Jika suka makan ‘Roti Boy’ mak-mak boleh buat sendiri di rumah. Memang sedap semerbak bau kopi dan rasanya pula lemak-lemak manis. Nak buat pun mudah, guna sukatan cawan je, tak perlu nak timbang guna alat penimbang. Sesuai buat untuk minum petang untuk keluarga.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Ida Zaida
Biasanya kalau pergi ke mall, mesti akan beli roti ni. Maklumlah dari jauh lagi memang dah hidu bau semerbak aroma kopi yang wangi sungguh. Kali ni cuba buat sendiri, memang gebu, guna sukatan cawan je senang.
Resepi Roti Boy
Bahan-Bahan:
Bahan A:
1/4 cawan Air sejuk
2 sudu yis
1 sudu gula
1 sudu susu pekat (saya guna susu tepung anak je 2 sudu)
2 cawan tepung
1 biji telur kuning
1 sudu butter
Bahan-Bahan Nescafe (Topping):
Bahan B:
1 sudu butter
4 sudu gula perang (bergantung nak banyak mana)
1 biji telur
Air bancuhan nescafe(saya guna 3in1)
2 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
Cara Membuat (Doh Roti):
1. Satukan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk. Uli sampai sebati. Saya uli dengan mixer sekejap je dah gebu) nak uli dengan tangan pun boleh.
2. Bentukkan doh bulat-bulat, bubuh sedikit potongan butter berserta sedikit gula (bagi rasa lemak-lemak manis).
Ads
3. Bila doh dah mengembang elok. Letak topping barulah dibakar.
4. Bakar suhu 170 selama 20 minit hingga masak (mengikut oven masing-masing.
Ads
(Bahagian topping)
Satukan semua bahan B bersama air bancuhan nescafe (2 sudu nescafe+2 sudu air panas) kalau guna nescafe 3in1 1 paket,tanpa perlu dibancuh dengan air, masukkan je terus. Kacau rata sampai sebati dan boleh letak atas roti dan bakar.
Mingguan Wanita:Menarik resipi Roti Boy ni. Memang semerbak bau kopi, rasanya pula lemak-lemak manis. Boleh cuba buat sendiri di rumah. Sedap makan panas-panas, roti baru lepas dibakar.
Rendang memang antara menu wajib setiap kali tibanya raya. Memandangkan tahun ni beraya di rumah sendiri, kenalah buat rendang sendiri untuk dimakan dengan ketupat dan lemang nanti. Jangan risau, walaupun tak pernah masak rendang sendiri di rumah, boleh cuba buat ikut resipi mudah, ringkas dan sedap yang dikongsikan ini. Dijamin terasa keaslian Rendang Ayam warisan zaman berzaman macam mak-mak dan nenek-nenek kita buat dulu.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali ini sebagai rujukan;
“Saya nak kongsikan resepi Rendang Ayam mudah dan ringkas.Walaupun ringkas, memang sedap dan rasa keaslian rendang warisan zaman berzaman.Makan bersama ketupat atau lemang memang terasa nikmat kesedapan bagai meletup- letup kemeriahan di dalam mulut. Hahaha..”
Mudah. Orang yang tak pernah memasak seumur hidup pun boleh cuba buat ikut resepi ni..
Resepi Rendang Ayam
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam
2 cawan santan
2 sudu kerisik
2 asam keping
1 helai daun kunyit diracik halus
3 helai daun limau purut di hiris kasar
Minyak untuk menumis
garam & gula secukup rasa
Bahan-bahan (Dikisar) :
20 biji cili kering
2 biji bawang besar
4 biji bawang merah
9 ulas bawang putih
4 batang serai
3 inci kunyit hidup
3 inci halia
3 inci lengkuas
Cara Membuat:
1.Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
2.Masukkan santan dan ayam. Gaul rata.
3.Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan garam gula.
4.Bila kuah dah pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini? nak share dengan mak-mak resipi ayam rendang.
Sebelum menjengah bulan Syawal teringin pula nak makan rendang. Jadi berbuka hari ini jom kita masak Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Kalau nak sedap lagi rebuslah nasi impit sedap juga dimakan dengan nasi panas pasti masa berbuka nanti anak-anak akan senyum lebar.
Bahan-Bahan :
½ ekor ayam (dipotong kecil)
20 tangkai cili Kering (dikisar)
2 biji bawang merah (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
½ inci halia (dikisar)
½ inci kunyit hidup (dikisar)
½ inci lengkuas (dikisar)
3 batang serai (dikisar)
1 biji kentang (potong 6)
Daun kunyit (dihiris halus)
Rempah 3 sekawan
2 susu kerisik
1 cawan santan kelapa
Cara Memasak :
1.Masukkan minyak ke dalam kuali
2. Bila minyak dah panas letakkan rempah tiga sekawan kacau hingga naik bau.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, dan serai yang telah dikisar.
4. Apabila sudah garing masukkan cili yang telah dikisar dan tumis hingga garing.
5. Kemudian masukkan ayam dan daun kunyit kacau hingga mendidih.
6. Masukkan santan dan biarkan seketika. Letakkan pula kentang biarkan hingga empuk.
7. Jangan lupa letakkan kerisik supaya kuah rendang menjadi pekat.
8. Masukkan pula garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
9. Biarkan hingga sebati dan kacau. Apabila ayam dan kentang sudah empuk bolehlah angkat dan hidangkan. Selamat mencuba dan selamat hari raya!
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mudah je nak buat Kerabu Maggi Ala Thai yang sedap dan cepat disediakan. Mak-mak boleh sediakan ia sepantas 5 minit, dah sedia untuk dimakan. Kadang kala ada masa tertentu, rasa sangatlah malas nak masak yang renyah-renyah, nak masak yang ringkas-ringkas je tapi sedap. Jadi resipi kerabu maggie Ala Thai inilah yang patut dicuba. Rasa masam, pedas semuanya secukup rasa!
Berikut antara perkongsian resipi yang dikongsikan oleh Yanie Rosdi ini;
Bahan-Bahan:
Maggi Thai
Crab stick
Sotong
Udang
Tomato (dipotong dadu)
Serai (dihiris halus)
Bunga kantan (dihiris halus)
Kacang panjang (dihiris halus)
Daun sup (dihiris halus)
Daun limau (dihiris halus)
Lemon (diperah)
CARA MEMBUAT:
1. REBUS / CELUR
Pertama sekali, rebuskan maggi terlebih dahulu. Bila dah agak-agak lembut sedikit, masukkan celurkan udang / sotong & crab stick. Kemudian, toskan. Kalau nak gunakan maggie lain pun boleh klik sini.Jangan lupa guna kod promo ini untuk harga istimewa.
2. MASUKKAN BAHAN-BAHAN LAIN
Seterusnya, masukkan bahan-bahan lain seperti cili, serai, tomato, daun sup, daun limau, bunga kantan, dan kacang panjang yang dihiris halus.Kuantitinya bolehlah agak-agak macam di bawah ini. Kalau suka lebih pedas, boleh banyakkan lagi cilinya.
3. PERAH LEMON
Untuk mendapatkan rasa masam-masam yang ‘kaw’ tambahkan sedikit perahan lemon. Kalau tak ada lemon, boleh juga gunakan limau nipis.
4. BUBUH PERENCAH
Akhir sekali, guna perencah maggi Thai dan gaulkan semua bahan hingga sebati. Tak perlu tambah apa-apa lagi dah sebab ia memang dah secukup rasa.
Kalau nak lagi sedap, boleh juga tambah sedikit sos tiram dan gula mengikut citarasa.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.