Mee Goreng Basah nostalgia, stail gerai zaman kanak-kanak alahai sedapnya sampai terliur. Bila lihat mee goreng basah ni fikir automatik akan teringat masa zaman kecil-kecil dulu.
Memang sedap dan padu, aromanya hingga kini boleh diingati. Apatah lagi bila dibungkus dengan surak khabar. Makan masa panas-panas. Aduh nostalgia sangat berharga.
Mee Goreng Basah Nostalgia
Buat peminat Mee Goreng Basah mesti anda kan mengimbau tahun 80an sewaktu zaman kanak-kanak. Bukan tu saja, nak lagi sedap Mee Goreng Basah ditambah pula dengan cili jeruk dan diperah.
Aduh terus terliur. Nak lagi puas hati apa kata mak-mak buat sendiri Mee Goreng Basah ni. Bahan-bahannya cukup ringkas rupanya.
“Siapa suka Mee Goreng Basah, menu abang masak untuk malam ni. Mee Goreng Basah nostalgia…kita boh ayam, teloq, tauhu, sawi, tauge serta cabai jeruk dan limau nipis.
“Kemudian kita bungkus dengan paper (sekang ni susah nak cari jadi kita guna kertas berwarna coklat) aroma diaaaaaa. Agak payah nak jumpa mee goreng camni sekarang. Mengimbau tahun 80an.
RESEPI MEE GORENG BASAH:
Satu bungkus mee kuning (lalukan dengan air paip)
Ads
Isi ayam
Air rebusan ayam
Telor
Sawi
Tauge
Bawang putih
Ads
Bawang merah
(Tumbuk halus)
Cili kisar
Sos tiram
Sos cili
Tauhu goreng yang dihiris
Ads
Kicap lemak manis
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak..Gorengkan 2 biji Telur..hancurkan kasar..ketepikan..
Tambah sedikit mnyak pada kuali.
Tumiskan bawang biar agak garing..
Kemudian masukkan cili kisar, kacau rata. Tumis sampai cili masak..dah ok..masukan isi ayam..kacau rata.. biar seketika…
Masukkan sos tiram,sos cili..kacau rata.. terus masukkan air rebusan ayam..biar mereneh seketika…kepekatan kuah ikot sukatan memasing…letakkan kicap lemak manis..dan sedikit sahaja kicap masin.. biar mendidih..
Masukkan tauhu,telur…last masukkan Mee..kacau rata.. boh sawi dan tauge…kacau rata…kalau kaler kurang…curahkan kicap lemak manis lagi..kacau rata..tutup api..
Mingguan Wanita : Sedapnya, terliur pula tengok mee goreng nostalgia ni.
Mak-mak penggemar tart telur tak perlu susah-susah dah nak buat kulit tart ni.Cara yang paling mudah boleh guna kulit paratha yang dibeli di kedai. Rasa kulitnya rangup dan paling penting intinya atau filling telurnya lemak manis dan lembut je. Memang puas hati bila makan dan buat sendiri.
Boleh cuba perkongsian resipi daripada Puan Siti Mariamsebagai panduan mak-mak yang nak buat sendiri tart telur ni.
“Tart telur kulit paratha, resepi paling mudah.telurnya aalahai lembut..tak cukup 2,3 biji bila makan”
Bahan-Bahan:
6 biji telur
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula aising
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar esen vanila
1 susu kecil garam
Kulit Paratha (dipotong empat)
Cara Membuat:
Masukkan bahan-bahan diatas ke dalam satu bekas dan kacau sebati.
2. Ambil 1 keping kulit paratha yang telah dipotong 4, masukkan ke dalam acuan. Kalau ada kulit yang terlebih lipatkan ke dalam loyang.
3. Tuangkan bahan-bahan yang dikacau tadi, diatas kulit paratha.
4. Bakar pada suhu 170c masa 40 minit.
Siap!
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.
MW:Mudah sangat nak buat tart telur ni, sesuai dimakan ketika minum petang.Anak-anak pun boleh buat sendiri.
Mini Crunch Choco Jar memang diminati ramai tak kira usia. Rasa lemak dan manis coklatnya sangat mengujakan bila dinikmati. Ia juga amat digemari oleh anak-anak terutamanya. Fuh, satu balang kecil tu boleh sekali hadap.
Biasanya kalau nak beli, harganya boleh tahan juga. Bayangkan kalau anak-anak ramai. Pitam juga nak membelinya. Bukan cukup sebalang. Mauny berbalang-balang.
Mungkin ada yang rasa nak buatnya susah dan renyah. Ha..resipi yang dikongsikan kali ini sangat mudah. Bahan pun hanya tiga saja. Memang jimat dan rasanya juga cukup sedap. Coklatnya cairnya molek berkilat. Kalau nak buat niaga pun boleh laku keras ni. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN MINI CRUNCH CHOCO JAR:
3 keping coklat Cadbury
500gm mini crunch (boleh beli di kedai bakeri)
1 cawan minyak jagung/minyak masak
Sedikit dark chocolate – pilihan
CARA MEMBUAT MINI CRUNCH CHOCO JAR:
Pertama, bakar mini crunch selama lima minit di dalam oven dengan suhu `150 Darjah Selsius. Setelah siap, keluarkan dan ketepikan.
Masak secara ‘double boil’ coklat dan minyak. Untuk kurangkan rasa manis, boleh tambahkan sedikit dark chocolate ke dalamnya. Masak hingga semuanya mencair. Kena pastikan coklat betul-betul sejuk barulah dimasukkan ke dalam bekas. Masukkan mini crunch Chocolate ini ke dalam bekas. Siap! Super mudah kan? Selamat mencuba!
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...