Abang kepada mangsa kes bunuh dua beranak menyifatkan kematian adik bongsunya bersama anak perempuan adalah perbuatan yang sangat kejam kerana mayat kedua-duanya ditemui dalam keadaan mengerikan.
Tragedi kes bunuh dua beranak Di Kampung Sekolah Juru
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam semalam, Sariya Che Hin, 51, dan anaknya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, ditemui mati disyaki dibunuh di dalam rumah sewanya di Kampung Sekolah Juru di sini.
Bismi, 60, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian menimpa dua beranak itu melalui WhatsApp anak mangsa pada pukul 7 malam semalam.
Mayat dua beranak dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Juru pada malam Sabtu. Foto Bernama
“Saya terus ke rumah mereka dari Jeneri, Kedah malam tadi. Sebaik sampai, memang saya tak dibenarkan tengok mangsa, cuma dapat lihat dari jauh.
“Saya nampak adik dalam keadaan tersandar pada peti ais dapur rumah dalam keadaan kepalanya sudah terkulai. Memang sangat mengerikan.
“Memang perbuatan (bunuh) ini sangat kejam, sedangkan binatang pun sayangkan anak,” katanya sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya di sini, tadi.
Ads
Pertemuan terakhir sebelum tragedi
Dalam pada itu, katanya, kali terakhir bertemu arwah adiknya adalah pada majlis penikahan anak sulung mangsa awal tahun ini dan hanya berhubung melalui WhatsApp pada Jun lalu.
“Kami adik beradik memang tak kenal rapat dengan suami baharu adik. Bila jumpa pun, dia tak banyak cakap.
“Adik merupakan isteri kedua dan mereka berkahwin sejak lebih lima tahun lalu. Kami pun tidak tahu macam mana mereka kenal,” katanya sambil menambah bahawa adiknya tinggal bersama dua anak angkat di kediaman itu.
Ads
Allahyarham Sariya Che Hin bersama Nur Afrina Alisha Abdul Rahim. FOTO Nur Izzati Mohamad (Harian Metro)
Tuntutan keadilan buat mangsa
Katanya, mereka sekeluarga menuntut keadilan atas apa yang berlaku terhadap dua beranak itu.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang ibu bersama anak perempuannya ditemukan maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai dibunuh dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Juru, Seberang Perai, kira-kira pukul 8 malam tadi.
Kedua-dua mereka dipercayai ditemukan dengan kesan tikaman dan kelar pada anggota badan termasuk hampir putus kepala dan terputus tangan. Tragedi kes bunuh dua beranak ini menggemparkan masyarakat setempat dan menuntut siasatan menyeluruh oleh pihak berkuasa.
Khairul Azmi Mohd Saat @ Azmi Caliph Buskers antara pemimpin yang memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran, surah Al Ma-un ayat 1-7 dengan menggunakan Al-Quran Braille dalam program sejam bersama Al-Quran, Malaysia #QuranHour semalam.
Vokalis hebat, ini bukan saja merdu mendendangkan lagu-lagu romantis mahupun ketuhanan, malah terkesan sekali kala menyemarakkan alunan ayat suci Al-Quran kepada sejumlah 5000 peserta yang hadir.
Ada satu surah yang benar-benar menjentik hati penyanyi cacat penglihatan ini iaitu surah Al Insyirah. Surah ini pendek saja. Ada 8 ayat yang terkandung di dalamnya. Kenapa surah pendek ini begitu mengesankan jiwa Azmi?
“Tanyalah kawan-kawan, setiap kali mengimamkan solat, inilah surah wajib yang akan saya baca. Ianya surah yang menerangkan hati. Biarpun saya tak nampak, tapi hati saya terang dan tenang.”
Benarlah pengakuan Azmi itu, sebagaimana sabda nabi Muhammad s.a.w “Barangsiapa membaca Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.
Ketika hati susah dan gundah gulana, bacalah surah ini, semoga ia dapat melapangkan dada yang sempit dan resah itu.
Surah Al Insyirah Ayat 1-8
Terjemahannya
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Mengaji Dengan Isteri
Al-Quran Braille sinonim dengan jiwa Azmi sejak dari usia 8 tahun lagi. Sampailah tiga tahun lalu, barulah Azmi kenal dengan Braille tulisan Jawi. Dia ambil masa beberapa tahun untuk mahir dengannya.
Kebolehan menguasai Al-Quran Braille membolehkan Azmi menyertai pertandingan musabaqah Al-Quran di peringkat sekolah. Bukan sekali dua bertanding, malah Al-Quran sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya.
Walaupun tak lagi menyertai pertandingan sedemikian, Azmi masih meneruskan rutin membaca Al-Quran bersama iseri, Nazira Muhammad. Ketika dia membaca, isteri akan mendengar dan begitulah sebaliknya.
Buat OKU Penglihatan Yang Mahu Belajar Al-Quran
Kata Azmi, rakan-rakan yang senasib dengannya jangan menjadikan kekurangan penglihatan sebagai penghalang dari belajar mengaji.
Di Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) turut menganjurkan kelas pengajian Al-Quran Braille yang bertempat di Kompleks MAB, Brickfields. Ini salah satu usaha murni untuk meramailah lagi Orang Cacat Penglihatan yang celik Al-Quran
Setelah Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihanraya Umum ke-14 semalam, pelbagai harapan dikongsi oleh rakyat agar Malaysia ditadbir urus dengan lebih baik.Nukilan harapan yang dikongsikan oleh wanita ini, sebenarnya mewakili harapan setiap rakyat Malaysia agar kerajaan baru yang dipiih dapat melaksanakan tugas dengan lebih telus dan bertanggungjawab serta dapat mengotakan perkara-perkara yang telah dijanjikan.
Berikut antara perkongsian harapan yang dikongsikan oleh Pnut Syafinaz;
Dari lubuk hati nurani seorang rakyat Malaysia
Sebagai penjawat awam, saya bekerja dengan kerajaan, kalau selama ini kami bekerja dengan kerajaan Barisan Nasional, hari ini kami sudah bertukar majikan. Kerajaan Pakatan Harapan ialah kerajaan baru pilihan rakyat Malaysia. Ya, Malaysia sudah membuat keputusan, dan kami penjawat awam akan terus bekerja dengan kerajaan yang baharu.
PAKATAN HARAPAN
Ia satu kejayaan, kejayaan menjatuhkan BARISAN NASIONAL yang sudah bertapak berpuluh tahun di negara kita. Satu perkara kita kena terima hakikatnya, apa yang kita nikmati hari ini, adalah hasil usaha keras pemimpin kita terdahulu, pilihan atok, nenek, emak ayah kita sekian lama. Tidak semua yang buruk diberi, ada juga banyak kebaikan dan manfaat kita dapat, tetapi dunia berputar, zaman teknologi ini, semua maklumat di hujung jari sahaja, segala yang ‘tidak kena’ mudah diketahui, Gelombang anak muda negara yang rata-rata celik teknologi dan mereka ni menguasai majoriti pengundi negara, dan semalam mereka ini telah bersuara. Kalau kita lihat, hampir semua bandar besar di negara kita PH menang. bukan menang kecil, tetapi menang besar, malah ada yang sangat besar majoritinya.
PH membawa harapan. Harapan golongan anak muda ini, harapan seluruh rakyat Malaysia, ramai pulang mengundi di kawasan masing-masing. Ramai yang boleh sahaja menukar tempat mengundi, tetapi ramai masih mahu kekal pulang ke negeri masing-masing untuk ‘bersuara’. Ada orang kata, susah payah balik kampung, kos minyak tol, kenapa tak tukar tempat mengundi? Ada yang menjawab “tempat kami kerja sekarang memang kuat PH, dan tiada masalah untuk memang, negeri kami ni masih samar-samar, kami mesti balik, kalau bukan kita balik ubah, siapa lagi,” Ye ke tahap itu semangat mengundi kali ini.
Buktikan Tadbir Lebih Baik
PH kena sedar, dan pemimpin PH kena sentiasa beringat, mereka sudah berikrar, berjanji dan nampaknya ikrar dan janji mereka disambut rakyat Malaysia. Jadi ini masa untuk kalian bekerja, buktikan seperti mana kalian buktikan di Selangor dan Pulau Pinang, negeri ini ditadbir lebih baik, lebih telus dan lebih disenangi. Ini masanya kalian membuktikan pada semua rakyat Malaysia yang telah memberi kalian majoriti yang besar untuk menang. Rakyat Malaysia memberi kejutan besar, dengan melenyapkan BN di negeri-negeri yang dahulunya kubu kuat BN, ini sangat mengejutkan bukan hanya kepada BN, malah pimpinan tertinggi PH sendiri.
Saya harap PH meletakkan calon menteri pilihan rakyat dalam barisan kabinet, bukan menteri atau menteri besar pilihan parti. Belajar dari kesilapan Kedah. Rakyat memilih Mukhriz sebagai MB Kedah, tetapi beliau ditolak oleh parti. MB pilihan parti diletakkan dengan alasan rakyat menolak Mukhriz. Akhirnya rakyat beritahu, kami mahu Mukhriz. PH letaklah calon yang benar layak, untuk barisan Menteri dan Menteri Besar yang layak dan disukai rakyat. Kalian membawa harapan rakyat, bukan harapan pimpinan tertinggi semata-mata.
‘Tempoh Percubaan’ 5 Tahun
Sebenarnya PH ini pun dalam ‘tempoh percubaan’ 5 tahun rakyat beri masa untuk kalian buktikan rakyat tidak salah memilih. 5 tahun ini untuk kalian menambah baik sistem pentadbiran, 5 tahun untuk kalian ubah sistem pendidikan, 5 tahun untuk kalian ubah eknonomi negara, 5 tahun untuk kalian untuk kalian rombak bidang kesihatan dan peruabatan, 5 tahun kalian KENA buat orang percaya, 5 tahun bukan 5 bulan. Bukan satu tempoh yang panjang sebenarnya, tidak banyak yang mampu dibuat dalam tempoh 5 tahun, tetapi ada banyak perkara juga yang boleh dilakukan dalam tempoh ini.
Apa pun kerajaan BN dahulu juga kita kena akui jasa kepimpinan mereka juga, apa yang kita nikmati hari ini (yang baik dan yang buruk) juga hasil pemerintahan mereka juga. Terima kasih pemimpin dahulu, semoga pemimpin BN yang benar ikhlas berjuang untuk rakyat, akan terus bersama-sama kerajaan PH bekerjasama demi rakyat. Dan pada PH, ampa semua dah lama jadi pembangkang, bila dah jadi pemerintah jangan belakangkan juga pilihan rakyat yang memilih BN dalam PRU 14.
Kepada wakil rakyat BN, jadilah pembangkang yang hebat. Kita perlukan ‘check and balance’ dalam sistem pemerintahan negara. Jadilah pembangkang yang mendengar suara rakyat, jadilah pembangkang yang rajin mengkaji, memberi idea yang bagus, memberi hujah yang bernas, menjadi ‘pembangkang’ yang membangkang apa perkara yang dirasakan kerajaan buat tidak kena dan tidak sesuai. Tidak semua yang kerajaan buat itu sesuai untuk dilaksanakan, maka tugas pembangkang, membangkang dan menolak.
Magis Tun Mahathir
Disebalik semua yang berlaku ini, ada suatu magis yang kita kena akui. iaitu TUN MAHATHIR. Bertahun PH cuba jatuhkan BN, mereka tidak mampu, tetapi dengan adanya ‘atok’ umur 93 tahun ini, seluruh rakyat Malaysia bersatu hati, turun mengundi. Aura Tun masih kuat, terlalu kuat.
Kita pulang bersama-sama meredah lebuhraya yang beliau usahakan pada zamannya, kita pulang memandu kereta buatan Malaysia, juga hasil usahanya. Kita naik kapal terbang, yang beroperasi di KLIA, juga hasil usaha beliau, kita belajar dulu dapat biasiswa JPA, pinjaman JPA, juga pada zaman beliau, kita nikmati kemudahan internet yang bagus, hasil usaha beliau bangunkan MSC dan Cyberjaya dan hari ini beliau sekali lagi mencipta sejarah bersama-sama kita. itulah dia TUN MAHATHIR. Semoga dia kembalikan apa kita nikmati dahulu kepada anak dan cucu kita, itu hak mereka di bumi Malaysia.
Selamat Maju Jaya kepada kerajaan Malaysia, Selamat Maju Jaya kepada barisan pembangkang baharu negara. Kalian semua dipilih rakyat, dan tidak mustahil rakyat juga akan menolak semula kalian 5 tahun akan datang!
Jadi buktikan kepada kami semua, kalian mampu dan boleh!
Don’t talk, just act!
Don’t say, just show!
Don’t promise, just prove!
“Menitik Air Mata Tengok Mak, Kuat Dia Sampai Ke Puncak Kinabalu,”.Tiada yang mustahil dalam mengejar impian dan dan cita-cita. Faktor usia bukanlah halangan untuk kekal aktif dan meneruskan aktiviti mencabar seperti mendaki gunung.
Gunung Kinabalu merupakan puncak tertinggi di Malaysia, namun wanita berusia 60 tahun ini berjaya menaklukinya yang terletak 4,095 meter dari aras laut. Bukan apa kecekalan, stamina, semangat dan kegigihan yang tinggi sangat diperlukan untuk berjaya sampai ke puncak. Ia sungguh memberi inspirasi buat wanita lain.
Usia 60 Tahun Tawan Puncak Gunung Kinabalu
Ini yang dikongsikan oleh pengguna twitter Nol@umarehudona apabila dengan penuh rasa gembira dan kesyukuran ibunya Pairos Saion yang bakal menginjak usia 60 tahun berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah pada 10 Februari baru-baru ini
“Pelukan kegembiraan dan syukur untuk mak. Kuat dia sampai ke puncak Kinabalu. Tak sangka betul. Perit tapi rasa terharu tu taktau nak ungkap macam mana.”
Bulan depan mak cukup 60 tahun, doakan mak saya terus sihat.
10 Feb 2023.
Tambah wanita ini lagi, ibunya bukanlah seorang pendaki gunung dan merupakan jurujual di kompleks beli belah di Bentong. Setiap malam hanya melakukan senaman di depan tv di rumah sahaja. Malah keputusan untuk turut serta mendaki puncak Gunung Kinabalu ini pula hanya disuarakan 2 minggu sebelum hari mendaki.
Mak Kuat Semangat
Ternyata laluan untuk naik dan turun Gunung Kinabalu tak mudah. Namun kekuatan semangat untuk meneruskan perjalanan menjadi pendorong kepada ibunya.
Menuruni batuan dari puncak. Sakit betul jari depan masa ni. Rasa nak pakai selipar.Belakang mak tu adalah puncak Donkey ear’s yang dah patah sebelah masa gempa 2015 dulu. Yang patah tu jatuh ke belakang sana.
Masa ni dah start menitik air mata tengok mak tu. Saja panggil-panggil dia dari atas, biar dia semangat lagi. Jarak dia dengan kita pun bukan jauh sangat pun. Power mak!
By the way, kami dapat kebenaran memuncak lambat, jam 3.20am baru start. Sebab keadaan cuaca tak mengizinkan.
Masa ni dah start menitik air mata tengok mak tu. Saja panggil-panggil dia dari atas, biar dia semangat lagi. Jarak dia dgn kita pun bukan jauh sgt pun. Power mak!
Btw, kami dapat kebenaran memuncak lambat, jam 3.20am baru start. Sebab keadaan cuaca tak mengizinkan. pic.twitter.com/F5myrlgxv1
Momen menarik dan panorama yang cantik disekitar kawasan Gunung Kinabalu turut dikongsikan. Malah wanita ini juga turut memberi kata semangat semoga ramai yang turut mengejar impian yang diinginkan.
Nah, belanja sedikit bibit-bit kegembiraan lain di atas sana. Semoga kamu semua dapat capai apa yang dihajati, macam kami.
Ucapan Tahniah Doa Terus Sihat
Ramai yang mengucapkan tahniah pada ibu wanita ini, malah turut kagum dengan semangat yang dimiliki. Tidak kurang turut mendoakan semoga terus diberikan kesihatan yang baik dan menjadikan ibu wanita ini inspirasi dalam menceburi aktiviti lasak.
Kisah mengharukan keluarga di Beaufort yang menunaikan wasiat arwah bapa untuk dikebumikan di pusara depan rumah. Cerita penuh tentang kerinduan, kekuatan keluarga dan keunikan tradisi ini.