Memang sedap betul dan nampak ‘seksi’ sungguh dada ayam goreng kunyit yang garing ni. Makan pula dengan ulam timun, kicap dan sambal lada, memang satu lauk pun dah cukup. Malah sesuai sangat buat untuk menu bekal untuk ke sekolah atau ke tempat kerja.
Bukan apa, dada ayam ni selalu bahagian yang paling ‘tak laku’. Jika goreng begini, memang ramai yang suka. Nak buat pun mudah.
Bawak bekal nasi ayam goreng ni. Kawan mengecek pastu dia minta ajar cara buat. Saya bagi gambar jer pastu saya suruh dia teka sendiri.
Bahan-Bahan:
Dada Ayam
serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit serbuk cili
Pewarna Kuning Telur
1 sudu besar tepung beras
Daun kari
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1.Potong kecil dada ayam.Gaul dengan garam dan kunyit.
2.Letak serbuk cili sikit. Supaya pedas.
3.Letak beberapa titis pewarna kuning telur supaya nampak lebih pedas.
Ads
4.Masukkan tepung beras sikit. Untuk efek ‘crunchy’.
5.Panaskan minyak baru.
6.Masukkan ayam dalam minyak. Minyak kena banyak dan betul-betul panas.
Ads
7.Masukkan daun kari. Siapa dakwa dakwi kenapa saya tak masuk kan serbuk jintan ke serbuk kari ke serbuk kayu ke saya anfren. Nikan ayam saya biar la saya nak letak apa pun.
8.Dah garing, boleh angkat. Nak dukung pun boleh juga.
Siap!
Ads
Masa makan ni terbayang sambal lada. Terkenang kicap jiran pinjam tak reti pulang.. Teringat ulam timun tertinggal kat meja penimbang lupa nak bawa ke kaunter.
Menu bekal ni dari saya -Kakakbaby yang kerja di hari cuti.
Mingguan Wanita: Memang nampak sedap sungguh dada ayam goreng kunyit yang ‘seksi’ ni. Makan dengan nasi panas, ulam timun, kicap dan sambal lada pun dah cukup.
Kalau Jumaat minggu lepas MW kongsikan resipi menarik untuk sarapan pagi hari minggu, kali ini MW tampil dengan empat resipi ideal untuk minum petang pula. Sesekali apa kata asah skil masakan anda, untung-untung bermula dengan menjamu anak-anak dan suami…boleh ambil tempahan untuk tambahkan sumber pendapatan. Jom cuba empat resipi yang MW kongsi kali ni.
Pulut Mangga
Bahan-bahan :
2 cawan beras pulut yang direndam semalaman
2 biji mangga
secawan santan pekat
secawan santan cair (untuk bancuhan pulut)
2 helai daun pisang / 6 helai daun pandan (untuk kukus pulut)
Untuk kuah santan :
secawan santan pekat
sesudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
sehelai daun pandan (yang dicarik atau disimpulkan)
garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya :
Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
Bilas pulut yang direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk besar. Ketepikan.
Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam. Kacau sebati.
Tuang bancuhan santan ke dalam adunan pulut yang masih panas tadi.
Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut.
Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, dengan menggunakan garpu gemburkan pulut tersebut. Ketepikan.
Untuk membuat kuah santan, panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung.
Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair tambah sedikit lagi bancuhan tepung. Kepekatannya mengikut selera anda.
Pastikan kuah mempunyai sedikit rasa masin supaya dapat menyeimbangkan rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan. Hidangkan pulut ini bersama mangga yang telah masak ranum sebaiknya.
Bubur Pulut Hitam
Bahan-bahan :
1 1/2 cawan pulut hitam
6 cawan air } untuk merebus pulut
1/2 biji kelapa (anggaran dua cawan santan pekat dan dua cawan santan cair)
2 helai daun pandan } carik dan simpulkan
3/4 cawan gula putih
1/2 ketul gula melaka
garam secukupnya
sesudu besar tepung jagung
Cara membuatnya :
Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan dengan lembut. Pulut hitam akan pecah kembang sebaik ia lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
Kemudian masukkan pula satu cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri. Ketepikan.
Untuk membuat kuah santan, masak baki secawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu kacau supaya santan tidak berketul.
Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
Pulut hitam sedia untuk dihidangkan bersama kuah santan.
Pengat Pisang
Bahan-bahan :
tujuh ke lapan biji pisang
2 mangkuk santan pekat
2 mangkuk santan cair (atau boleh digantikan dengan dua santan kotak dan dua cawan air.
1/2 cawan sagu (dibersihkan)
2-3 keping gula melaka
1/3 gula pasir
2 helai daun pandan
garam secukupnya
Cara penyediaannya :
Buang kulit pisang. Cuci bersih pisang dan masukkan ke dalam periuk.
Masuk pisang bersama santan cair, sagu, gula melaka, gula pasir, daun pandan dan garam secukup rasa di atas api yang perlahan. Kacau dengan kerap dan perlahan supaya santan tidak berketul.
Masukkan pula santan pekat dan kacau seketika. Apabila kuah mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidang.
Pulut nyior
Bahan-bahannya :
1//2 kg pulut
secawan santan pekat (untuk bancuhan tepung)
secawan santan cair (untuk bancuhan pulut)
2 helai daun pisang atau 6 helai daun pandan (untuk kukus pulut)
garam dan gula secukupnya.
2 cawan kelapa parut
2 ekor ikan kering atau ikan sardin kukus digoreng
gula dan garam secukupnya
Cara membuatnya :
Panaskan pengukus. Alas dulang pengukus dengan menggunakan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga ia lembut. Anggaran masa mengukus adalah sekitar 20 minit.
Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut ke dalam satu mangkuk yang besar.
Satukan santan pekat, santan cair, gula, garam dan kacau sebati.
Tuangkan bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi.
Balik-balikkan pulut dan biarkan seketika supaya kuah banchuan meresap ke dalam pulut.
Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garpu dan gemburkan pulut.
Untuk membuat kelapa parut, masukkan garam dan gula ke dalam kelapa parut secukup rasa. Siap dan boleh dihidangkan bersama pulut.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu ini berkongsi menu berpantang PKP yang memudahkannya sepanjang berpantang bersalin dan tidak stress. Akuinya, menu yang dikongsikan ini tidak mengikut cara orang tua.
Sebaliknya lauk berpantang yang dimakan ini mengandungi nasi, sayuran, ikan atau ayam mahupun buah-buahan yang selesa untuknya nikmati sepanjang berpantang di rumah.
Kongsi Aida Haruddin lagi, “antara menu berpantang saya. Pantang PKP seronok, tak stress. Semua suami masakkan, semua saya makan.
Alhamdulillah tak ada kembung ke sakit urat ke. Susu pun banyak.”
Aida sudah pun melahirkan secara pembedahan sebanyak dua kali. Kelahiran pertama dulu, Aida berpantang sendirian.
Maklumnya, “saya tak pantang ikut cara orang tua. Ada sayur sejuk, sayur panas, sayur kembung, telur bentan, cili berak la semua.
Semua saya makan. Mana yang baik boleh ambil, kalau rasa tak nak ikut tak perlu ikut ya. Anda berhak memilih. Saya alhamdulillah dua kali berpantang sendiri sihat, tak pernah tahu kembung, bentan tu apa. Anak-anak saya pun okay tak meragam.”
*saya yang makan, orang lain yang kembung
Menu Berpantang PKP Cara Aida
Ada sup ayam lobak dan kurma. Aida tak tumis, letak je semua.
Ikan stim lemon
Resepi sayur pak choy dan goji berry
Tumis bawang putih sampai naik bau. Letak telur, air sikit. Masuk sayur. Terpulang nak sayur apa, yang ni guna pak choy. Letak sos tiram sikit. Last sekali sebelum tutup api letak goji berry.
Jika selalu buah nangka masak dimakan mentah begitu saja. Rupanya mak-mak juga boleh padankan dengan pulut dan kuah santan pekat untuk kelainan.Boleh rujuk perkongsian resipi daripada Puan Zalipah Ibrahim ini pulut nangka yang dibuat untuk jualan sebagai panduan.
“Pulut nangka yang kak pah buat untuk jualan.Atas permintaan ramai dan maaf bagi yang kak pah tak reply mungkin tak perasan. Kat sini kak pah share resepi ya. Maaf andai ada yang terkurang kalau ada tak faham boleh tanya”.
Bahan-Bahan:
Buah nangka
beras pulut ( direndam 8 jam ) kurang pun takpe
santan pekat( guna santan kotak pun lagi bagus pekat )
garam & gula
Daun pandan (Pilihan )
Cara Membuat:
(Pulut)
1.Mula-mula toskan pulut yang direndam, kukus dalam periuk kukus letak daun pandan nak bagi wangi.
2.Masuk santan pekat dalam bekas campur garam agak-agak rasa dengan tekak kacau bagi hancur gula.
3.Dah masak pulut yang dikukus angkat gaul dengan santan tadi sampai kering santannya.
4.Selepas itu, masukkan semula dalam periuk, kukus sekali lagi sampai keluar wap. Angkat, tabur gula dalam pulut kaup balik pulut tadi dengan senduk bagi gula sekata. Biar sejuk sikit.
( Nangka)
1. Belah buang biji isi nangka, jangan belah terus separuh je
2. Ambil pulut kepal-kepalkam dan masukkan dalam nangka tadi.
3. Dah siap semua masuk nangka yang dah isi pulut ke dalam periuk dan kukus sekejap dalam 3-5 minit, untuk bagi nangka lembut sikit. Jangan lama nanti lembik tak sedap. Kalau suka nangka yang ranggup tak perlu kukus.
( Kuah Santan)
1.Santan pekat kisar dengan isi nangka agak-agak jangan banyak sangat dalam 5 @ 6 ulas je.
2.Letak atas dapur masak dengan api sederhana sampai mendidih.
3.Masuk gula garam ikut citarasa.
Siap! dah boleh makan.
MW: Menarik juga resipi pulut nangka kuah santan pekat ni. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah nanti. Mungkin ada yang kata buah nangka dan pulut ini ‘angin’, apa-apa pun makanlah berpada-pada dan tak berlebihan.
Tidak lagi bergantung harap kereta sewa. Tahniah buat Zahnita yang telah berkongsi kisah dirinya telah memiliki sebuah kenderaan.Zahnita yang berhadapan dengan krisis rumah tangga...