‘Hari-hari Kat Umrah Saya Doa Jodoh Kita Panjang..’ Tertunainya Impian Alha Alfa

Sabtu lalu, jurusolek dan usahawan, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil yang lebih dikenali dengan nama Alha Alfa, 31 selamat dinikahkan dengan wanita pilihan hatinya, Noor Azlin Ismail, 23. Rupanya inilah doa yang dititipkan sewaktu beliau mengerjakan umrah sebelum ini.

Sehari sebelum bernikah, Alha berkongsi luahan hatinya yang selama ini dipendam dari pengetahuan tunang (ketika itu). Tulisnya,

 

‘Hari-hari Kat Umrah Saya Doa JODOH Kita Panjang..’ Tertunainya Impian Alha Alfa

 

Bismillah.. saya tak pernah send gambar ni kat awak. Hari-hari kat umrah saya doakan jodoh kita panjang dan alhamdulillah Allah makbulkan dan esok (ketika status dimuatnaik) kita akan disatukan.

Saya tak mintak banyak; sentiasa ingatkan saya tentang solat, mintak awak hormat family, sahabat-sahabat saya, sentiasa sabar dalam pelbagai dugaan.

Yang penting sentiasa di sisi naik jatuh bangun sama-sama. Ok tu je, tak lebih. Tak pandai masak boleh belajar. Tak pandai makeup lagi lah anytime saya ajarkan.

Harap semua followers kesayangan Alha, doakan kami ya.”

IKLAN

 

‘Hari-hari Kat Umrah Saya Doa JODOH Kita Panjang..’ Tertunainya Impian Alha Alfa

Lambang Cinta Lebih 5 Tahun

Sweetnya perkongsian ‘semusim rindu’ Alha ini. Majlis pernikahan kedua pasangan mempelai ini diadakan di Hotel Taiping Perdana, Taiping. Kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat memeriahkan majlis berkenaan.

Rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran termasuk senaskah al-Quran, mas kahwin RM1,000 dan seutas rantai tangan kepada pengantin perempuan.

Kata Alha lagi, “ikatan pernikahan ini adalah lambang cinta kami selepas bercinta selama lebih lima tahun.”

IKLAN

 

‘Hari-hari Kat Umrah Saya Doa JODOH Kita Panjang..’ Tertunainya Impian Alha Alfa

Busana Malam Berinai Inspirasi Baju Melayu Tradisional Warisan Lama

Pada malam berinai, Alha dan pasangannya mengenakan baju bercorak kotak hasil rekaan Seth & Luna. Rupanya ada kisah di sebalik penghasilan busana pengantin itu.

 

 

IKLAN

Kata Seth & Luna,

Jurnal terhasilnya busana malam berinai Dato Alha & Datin Alin.

Pertama kali melihat gambar Mullah Begawan Sultan Sir Muda Omar Ali Saifuddien III of Brunei, kami jatuh hati akan aura Almarhum yang cukup segak dan bangga akan busana tradisional baju Melayu.

Bermula dari situ, kami berbincang dengan Dato @alhaalfa dan ternyata Dato juga menggemari akan gayanya Almarhum. Maka kami teruskan dengan lakaran idea buat busana Datin Alin,

Busana haruslah klasik namun masih ada DNA SETH&LUNA.
Maka terhasillah busana malam berinai yang digayakan oleh Dato dan Datin malam kelmarin.

Alhamdulillah feedbacknya cukup positif dan harapnya agar kita sebagai waris-waris bangsa akan terus berbangga dengn busana tradisi kita yang agung.

MW : Selamat pengantin baru untuk Datuk Alha dan isteri, Datin Noor Azlin. Semoga berbahagia till jannah.

Sumber/Foto : Alha Alfa, sethandluna, Berita Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI