kuih-rm1

Ketika harga kuih sebungkus RM3 ke RM5, Ibu tunggal ini, Siti Maimunah Deraman, 64 meletakkan harga jualan kuih muih air tangannya sepeket RM1 sahaja.

Seakan kenaikan harga barang dekat Malaysia ini tak beri kesan pada perniagaannya. Sebelumnya Maimunah pernah membuka kedai makan.

Sebab pandemik, kedai makannya terpaksa ditutup. Dari situ timbul inisiatif berjualan kuih muih RM1 dekat Kampung Tanjong Baru, Taman Buaya, Kota Bharu, Kelantan.

Walaupun harga gula, tepung, malah beras pulut naik, dia tetap mahu kekalkan harga kuih muihnya sebegitu.

Sungguhlah beliau kotakan apa yang dikata, kerana harga jualan kuihnya tidak pernah berubah sejak Maimunah berniaga kuih muih dua tahun lalu.

Baca sini : Kira-kira Berniaga Air Balang, Bermodal RM2000, Cukup 2 Tahun Untung Beribu

Harga Sepeket Kuih Cuma RM1, Ada Sebabnya..

Kongsi ibu tunggal ini lagi, ada sebab kenapa dia membuat jualan kuih muih pada harga RM1 sahaja.

IKLAN

Dengan adanya kekangan pergerakan akibat Covid-19, ramai sebenarnya yang terkesan. Lagi-lagi yang berpendapatan rendah.

Bila harga barang semakin naik, keperitan mereka semakin bertambah.

Jadi saya kesempatan buat kebajikan. Supaya dapat meringan beban penduduk yang terkesan Covid-19 dengan menjual kuih muih pada harga RM1

Saya seronok bila melihat orang ramai terutama golongan yang berpendapatan rendah dapat membeli air tangan saya ini untuk di bawa balik dan dijamu kepada keluarga masing-masing.”

IKLAN

Kegembiraan pelanggan juga sebenarnya memberi kebahagiaan di hatinya, Malah, apa yang diharapkan dengan berjualan kuih murah ini, dapatlah usahanya itu menjadi ‘lubuk’ pahala sepanjang Ramadan ini.

Baca sini : Jalan-jalan Cari Makan, Terkejut Jumpa Ikan Bakar Murah Harga Dua Ringgit

Kuih Muih Laku Keras

Bukan sedikit jenis kuih yang dijual. Setiap hari ada agar-agar, buah Melaka, kuih seri muka dan kek batik. Ini antara kuih yang ‘laku keras’.

Selebihnya ada lebih 20 jenis kuih muih.

IKLAN

Disebabkan harga kuih muihnya yang murah, ramai orang berpusu-pusu membeli di kedainya. Kedainya mula beroperasi jam 3 petang.

Dan biasanya ditutup dua jam selepas itu memandangkan kuih-muihnya pun sudah habis dibeli pelanggan.

Perniagaannya itu juga mendapat bantuan daripada anak-anaknya, yang sama-sama membantunya membuat kuih sampailah berniaga di gerai.

Cari BALANG KUIH RAYA di sini : https://invol.co/claco6h

Sumber/Foto : Utusan, Sinar Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI