Kelahiran anak merupakan antara detik terindah dalam kehidupan.Tahniah diucapkan buat penyanyi, pelakon, pengacara dan selebriti berbakat besar Alif Satar,29, apabila isterinya Shadila Halid,34 telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka pada malam tadi, 19 September jam 11.21pm.

Bersalin Anak Lelaki, ‘Hadiah Hari Jadi’ Terindah Isteri Buat Alif Satar

Berkongsi Tarikh Lahir

Lebih istimewa, anak lelaki mereka berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan Alif sendiri. Alif lahir pada 19/09/1990 dan anak lelakinya 19/09/2019.

Terdahulu pasangan bahagia ini telah 5 tahun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan dengan dua puteri comel, Alisha Anugerah,4 dan Ariana Mecca,2.

Bersalin Anak Lelaki, ‘Hadiah Hari Jadi’ Terindah Isteri Buat Alif Satar

Menerusi perkongsian di laman Instagram Shadila, isteri penyanyi lagu I Want You To Love Me ini, ada berkongsi ucapan hari jadi buat suaminya.

“Saya tidak berkesempatan untuk menulis ucapan hari lahir buat suami tersayang semalam, tetapi saya memberikan dia hadiah hari lahir terindah iaitu anak lelaki”

“Saya rasa sebak, melihat air matanya bergenang semasa mengalunkan azan.”

“Muhammad Alif, saya harap awak tahu, hati saya untuk awak simpan dan jaga. Awak akan selalu ada saya disisi dan saya saya akan melakukan apa sahaja untuk awak.”

“Selamat Hari Lahir untuk suami dan anak lelaki saya. Semoga kamu berdua menjadi kawan baik dan dia (anak lelaki) akan mewarisi segala kebaikan awak. I love you both.

MW: Tahniah buat Alif dan isteri semoga dengan kelahiran bayi ini, dikurniakan lagi rezeki yang melimpah ruah serta menambah ikatan kebahagiaan dalam keluarga.

Sumber:Instagram Shadilahalid, Alifsatar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI