Ramai yang mengetahui pelakon dan penyanyi Dr Soo Wincci,34 antara selebriti bukan Islam yang turut berpuasa pada setiap kali tibanya bulannya Ramadan. Kagum dengan semangat yang ada pada So Wincci kerana mampu berpuasa secara konsisten dan telah memasuki tahun yang ke-8 pada tahun ini.

Apa yang menariknya, meskipun berada jauh di perantauan, negara Sepanyol kerana menyambung pelajaran dan perlu berpuasa selama 16 jam, namun ia tidak mematahkan semangat wincci untuk berpuasa pada bulan Ramadan baru-baru ini, malah meneruskannya dengan berpuasa 6 yang kini telah pun selesai.

View this post on Instagram

Counting Down For The Last Day Of My Puasa 6 at the production office of @berkleevalenciacampus Spain ! This is one of the most challenging year for me as not just the hours of Fasting is longer and on top of that I am working and studying at the same time ! Also I need to admit that yesterday I almost can't wake up from bed but managed to pull it through and now counting down for the completion of my 8th Year of full fasting plus my puasa 6 !!! Also all due respect to those who fast ,work and study at the same time , I totally feel u !!!!! Alright my last 11 hours to go !!!!! 终于要完成我的第八年的斋戒还有puasa 6 了! Hari terakhir utk Puasa ke 6 Wincci buat tahun ke 8 !!! Tahun ni bukan saja masa panjang kat Spain, malah tambah kerja sambil belajar memang satu cabaran kepada Wincci ! Semalam hampir tak dapat banggun dan hampir putus puasa 6 tapi bersyukur dapat harungi dan sekarang tinggal 11 jam lagi utk hari terakhir puasa 6 =) Kpd semua yg puasa, sambil kerja dan berlajar , Wincci nak cakap Wincci memang dpt rasai apa yg anda lalui ! #InwinccibleJourney #Ramadan2019 #spain #Valencia #puasaEnam #Puasa6

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on

Puasa Sebulan & Puasa Enam

Didalam posting terbaru di instagram, Ratu Cantik Malaysia 2008 ini juga ada berkongsi bahawa dirinya berjaya berpuasa di bulan ramadan dan melengkapkan puasa 6.

IKLAN

Bagi umat Islam Puasa 6 bermaksud berpuasa 6 hari dibulan Syawal sama ada boleh dilakukan secara berturut mahupun berselang seli. Ia amatlah digalakkan dan dijanjikan ganjaran pahala yang besar iaitu ibarat berpuasa sepanjang tahun.

IKLAN

Wincci berada di Sepanyol untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang muzik dengan pengkhususan produksi, teknologi dan inovasi di kampus cawangan Berklee College of Music di Valencia.

IKLAN

MW: Tahniah Dr Soo Wincci! Berjaya puasa di bulan ramadan dan meneruskan dengan puasa 6 pula.Berpuasa bukan sahaja untuk mendidik kerohanian malah memang baik untuk kesihatan jika diamalkan selalu.

Jika bukan Islam pun boleh berpuasa, segan sungguh dengan diri ini rasanya jika kita masih tak memulakan lagi berpuasa enam, malah lebih malu jika sekali pun tak pernah terfikir untuk berpuasa enam pada bulan Syawal ni.

Sumber: Instagram Dr Soo Wincci

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI