Sumber Foto:   Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan & Instagram Amyra Rosli

Mak-mak waspada kenali simptom jika anak dijangkiti, ini fakta virus Kawasaki. Seperti mana yang diketahui umum anak kepada pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin iaitu Ayra Arissa yang dijangkiti virus Kawasaki.

Menerusi akaun Instagram Amyra Rosli sebelum ini telah berkongsi keadaan anaknya yang mengalami Penyakit Kawasaki. Ayra sebelum ini menunjukkan simptom demam panas sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Malah sewaktu Amyra berkongsi keadaan Ayra dilihat badannya naik ruam-ruam merah sehingga pada bahagian leher.

Mak-Mak Waspada Kenali Simptom Jika Anak Dijangkiti, Ini Fakta Virus Kawasaki

Mak-Mak Waspada Kenali Simptom Jika Anak Dijangkiti, Ini Fakta Virus Kawasaki

Mak-Mak Waspada Kenali Simptom Jika Anak Dijangkiti

Ibu dan ayah yang punya anak kecil pastinya berasa bimbang dengan penyakit ini. Penerangan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi perkongsin di Facebook tentang penyakit ini boleh memberi panduan buat mak-mak. Semoga bermanfaat!

Mak-Mak Waspada Kenali Simptom Jika Anak Dijangkiti, Ini Fakta Virus Kawasaki
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

“Penyakit Kawasaki adalah sindrom keradangan salur darah di seluruh tubuh, dan ia lazimnya berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia 5 tahun.

“Punca utama penyakit ini masih tidak diketahui, tetapi ia dikaitkan dengan pengaktifan respon imuniti susulan sesuatu jangkitan.

Penyakit Kawasaki Ini Tidak Berjangkit

“Pesakit yang mengalami penyakit ini biasanya bermula dengan demam tinggi yang berterusan selama 5 hari, atau lebih. Selain itu terdapat gejala-gejala berikut:

◾Mata merah(konjunktivitis)

◾Bibir merah, bengkak dan kering

◾Lidah merah (strawberry tongue)

◾Tangan serta kaki merah dan mengelupas

◾Ruam merah di seluruh badan

IKLAN

◾Bengkak nodus limfa di leher

Dapat Dielak Jika Pesakit Mendapat Rawatan Awal

“Penyakit ini boleh membawa komplikasi yang membimbangkan. Keradangan arteri yang membawa darah ke jantung boleh berlaku, dan boleh menyebabkan aneurisma*.

“Komplikasi lain adalah: kerangan selaput jantung(perikarditis), injap jantung (valvulitis), sendi(arthritis), dan selaput otak serta saraf tunjang(meningitis).

“Komplikasi-komplikasi ini dapat dielakkan jika pesakit mendapat rawatan awal.

“Rawatan untuk penyakit adalah infusi immunoglobulin melalui intravena(IVIG). Immunoglobulin adalah antibodi yang diekstrak dari darah manusia(penderma darah).

“Selain itu, pesakit Kawasaki juga diberi ubat aspirin(asid salisilik) untuk mengurangkan keradangan dan mengurangkan risiko pembekuan darah.

“Lazimnya kanak-kanak yang hidapi penyakit Kawasaki akan pulih selepas 4-8 minggu. Kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan, boleh pulih tanpa komplikasi serius.

NOTA RINGKAS PENYAKIT KAWASAKI:

◾Kawasaki lazimnya berlaku pada kanak-kanak bawah 5 tahun.

IKLAN

◾Gejala: demam >5 hari, merah mata, ruam seluruh badan, lidah merah, bengkak kelenjar.

◾Rawatan: transfusi immunoglobulin(IVIG), dan aspirin(asid salisilik)

◾Pemulihan dalam masa 4-8 minggu. Rawatan awal dapat elak komplikasi.

“Semoga Dilindungi Anak Kita Semua” Warganet

Hantaran perkongsian dari Facebook Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan itu ramai warganet yang berkongsi pengalaman anak mereka pernah dijangkiti virus Kawasaki.

Mak-Mak Waspada Kenali Simptom Jika Anak Dijangkiti, Ini Fakta Virus Kawasaki Mak-Mak Waspada Kenali Simptom Jika Anak Dijangkiti, Ini Fakta Virus Kawasaki Mak-Mak Waspada Kenali Simptom Jika Anak Dijangkiti, Ini Fakta Virus Kawasaki Mak-Mak Waspada Kenali Simptom Jika Anak Dijangkiti, Ini Fakta Virus Kawasaki

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Menarik Lagi : “Semoga Allah Angkat Kesakitan Ayra Aryssa. Berikan Kesembuhan, Kesabaran Buat Amyra & Amar”

Bila Dah Jadi Mak-Mak, Baru Amyra Rosli Tahu Sedihnya Tinggalkan Anak

Amar Bimbang Amyra Alami Sakit Sendi, Kaki Bengkak & Batuk Berpanjangan

IKLAN

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)


Mingguan Wanita : Semoga perkongsian yang diberikn oleh Doktor bermanfaat.

Sumber : Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan

Sumber Foto:   Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan & Instagram Amyra Rosli

Gigihnya Ayu Raudhah menjaga anak dan sibuk berniaga.

Syawal ini Aizat terakhir beraya sebagai seorang bujang.

 

Sedapnya sambal belacan ni, makan dengan nasi panas terus terangkat!

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI