Rupanya ada caranya tak payah guna kicap pun, ayam goreng tetap boleh garing jadi warna coklat keemasan. Bukan apa bila kita buat Nasi Ayam, biasanya nak buat ayam goreng ia perlu diperap dengan kicap barulah warna ayamnya cantik dan tak pucat.
Namun sebenarnya tak perlu guna kicap pun, tetap ayam boleh warna cantik, coklat keemasan macam ni.
Boleh cuba resipi ayam goreng garing seperti yang dikongsikan oleh Puan Asnida Sharizal ini. Memang mudah dan menarik.
Bila ayam Nasi Ayam tengah mandi minyak.Camne nak buat macam tu? Takyah pakai kicap bagai.Meh nak share resepi.
Bahan-Bahan:
Satu jag Air kosong
3 sudu Madu
2 sudu Cuka
3 biji Limau nipis (ambik jusnya)
Baca Lagi Di Sini:Resipi AYAM GORENG SEMPOI, Makan Dengan Nasi Putih Pun Dah SEDAP Sangat!
Cara Membuat:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih.
2. Kemudian, mandikan ayam tadi dengan air yang mendidih tersebut sehingga kulit ayam tegang.
3. Setelah itu, angkat dan toskan ayam tersebut.
4. Lumurkan garam pada ayam dan biarkan air pada ayam kering.
(Nak gantung pun boleh ayam tu).
5. Selepas itu bolehlah goreng ayam tersebut. Ayam akan bertukar warna jadi coklat garing macam tu. Goreng ayam seekor macam ni, isinya lebih ‘juicy’.
Siap, Selamat Mencuba!
Mesti Baca:Wanita Ini Kongsi Rahsia Masak Nasi Ayam Sedap, Adaptasi Resipi Bekas Masterchef Istana Buckhingham
Artikel Menarik:Jual Nasi Ayam & Nasi Minyak, Amelina Tak Malu Berusaha Dari Mengharap Belas Kasihan Orang
Mingguan Wanita: Menarik juga cara buat ayam goreng untuk nasi ayam macam ni. Tak perlu perap dengan kicap pun, warnanya tetap cantik coklat keemasan.
Sumber: Asnida Sharizal
Macam ni kalau nak simpan lauk basah.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Nak buat cucur udang sedap macam ni.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI