Tak sangka biji getah atau asam rong juga boleh dibuat makanan yang sedap. Menurut perkongsian Puan Lily Suryani Mohd Ali, bagi yang tinggal di sekitar Jerantut dan Raub, Pahang, gulai asam rong sangat popular di sana dan ia merupakan makanan orang dulu-dulu.
Berikut perkongsian resipi mudah sambal asam rong yang wanita ini sudi kongsikan;
“Gulai asam rong terkenal sangat di dearah Jerantut dan Raub. Tapi kali ni saya cuba pula masak sambal asam rong. Makanan orang dulu-dulu.Resepi ni arwah mak mertua yang ajarkan.Sesekali kita kena cuba jugak rasa makanan orang dulu-dulu”
“Mungkin ada yang tak pernah makan kan. Saya pun pelik juga, apahal makan biji getah ni”.
Bahan-Bahan:
Biji getah (kutip yg baru gugur je)
Lada
Garam
Ads
Cara Membuat:
1.Ketuk biji getah dan buang kulit keras dia.
2.Tumbuk lada dan garam kasi hancur.
3.Masukkan isi biji getah, tumbuk sampai hancur.
Ads
4. Hasilnya yang telah ditumbuk hancur.
5.Kaup isi yang ditumbuk tadi, sapu pada kuali sedikit minyak dan ratakan pada kuali bagi nipis macam lempeng.
6.Masak atas dapur dengan api yang kecil (macam api masak nasi) tunggu ianya kekuningan dan garing. Kemudian bolehlah di angkat, makan bersama nasi atau diratah begitu saja.
Ads
Selamat Mencuba.
MW: Resipi orang dulu-dulu, memang unik. Tak sangka biji getah juga boleh dimakan dan menjadi makanan yang sedap.Mak-mak yang yang ada kebun getah di kampung tu, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Perasan tak, biasanya kalau beli burger di gerai tepi jalan, luar biasa sedapnya, berbanding yang mak-mak buat sendiri di rumah. Rasanya berbeza daripada segi rasa sosnya, keenakkan dagingnya mahupun rotinya yang garing.Sebenarnya nak buat burger sendiri yang luar biasa sedapnya ada tipnya tersendiri.
Berikut 12 Tip masak burger yang dikongsikan oleh peniaga burger Adie Redzuan.Namun asasnya, menurut penjual burger ini adalah, jika hendak buat berniaga, jual burger sebagaimana kita suka makan, baru orang lain pun suka dan jangan kedekut bahan, buat bagi sedap baru boleh kekal lama dalam berniaga.
1.Berat Daging
Wajib guna daging 70g. Tak yah la dok save sangat nak pi haji balik hari.Tak untung mana pun. Meniaga kena jujur, harga nak letak mahai, daging hok nipih, apa dia.
2.Jangan Tekan
Masak daging, jangan tekan, bila tekan jus daging akan kluar.Pasai tu daging jadi kering. Alih-alihkan saja, boh planta sikit,sikit ja.Jangan sampai banjir dalam daging tu sendiri dah ada minyak.
3.Letak Perasa
Daging tu lubang-lubangkan saja. Tak belah tengah pun tak apa. Pastu letak la seasoning.Aku suka Lea and peirin, betui ka dak eja, maggi pun ok..letak la lada skit, terangkat la.
4.Letak Air Bawang Putih
Ayaq bawang putih.Ayaq ni untuk menggantikan jus daging yang hilang.So daging akan jadi juicy. Curah sikit masa daging dah masak. Nak buat dia, potong bawang putih, boh dalam ayaq kosong ja.Boh dalam botoi, tudung botoi buat lubang-lubang skit.
5.Api Sederhana
Guna api sederhana.Api yang kuat juga akan keringkan daging.
6. Roti Sapu Planta
Roti tu boh la planta bagi penuh.. tak yah dok sep sangat.Roti letak ja atas kuali.Jangan tekan, geng lama-lama pakai kayu untuk pressure roti saja.Bukan meleperkan roti, lagi cantik gitu.
7.Lettuce Iceburg Ganti Kobis
Sayur tu ikut hgpa la, selalu orang pakai kobis la kan.Tapi masa aku niaga, aku pakai lettuce iceburg, lebih sedap tapi kot payah nak dapat hari-hari la.. pastu mahai sikiiiiiitttt..
8.Jenis Sos
Sos jangan pakai yang murah. Kebanyakan peniaga burger di KL yang top-top tu pakai longson.Payah nak jumpa kot no. Kalau kat Perlis ni, peniaga kebab yang banyak pakai longson.Pasai tu kebab depa sedap.
9. Jenis Mayonis
Mayo pulak paling best pakai nelly.Mahaiiii.. tapi sapu sikit ja, jangan creettt lagu ladys choice tu. Sikit pun dah berasa tak sangga.
10.Jenis Keju
Untuk cheese, aku pakai smoke bbq.. Apa-apa brand pun takpa.Rona dia oren. Mahai sikit, tapi memang berasa cheese dia. Pernah dak hangpa beli cheese burger, tapi tak rasa pun cheese dia, pasai guna cheese murah.
11. Sos Lada Hitam
Blackpaper sos kalau boleh masak la sendiri.Jangan dok harap hok siap dah ja.Tak brapa syahdu hok tu.Mudah ja, masak butter dengan tepung gandum, sampai naik bau sedap, boh la oyster, lada hitam kasaq, kicap cayaq, chicken stock, garam.. alter la gena pun sampai sedap di mulut. Celup daging dalam kuah blackpepper.Apa nak kata.
12. Susunan Lapisan Burger
Last skali aturan bubuh sayur, sos, mayo. Yang ni kajian sendiri la. Sos dengan mayo kalau boleh asingkan.Mayo bawah, sos atas, bila makan, baru terasa dua-dua rasa yang beza.kalau cheese tu, letak atas daging yang panas. Bagi dia cayaq melekat kat daging.
Senang cerita, hagpa buat burger, hagpa try makan.. kita juai macam mana kita suka makan, baru orang lain pun suka. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap.Untung by volume, baru boleh kekal lama meniaga.
Semoga bermanfaat!
Jadi buat mak-mak yang nak masak sendiri burger burger di rumah untuk anak-anak dan keluarga boleh cuba tips yang dikongsikan ini. Bukan apa, bila ramai-ramai lebih jimat dan berbaloi buat sendiri.
Sumber: Adie Redzuan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Takoyaki merupakan snek Jepun berbentuk bebola yang diperbuat daripada tepung sadur berasaskan tepung gandum dan dimasak menggunakan kuali takoyaki khas. Ia biasanya diisi dengan sotong kurita yang dikisar atau dipotong dadu, habuk tempura (tenkasu), jeruk halia dan daun bawang.
Takoyaki memang cukup terkenal, banyak dijual di restoran makanan Jepun, namun ada juga dijual di gerai tepi jalan. Malah di Malaysia sendiri pun ada yang jual di pasar malam.
Namun jika beli harganya agak mahal dan memang tak puas makan.Lagi pula jika anak ramai. Lebih jimat dan berbaloi bila mak-mak buat sendiri di rumah. Dijamin bersih, halal dan puas makan.
“Repeat lagi buat Takoyaki sebab anak-anak suka sangat.Beli tak cukup, RM 10 dapat 10 biji je. Bila mama buat, boleh makan banyak-banyak dan puas-puas.Yummmyyy!
“Saya pakai acuan kuih paniaram beli di kedai India. Saya share resepi kalau ada yang nak mencuba.Tq pada empunya resepi.”
1. Panaskan acuan takoyaki dan sapukan minyak masak di setiap lubang.
2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh.
3. Letakkan inti sotong/udang/ crab stick/sosej disetiap lubang
4. Taburkan sayur pilihan.
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah.
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan).
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat.
8. Renjis-renjiskan dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan.
9. Teruskan sampai nampak garing.
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan.
11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas.
Sos Takoyaki saya guna sos bbq azad, sedappp sebijik rasa macam beli kat kedai. Saya cairkan sedikit dengan air panas dan masukkan dalam botol sos untuk mudahkan drizzle.Wallahhh dah boleh makan puas-puas.
Selamat Mencuba!
MW: Anak-anak selalunya memang suka makan takoyaki ni. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah, lebih jimat dan puas hati makan. Ikut resipi yang dikongsikan ni.
Tidak semua mak-mak tahu atau pandai membuat resipi masakan. Baik kek, kuih, biskut dan sebagainya. Kalau dah biasa pun, bila ditanya, ‘main campak-campak’ saja. Agak-agak terus pandai tak yang si tukang tanya. Silap cara, kek atau kuih langsung tak jadi. Sudahnya, campak kat luar sahaja. Sayang.
Bagi, mak-mak yang masih lagi belajar dan ingin tahu sukatan yang betul. Maklum sahaja, setiap resipi yang diajar oleh orang professional, mereka gunakan gram, oz, ml dan lain-lain. Kalau sukatan cawan pun belum tentu menjadi sebab mungkin ada yang guna cawan kecil atau cawan besar.
Jadi, untuk memudahkan mak-mak yang masih amatur untuk mengira suktan dalam resipi yang nak dibuat, boleh guna panduan yang dikongsikan oleh Miera Que’s ini.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...