut di mana kesemuanya memberikan kenyataan sama  iaitu C.Y memang tidak menjaga kebersihan diri. Dan bekerja bersamanya dalam satu pejabat amat menyeksakan.

IKLAN

Ekoran bukti ditampilkan, mahkamah Keluarga Turki telah meluluskan permohonan tuntutan cerai isteri malang ini. Malah bekas suaminya juga telah diperintah untuk membayar ganti sebanyak 500,000 lira Turki (RM78,000) kepada bekas isterinya yang terpaksa menanggung ‘derita’ berdepan dengan sikap pengotornya itu.

Dalam pada itu, Hakim Mahkamah Keluarga  Senem berkata, pasangan suami isteri seharusnya memenuhi tanggungjawab kehidupan rumah tangga bersama-sama.

“Jika ada yang tidak tahan dengan tingkah laku pasangan, maka suami atau isteri berhak untuk memohon perceraian. Oleh itu, adalah penting untuk setiap pasangan menjaga kebersihan diri.”

Dalam undang-undang sivil Turki, alasan yang diterima untuk perceraian dibahagikan kepada dua kategori – alasan khas dan alasan umum. Alasan umum termasuk semua alasan yang membuat hidup menjadi tidak tertahan bagi satu atau kedua-dua pihak.

IKLAN

Dalam kes ini jelas Senem telah terbukti bahawa defendan gagal menjaga kebersihan diri dan ia dianggap sebagai alasan yang sah untuk perceraian. Sumber: Oddity CentraL

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Suka Dengar Nasihat Mak Jenny Ni! Jangan Lupa Solat & Buat & Buat Baiklah Dengan Mak Ayah

Allahu suka dengar nasihat Mak Jenny! Memang sangat bermakna buat anak-anak di luar sana. Jangan lupa solat dan ingatlah berbuat baiklah pada ibu bapa insyaAllah hidup akan diberkati Allah SWT.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI