RM10-seketul

Laju je mulut tu nak mengkritik harga yang peniaga letak. Lagi-lagi kalau tengok macam harga ayam dalam gambar ni. Peniaga jual peha ayam RM10 seketul.

Belum lagi, sindiran-sindiran pedih sebab nak meluahkan rasa tak puas hati sebagai pelanggan. Sebelum berkata-kata, cubalah hadamkan kos yang peniaga perlu tanggung dalam setiap produk yang dihasilkan.

Perkongsian Mohd Khalis Raouf ini mendapat bermacam reaksi daripada netizen. Malah, tulisannya itu juga dikongsikan lebih 9 ribu pengguna media sosial.

Untunglah! Jual RM10 Seketul, Ni Niaga Gi Haji Balik Hari

Fuhhhh. untunglaaa. Jual RM10 seketol. 100 ketul dah dapat seribu sehari. 30 hari 30 ribu. Perghhhh

Ni niaga gi haji balik hari ni.
Camni la orang berniaga. Untung tak nak kurang.
Esok lusa guna Vellfire gamaknya jual mahal-mahal.
Kalau dalam berniaga takde rasa nak beramal. Camnilah.

Bangun setelah berehat sebentar membasuh peralatan-peralatan berniaga semalam. Peniaga pergi ke pasaraya untuk membeli barangan jualan.

Harga whole leg ayam saiz sederhana antara RM4-RM5.

Dibeli juga bahan-bahan rempah ratus perapan.

Barangan sos

Barang-barang pembungkusan.

Keluar dari rumah dalam pukul 9 pagi. Selepas dalam sejam setengah ke sana ke sini melengkapkan barangan-barangan niaga. Tiba dalam pukul 10.30 pagi.

Terus dibasuh ayam-ayam yang dibeli. Selepas itu diperap. Setelah itu masak pulak sos.

Selesai persiapan sudah hampir zohor.

IKLAN

Berehat sebentar melepas lelah. Dianglat barang-barang dalam kenderaan berniaga.

Setiba di tapak niaga. Di susun dulang-dulang. Penyepit. Arang dibakar.

Di bawah panas petang mulalah proses membakar.

Alhamdulillah. Habis semuanya 100 ketul ayam yang dijual dengan harga RM10 seketul.

Kayo.

Macam-macam Benda Nak Kena Kira

RM1000 sehari berniaga. Kan.

Sebelum pulang. Setelah siap-siap mengemas. Pekerja-pekerja dibayar gaji harian.

Tauke balik rumah. Gembira.

IKLAN

Duduk di depan TV sementara tunggu Isyak selepas mandi tadi. Mengeluarkan buku catatan perbelanjaan.

  • Ayam 100 ketul x RM4.50 = RM450
  • Gaji pekerja RM45x3 orang = RM135
  • Kos rempah perapan = RM60
  • Untuk kos sos = RM60
  • Kos minyak kenderaan niaga= RM10
  • Sewa tapak 250/30hari = RM8
  • Kos arang = RM30
  • Kos bahan-bahan membungkus = RM35
  • Elaun makan pekerja = RM30
  • Modal backup = RM50

Lebih kurang RM850. Ada baki RM150 untuk disimpan.

Baca : Keluarga Besar, Belanja Dapur Boleh Mencecah RM1000 Untuk 2 Minggu

RM10 Seketul Mahallah Bang..

Isteri di dapur bertanya. Abang. Ramai komplen 10 mahal la bang. Jual la RM9 ke RM8 ke.

Suami bertanya.

Yang komplen tu pernah berniaga tak? Ke dia main kira seketul mentah sebab RM4.50 seketul. Kita terus untung RM5.50?

Dia nampak tak benda-benda lain? Aku ni kalau cakap orang cakap peniaga sombong. Takkan ke mana la kalau jual mahal camni.

IKLAN

Dah tu. Nak aku tolak apa?

Pekerja?
Gaji?
Kos bungkus?
Kos sos?

Jadi? Mana matematik 30 ribu tadi?

Ni mesti sebab tak niaga kan?

Kutukan diterima. Nak share untuk cari kesalahan status ni pun boleh.

Saya berpegang pada 1 style dari dulu sebagai pembeli.

Kalau sedap. Mahal. Tak sayang nak berulang untuk beli. Harga memang tak komplen dah.

Kalau murah. Tak rasa apa-apa. Tapi lapar hilang. Tetap saya akan berulang time duit takde. Asalkan tak lapo. Sedap belakang cerita.

Tapi. Kalau jual memang level tak sedap. Memang tulah last beli.

Mingguan Wanita : Sungguhkan.. kalau kualiti tip top, pembeli tak ralat keluarkan duit untuk dapatkan rasa sedap itu. Silap-silap jadi ‘regular customer’

Sumber/Foto : Mohd Khalis Raouf

https://www.youtube.com/watch?v=SknDmNsQLZY

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI