jelly-papaya

Resepi Jelly Papaya ini nampak enak sungguh. Lagi-lagi agar-agar jelly dan buah betik original bersatu menjadi hidangan minum petang yang enak.

Sebab itu, kalau ada betik di rumah, bolehlah mencuba resepi yang dikongsikan Liza Ibrahim ini. Katanya, resipi ini diperoleh sendiri dari peniaga yang menjualnya di Kempas Johor Bahru.

“Cerita jelly papaya.
Pertama kali lihat dan jumpa di satu kedai jual cookies di Kempas Johor Bahru (satu row dengan Rest Satay Wak Radol) tahun 2012.

Saya beli dan ringankan mulut tanya seller cara-cara membuatnya. Selepas tu saya banyak kali buat papaya jelly untuk majlis makan-makan.

Sedapnya Makan Jelly Papaya Sejuk-sejuk, Simpan Dalam peti Ais Tahan Seminggu

IKLAN

Beberapa kali demonstrate pada ahli keluarga dan rakan-rakan cara membuatnya. Stop buat almost 3 tahun lepas. Tapi raya tahun 2022 ni dapat buat 3 kali (ada pula yang pm minta resepi).

Alhamdulilah. Saya sedekahkan recipe dan cara-cara membuatnya yang simple dan senang.

Resipi Jelly Papaya

(Untuk 2 biji papaya)

IKLAN

Belah 2 papaya dah keluarkan biji (rujuk gambar)
Keluarkan isi cara memanjang

Resipi Untuk Jelly

  • 1 packet jelly stripe (agar-agar tali)
  • 1 tin susu sejat (evaporated)
  • Gula 6 sudu
  • Air 3 cawan

Cara Membuat Agar-agar Betik

  1. Didikan air
  2. Masukkan gula. Gaul sampai gula cair sepenuhnya.
  3. Kemudian, masukkan jelly strip dan biarkan hingga sebati.
  4. Masukkan susu sejat.
  5. Bila sudah mendidih tutup api dan guna penapis masukkan ke mangkuk besar
  6. Masukkan jelly ke dalam papaya dan susun isi papaya cara memanjang.

Sejukkan dalam fridge dan sedia untuk dipotong & dimakan. Jika simpan dalam fridge boleh tahan satu minggu.

IKLAN

Sedapnya Makan Jelly Papaya Sejuk-sejuk, Simpan Dalam peti Ais Tahan Seminggu

Baca sini :

Sumber/Foto : Liza Ibrahim

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI