Memang senang sangat resipi ‘Donut Ball’ yang hanya menggunakan 2 bahan ni. Elok, lembut gebu hasil kejadiannya. Boleh jadikan kudapan untuk minum petang buat anak-anak. Siapa sangka resipi mudah macam ni, sangat sedap dan bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak.
Boleh cuba buat sendiri donut ball 2 bahan seperti yang dikongsikan oleh Puan Reha Rahma ini.Memang sangat mudah!
Donut ball 2 bahan untuk kudapan anak-anak dan mak mereka sekali.Inspirasi resepi ni dapat dari fb juga. Terima Kasih.
Bahan-Bahannya:
1 cup (130g) Yogurt perisa asli
¾ cawan Tepung naik sendiri
*Gandakan sukatan jika nak masak lebih.
Cara Membuat:
1. Campurkan dua bahan tadi, Tepung naik sendiri dan Yogurt perisa asli.
2. Macam ni jadinya tekstur adunan tu.
3. Masukkan dalam piping bag, kalau tiada piping bag boleh guna plastik bungkus makanan.
4. Gunting hujung piping bag agak-agak saiz comel-comel gitu. Masukkan seketul-seketul dalam minyak yang telah panas, goreng dengan api sederhana. Boleh angkat bila dah nampak kaler perang-perang. Api jangan kuat sangat ya, donut ni cepat ja masak. (Lupa ambik gambar masa tengah goreng tu).
5. Macam tu kejadiannya. Golek-golek dengan gula kastor masa donut tengah panas lagi. Guna gula aising pun boleh.
Jika suka makan ‘Roti Boy’ mak-mak boleh buat sendiri di rumah. Memang sedap semerbak bau kopi dan rasanya pula lemak-lemak manis. Nak buat pun mudah, guna sukatan cawan je, tak perlu nak timbang guna alat penimbang. Sesuai buat untuk minum petang untuk keluarga.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Ida Zaida
Biasanya kalau pergi ke mall, mesti akan beli roti ni. Maklumlah dari jauh lagi memang dah hidu bau semerbak aroma kopi yang wangi sungguh. Kali ni cuba buat sendiri, memang gebu, guna sukatan cawan je senang.
Resepi Roti Boy
Bahan-Bahan:
Bahan A:
1/4 cawan Air sejuk
2 sudu yis
1 sudu gula
1 sudu susu pekat (saya guna susu tepung anak je 2 sudu)
2 cawan tepung
1 biji telur kuning
1 sudu butter
Bahan-Bahan Nescafe (Topping):
Bahan B:
1 sudu butter
4 sudu gula perang (bergantung nak banyak mana)
1 biji telur
Air bancuhan nescafe(saya guna 3in1)
2 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
Cara Membuat (Doh Roti):
1. Satukan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk. Uli sampai sebati. Saya uli dengan mixer sekejap je dah gebu) nak uli dengan tangan pun boleh.
2. Bentukkan doh bulat-bulat, bubuh sedikit potongan butter berserta sedikit gula (bagi rasa lemak-lemak manis).
3. Bila doh dah mengembang elok. Letak topping barulah dibakar.
4. Bakar suhu 170 selama 20 minit hingga masak (mengikut oven masing-masing.
(Bahagian topping)
Satukan semua bahan B bersama air bancuhan nescafe (2 sudu nescafe+2 sudu air panas) kalau guna nescafe 3in1 1 paket,tanpa perlu dibancuh dengan air, masukkan je terus. Kacau rata sampai sebati dan boleh letak atas roti dan bakar.
Mingguan Wanita:Menarik resipi Roti Boy ni. Memang semerbak bau kopi, rasanya pula lemak-lemak manis. Boleh cuba buat sendiri di rumah. Sedap makan panas-panas, roti baru lepas dibakar.
Tak sangka biji getah atau asam rong juga boleh dibuat makanan yang sedap. Menurut perkongsian Puan Lily Suryani Mohd Ali, bagi yang tinggal di sekitar Jerantut dan Raub, Pahang, gulai asam rong sangat popular di sana dan ia merupakan makanan orang dulu-dulu.
Berikut perkongsian resipi mudah sambal asam rong yang wanita ini sudi kongsikan;
“Gulai asam rong terkenal sangat di dearah Jerantut dan Raub. Tapi kali ni saya cuba pula masak sambal asam rong. Makanan orang dulu-dulu.Resepi ni arwah mak mertua yang ajarkan.Sesekali kita kena cuba jugak rasa makanan orang dulu-dulu”
“Mungkin ada yang tak pernah makan kan. Saya pun pelik juga, apahal makan biji getah ni”.
Bahan-Bahan:
Biji getah (kutip yg baru gugur je)
Lada
Garam
Cara Membuat:
1.Ketuk biji getah dan buang kulit keras dia.
2.Tumbuk lada dan garam kasi hancur.
3.Masukkan isi biji getah, tumbuk sampai hancur.
4. Hasilnya yang telah ditumbuk hancur.
5.Kaup isi yang ditumbuk tadi, sapu pada kuali sedikit minyak dan ratakan pada kuali bagi nipis macam lempeng.
6.Masak atas dapur dengan api yang kecil (macam api masak nasi) tunggu ianya kekuningan dan garing. Kemudian bolehlah di angkat, makan bersama nasi atau diratah begitu saja.
Selamat Mencuba.
MW: Resipi orang dulu-dulu, memang unik. Tak sangka biji getah juga boleh dimakan dan menjadi makanan yang sedap.Mak-mak yang yang ada kebun getah di kampung tu, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Bila tekak nak makan sushi, mulalah mencari-cari restoran Jepun. Nak buat sendiri macam susah pula dan satu hal nak keluar cari bahan yang mungkin ada kat satu-satu tempat tentu sahaja. Pulak tu, bila PKP nie kebanyakkan restoran tutup. Lagilah kempunan.
Tak payah pening-pening, rupa-rupanya senang saja nak buat sushi kat rumah. Bahan yang kita guna pun mudah nak dapat. Apa lagi, lepas nie bolehlah makan sushi, hasil air tangan sendiri dan tak pelu nak fikir cari restoran Jepun pun.
“Sebenarnya, saya buat sushi ini untuk sarapan. Bahan utama pun hanya beras dan seaweed yang ada jual kat kedai serbaneka. Kenyang pun kenyang.
Bahan Untuk Masak Nasi
1 cawan beras
2 cawan air
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Masak macam biasa. Bila masak, biarkan ia sejuk sekejap.
Nak letak bijan hitam yang disangai pun boleh.
Bahan Lain:
Seaweed
Tuna
Hirisan cili padi
Hirisan bawang
Mayonis
Garam
Lain-lain bahan, ikut citarasa sendiri
Lobak merah – potong panjang
Timun – potong panjang
Cara nak menyediakan seperti dalam gambar di bawah ini.
Bahan seaweed dan berasLobak merah dan timun yang dipotong memanjangBeras yang siap dimasakTuna yang dicampur dengan mayonis, bawang dan cili.Ambil sekeping seaweed, boleh lapik atas plastik.Letak nasi di atas kepingan seaweed dan tuna serta sayuran yang dipotong tadi.Gulung kuat-kuat supaya senang nak potong nanti. Potong ikut saiz besar yang kita nak. Taraaa, boleh terus ngap masuk mulut.
MW: Apa lagi, boleh cuba nie, jimat dan mudah kan!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.